Selasa, 3 Januari 2012

2011 Targets achieved


Ini lakaran kasar entri 2010-sedang-menghitung-detik-menutup-tirai sebelum tahun 2010 berakhir, tentang aku berazam untuk jadi penulis pada tahun 2011 


Sekarang 2011 dah pun berakhir, sekalipun aku belum officially menjadi penulis pada mana-mana syarikat penerbitan dan walaupun novel aku belum keluar di mana-mana kedai buku, aku tetap rasa yang azam aku tahun lepas dah tercapai sebahagiannya!


Sekurang-kurangnya, aku adalah penulis cerpen.
Sekurang-kurangnya, aku adalah penulis cerpen bersiri lelaki sebelah aku.
Sekurang-kurangnya aku adalah penulis enovel Tuan Muda Iman Harraz
Sekurang-kurangnya, aku masih dipanggil penulis oleh pembaca-pembaca aku.
Sekurang-kurangnya, kini aku dah ada buku aku sendiri dan aku dah boleh turunkan tandatangan di atas buku itu, dan ajaibnya.. sebelum ni aku memang tak pandai sain! Tapi bila nak lakar nama miaKaftiya di atas Buku CCMK aku tu, lancar je tangan aku ni?? 


Dan sekurang-kurangnya sekarang, bila aku cakap yang aku nak "buat kerja" adik-adik aku akan faham yang aku nak buat kerja-kerja penulisan. Dan aku bersyukur kerana terhasilnya buku aku itu, ia seolah-olah menjadi bukti/hasil tentang apa yang dah aku usahakan selama ini. Menjadi bukti pada adik beradik aku, pada mak dan abah dan pada kawan-kawan yang faham minat aku ni. 


Alhamdulillah..


Azam 2012 pulak? Ok, nak kongsi sikit apa yang aku tengok kat wanita hari ini tengahari tadi, katanya.. "Kalau nak buat azam, kena spesifikkan apa azam anda itu supaya otak akan lebih faham dan mudah untuk dilaksanakan"


Azam tahun ini permulaannya cuma...


Siapkan manskrip Iman Harraz, bersedia untuk hantar pada publisher dan bersedia untuk manuskrip itu ditolak dan bersedia untuk membuat pembetulan dan hantar lagi sampailah manuskrip Tuan Muda Iman Harraz itu berjaya dijadikan novel dan dipasarkan! Tak jadi bestseller pun tak apa, asalkan novel itu bukan novel kosong yang bila dibaca tak ada isi. Cukup. ^__^


Bila dah tercapai azam yang ini baru aku akan fikirkan azam seterusnya. hikhiks.. ;)


"Nah! bunga untuk mia sebab impian dah tercapai! hikhik.. ;p"

Thank you Irin!! hahahahah... ;p




6 ulasan:

hanna aleeya berkata...

waauuuu.., akak, hantar cepat2 tau novel iman harraz.., kalau kena tolak, bukan satu kesalahan kan tapi satu pembetulan untuk perbetulakn kesilapan.. wink2

RinsyaRyc berkata...

insyaAllah kak.. impian akak jadi penulis tercapai~ insyaAllah...

アヌムちゃん berkata...

Moga cpt2 terhasil novel tu :)

Aa xdpt nk invite sbb x bg emel blog.nnt dh bg emel sy invite k.reply dkt page ni je :) Tq

mia kaftiya berkata...

aaa... itulah terlupa nk bg link tapi lepas tu dah post satu lg komen, bg link pulak, mybe tak perasan kot..

nah, link kte. http://miacuteker.blogspot.com
jgn lupa invite yer.. hihihi.. ')

アヌムちゃん berkata...

alamak..bukan link url blog..emel dia...huhu

mia kaftiya berkata...

oh, email erk.. soryy2 hehe..

miakaftiya@gmail.com. haa.. baru betul.. hahahha