Selasa, 24 Januari 2012

Coming soon!!!!!....


Bagi yang mengikuti perkembangan blog aku, bebelan aku dan status di facebook aku, korang mesti tau apa benda gambar yang kat atas ni kan?? 

Yeah, sekarang aku rasa macam nak hembus nafas lega banyak-banyak kali sebab akhirnya projek menulis cerpen di atas ni siap jugak. Big thanka pada Rin sebab mengusulkan soalan tentang cerpen duet dalam Group Geng Kaki Tulis kerana disebabkan soalan dia itulah membuatkan aku tergerak hati untuk menghantar draf plain guy yang aku dah tulis pada dia untuk dia sambung tulis, sekalipun sebelum ni aku tak pernah bekerjasama dengan mana-mana penulis untuk menulis sesebuah cerita.

Yes, ini kali pertama!.

Sejujurnya Plain Guy adalah 'idea' yang sangat-sangat aku sayang sebab idea tu bukan sekadar idea biasa-biasa tapi idea ini datangnya daripada 'pemerhatian' aku terhadap lelaki-lelaki yang mempunyai ciri-ciri 'lelaki biasa' itu. Sebab tu walaupun cerita ni dah lama tulis pun tapi masih tak siap-siap sebab aku tak ada idea tapi aku masih mahu ianya disiapkan berbanding dengan cerita-cerita tergantung aku yang lain.

Kelebihannya menulis satu cerita dengan penulis lain (duet) adalah.. ok, bagi aku macam aku nampak kat mana berbezanya aku dengan Rin. Especially lepas baca entri Rin tentang Disebalik tabir Plain Guy  tu baru aku sedar yang 'oh.. rupanya macam ni gaya aku menulis. Sangat berbeza dengan gaya Rin menulis.'

Bukan nak cakap aku menulis lebih hebat daripada Rin, tak! Tapi aku nampak yang gaya Rin menulis lebih santai dan selamba. Seriously dulu aku pernah cuba nak tulis gaya macam tu tapi... tak boleh ;( memang aku tak pandai, Hukhuk.. >_<  *terbatuk pulak*

Even Rin dah publish dah cerita ni kat blog dia, tapi kat aku ni masih belum siap edit. Sebenarnya boleh je kalau aku tak payah edit dan publish je kat blog tapi macam aku cakap tadilah, aku sayang dengan idea asal cerita ni jadi aku cuma nak tambah apa yang kurang dan nak buang apa yang terlebih. Macam.. nak betulkan nama ADZIM yang Rin tersilap baca so, dia tulis A D Z M I N heheh dan few things lagi yang belum dikenalpasti.

Kesimpulannya, nak tulis duet ni perlukan keserasian, tolak ansur dan tepis ego masing-masing. Aku akui aku agak risau masa aku bagi draf asal cerita ni pada Rin sebab aku takut kalau ceritanya akan berubah dan idea aku tak sampai. Tapi atas dasar tolak ansur Rin, berjaya jugak dia siapkan cerita nih tanpa mengubah jalan cerita asal cuma diubah gaya penceritaan je.. *Tak apa Rin, akak tak kisah.. ;p*

Thank you Rin. Thank you sooooo much sebab berjaya jugak siapkan cerita ni walaupun akak asyik push je, tanya bila nak siap, bila nak siap... hikhik.. konfem rimas time tu erk? ; p Erm, lepas ni rasa macam nak cuba tulis satu cerita lain dengan penulis lain pulaklah. Tapi siapa yang sudi??

Btw, kalau rasa sangat eksited nak baca cerita ni lepas baca apa yang aku bebelkan kat atas ni tadi, boleh terjah blog Rin kat ---> http://rinsyaryc.blogspot.com

Tapi kalau rasa yang diri tu baik hati dan penyabar, boleh tunggu sampai aku siap edit then aku akan publish kat blog ni nanti. Boleh tunggu tak??



p/s : Siapa nak berkolaborasi dengan aku untuk tulis cerita Aku suka gadis ini...??

2 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

ha ha ... boleh pulak berkolaborasi baru ...

Allo kak .. sorry pasal adzmin tuh ... *bahana x pakai spect =.="

tu la masa mula-2 bace cite akak, rin blurr gile . ni mcm mana nak 'masuk' dengan rin nih .. nasib baik siap gak . ha ha ...

x rimas la kak. ekceli first time berkolaborasi rasa eksaited gile . sbb tu smngt siap kan. 3 hari dah 40 ms.. kihkihkih ...

x sabar nak tunggu plain guy edited version . ubah je apa-2 rin x kesah . lagipun rasa mcm rin dah 'usik' teruk sangat jln cerita tu .. herrherr... miane <<~~~ *sorry*

yad'z berkata...

korang dua2 ade bakat tersendiri.. masing2 ade cara penyampaian dalam penulisan ikut keselesaan masing2 kan.. =)

btw, gabungan nie kompem meletup kan.. eehhehee...