Ahad, 22 Januari 2012

Apa maksud tersirat BIOLA??


Komen readers di penulisan2u berkaitan cerpen 'biola' aku. Nak baca lebih klik sini


Aku memang ada masalah nak mulakan sesuatu cerita dengan nak tamatkan sesuatu cerita, tambah-tambah lagi kalau idea yang aku dapat tu kat tengah-tengah, tak ada awal tak ada akhir. Kalau tengah malas nak menulis memang tak terkembanglah idea tu. Sebab tu ending cerita ni macam agak tergantung je.


Secara ringkasnya tentang cerita Biola bagi yang malas nak baca versi penuh..

Rafiqi adalah budak nakal yang suka bertindak mengikut suka hati dia je, memang nakal yang sampai tahap jadi salah seorang budak femes kat institut tempat dia belajar tu kerana kenakalan dia. Aku bayangkan akram, kawan aku masa belajar dulu bila nak tulis watak Rafiqi ni. Yes! you, Akram Rahman! oh bukan sebab Akram tu budak nakal tapi rasa macam ada sikit ciri-ciri nakal tu. Hekhek.. ;p  

Dan Qaireen adalah pelajar yang baru saja ditukarkan ke institut itu kerana dia baru sedar yang dia tak suka  bidang Programming tapi lebih suka bidang Multimedia. Jadi, nak dijadikan cerita, selama dia belajar kat situ, dia memang selalu tengok segala macam kenakalan yang Rafiqi dah buat melalui kawannya, Lily. 

Satu hari di padang bola, secara tak sengaja bola yang ditendang oleh Rafiqi terkeluar dari padang dan terkena betul-betul pada muka Qaireen. Dari situlah Rafiqi mula kenal siapa Qaireen disebabkan rasa serba salahnya sedangkan Qaireen dah lama kenal Rafiqi si budak nakal yang popular. Dan nak dijadikan cerita , Qaireen yang baru pindah rumah balik ke rumah barunya pada hujung minggu dan dia selalu terdengar bunyi  gesekan biola yang menyeramkan pada tiap-tiap pagi buta dalam pukul tiga pagi gitu.

Rahsia terbongkar bila satu hari tu Qaireen balik ke rumah dengan Rafiqi yang juga duduk di Putra Height. Tanpa disangka-sangka lagi yang rupanya rumah Rafiqi betul-betul bersebelahan dengan rumah Qaireen. Di situ pada satu pagi yang sepi barulah Qaireen tahu bunyi biola yang didengar selama ini dimainkan oleh Rafiqi.

Kenapa Rafiqi main tiap-tiap pagi buta? Kenapa tak masa siang-siang hari biar didengar oleh orang lain? Hah, itulah pointnya. Sebab Rafiqi terlalu memikirkan apa orang lain akan fikir tentang dia.

Sedutan Biola....


"ok, kalau kau tak mahu orang lain tahu, so aku takkan bagitau! Tapi kenapa kau tak nak  orang lain tahu pasal ni?" 
"Sebab aku badboy! Dah lupa?"
"Apa masalahnya kau badboy dengan orang lain tak boleh tahu tentang bakat yang kau ada ni?"
"Masalahnya, nanti orang akan cakap yang aku ni harap muka je brutal, harap perangai je macam sial tapi jiwang! Kau suka ke tengok aku kena bahan kat sana?"
"Sebenarnya, ini bukan soal apa orang akan fikir tentang kau, tapi ini tentang apa yang kau mahu untuk hidup kau! Contoh, kau suka muzik tapi kenapa kau mesti main pukul tiga pagi? Kenapa tak main waktu siang dan biarkan orang lain tahu dan nampak? Bukannya buat orang lain rasa seram sejuk dan tak lena tidur memikirkan dari mana datangnya bunyi asing itu."



Itu dia, itu dia, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Jangan peduli apa yang orang nak cakap tentang diri kita, tentang bakat kita asalkan apa yang kita nak buat tu tak salah dari segi hukum dan undang-undang, teruskanlah.. kenapa nak sorok-sorok, kenapa nak malu-malu? Bila Rafiqi tunjukkan bakatnya pada semua orang, pengakhirannya persepsi orang pada dia pun mula berubah. 


Dulu sebelum aku betul-betul serius nak jadi penulis ingat senang-senang je ke orang nak puji, nak support? Tak ada maknanya.. ada yang cakap aku ni berangan je lebih, ada yang marah aku sebab sibuk sangat depan laptop, sudah-sudahlah tu. Itulah, inilah.. memang orang yang cakap dah lupa tapi orang yang dengar ni akan sentiasa ingat. Kalaulah dulu aku putus asa atas apa yang mereka katakan, aku tak rasa yang sekarang aku akan berada di sini dan jadi seperti ini. Aku takkan kenal Harraz's lovers, aku takkan join komuniti enovel, aku takkan kenal kakak-kakak penulis yang selalu kongsi ilmu, kawan-kawan penulis yang selalu bagi galakan dan sokongan readers yang.. yang.. super awesome! 

Kadang-kadang permulaan untuk kita lakukan sesuatu itu tidak disertai dengan kata-kata galakan dan pujian sebaliknya kata-kata yang buat kita rasa down, down and down tapi kalau impian kita tinggi, matlamat kita jelas insyaallah kita boleh.

Awak, awak, dan awak.. pedulikan apa orang lain nak cakap tentang apa yang awak nak buat, nak berniaga tapi tak ada ilmu? Belajar. Nak jual cupcakes tapi bakar kek pun tak reti? Belajar. Nak jadi penyanyi tapi orang kata suara macam katak bawah tempurung? Belajar. Nak jadi web designer tapi orang kata kau tak cukup kreatif? Buktikan. Lakukan apa yang kamu mahu selagi ianya tidak bertentangan dengan agama dan berbaloi untuk di usahakan!

Ok, sekarang aku rasa macam aku ni seorang pakar motivati. Yeah, BAKAL pakar motivasi kita.. cik Mariyatul Kaftiyah!




Aku tau ramai yang suka lagu ni, salah satu pencetus inspirasilah ni. Kalau diberi peluang aku teringin nak belajar main biola, piano sebab aku suka bunyi-bunyi yang keluar dari kedua-dua alat muzik ini. Huuuu... ;)

Tiada ulasan: