Selasa, 21 Februari 2012

Resepi mudah : Roti goreng rangup


Serius cakap, aku sebenarnya bukan pandai masak pun padahal kalau nak kahwin pun dah cukup umur. Huhuhu.. bukan malas memasak tapi sebab dah dibiasakan tak payah masak! Yelah, mak ada kat rumah sepenuh masa, bangun pagi waktu hujung minggu tengok-tengok sarapan dah ada dalam kuali, tinggal nak cedok masuk dalam mangkuk je. Tengahari, kitorang lepak-lepak depan tv tengok melodi, mak sorang-sorang lengkung-lenkang kat dapur tengah siapkan hidangan tengahari. Malam, lepak dalam bilik ngadap lappy, mak sorang-sorang kat dapur panaskan lauk, masak nasik dan hidang. Tau-tau bila perut dah lapar baru turun bawah cari makanan. 

Ehem.. ehem.. dinasihatkan adik-adik agar jangan ikut perangai kak Mia ni ya. Sungguh tak bertimbang rasa!

Paling best bila balik kampung ataupun pergi bermalam kat rumah saudara. Memang 'best' bila tiba-tiba kita disuruh masak, hahahaha.. mulalah gelabah pening kepala dok fikir resepi nak masak apa untuk hidangan tengahari, Peristiwa yang aku ingat sampai sekarang, masa tu kat kedah, rumah mak saudara. Masa sepupu-sepupu dengan mak-mak saudara tengah bahagi-bahagi tugas memasak, tiba-tiba aku disuruh siang ikan. Apakah? Siang ikan?? Aku mana reti siang ikan!!! (Aku tak ingat masa tu umur aku berapa tapi dalam sekolah menengah jugaklah kot?) Actually aku diberi piilihan, nak siang ikan ke siang ayam? Then aku cakap, nak siang ayam sebab aku fikir ayam tak payah siang, bulu dia dah siap cabut, dah siap kerat, tinggal nak 'basuh' je la..

Then lepas ayam siap digoreng. Ada mulut-mulut yang mempersoalkan kenapa ayam ni berbulu? Kenapa ayam ni tak dibuang itu? Tak dibuang ini? Haish masa tu dalam hati hanya Allah saja yang tau betapa malunya aku kerana terang-terangan menunjukkan bahawa aku memang tak 'siang' ayam tu.  Huhuhuu.. ;( Malu siot, maluuu..

Tapi sekarang, aku dah pandai siang ikan dah, siang ayam pun dah reti. Cuma nak masak gulai je yang tak berapa nak reti, Tak apa, masih boleh belajar! Tapi kalau resepi yang simple-simple macam untuk makan pagi atau minum petang, yang itu memang kesukaan aku. Bukan kesukaan apa.. tapi kesukaan aku nak memasaknya sebab boleh makan! Tambah-tambah kalau resepi yang sangaaaatt simple, sekali baca dah boleh ingat senarai bahan dalam kepala otak, memang lagi aku suka!

Contohnya ini! Resepi aku jumpa kat facebook, tapi aku memang selalu jugak bukak my resepi tu.


Roti Goreng Rangup

8 keping roti (Semalam aku buat hampir sebungkus roti habis ;D)
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum (Aku tak sukat, main campak-campak je. Tak cukup aku tambah lagi tepung)
2 1/2 cawan air (Main taruk sikit-sikit v_v)
2 sm Marjerin (Main kauk guna sudu v_v)
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning ( Rumah aku tak ada pewarna, isi kunyit je. Jangan buat kalau korang tak nak rasanya berubah macam makan ikan goreng!)

Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. 

SELAMAT MENCUBA! :)

Maaf, ini bukan gambar aku tapi gambar dari myResepi



Aku dah cuba! Serius cakap tak tipu, bagi aku bolehlah tahan, sedap! Memang rangup, so taklah jemu makan roti dengan kaya je kan. Adik aku si Nizar tu cara dia makan pun dah menunjukkan yang roti yang aku masak tu memang sedap sebab tak pernah-pernahnya aku tengok dia makan, belum habis yang kat tangan dah tertunggu-tunggu nak ambil yang kat dalam pinggan. Hahahaaha.. adik, nampak tak uda tengah tersengih bangga ni?? :-DD



p/s : To kak ina (if you read this) sekarang boleh tak kite nak bukak gerai kat tepi jalan jual roti rangup?? Hahahaha... i still remember the 'laksa' dialog. "Maria, kamu baru cuba masak laksa sekali dah nak berniaga??" *tergelak*

Khamis, 16 Februari 2012

Cerpen : Epal merah dalam loker



Peraduan menulis cerpen semperna penerbitan novel MERAH EPAL CINTA (Kaki Novel) karya Ridha Reeani. Dianjurkan oleh Group Komuniti Enovel (Link)

"Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah"






            Rasanya dah lama Anna tak alami perasaan ini. Dah lama dia tak tersenyum seorang diri. Dah lama dia tak tertunggu-tunggu, dah lama dia tak rasa yang hidupnya macam dihujani hujan bunga sejak dia dapat tahu Wafiq, pelajar jurusan Cadd Mekanikal iaitu lelaki yang diminati dalam diam dikatakan mula rapat dengan pelajar junior jurusan Cadd Senibina, sejak itu hidup dia sunyi dan sepi macam dihujani dengan hujan salji yang putih dan sejuk. Kosong!.
            Tapi sejak dia mendapat kiriman epal merah itu, hidupnya kembali berseri dan musim salji pun berlalu, diganti dengan musim hujan yang turunnya bukan air, sebaliknya bunga. Ya, dia sudah jatuh cinta pada pengirim epal merah itu. Lelaki misteri yang terus membuatkan Anna terlupa tentang hatinya yang dah patah seribu terhadap Wafiq.
            Hal ini berlaku apabila pada suatu hari, semasa dia membuka pintu lokarnya, dia mendapati ada sebiji epal merah yang diletakkan elok di atas buku-buku notanya. Dan dibawah epal merah itu disertakan juga sekeping kertas biru berbentuk empat segi yang tertulis tiga perkataan diatasnya, B.O.B. Mungkin mewakili nama si pengirim. Dan sejak itu, tiap-tiap hari Anna rasa hidupnya di hujani hujan bunga.

            Disini, kisahnya bermula…

            “Ari.. Arian.. An.. Anna…” Panggil Junaidi dari arah tempat duduknya yang letaknya di bahagian belakang kelas. Betapa lelaki itu memang suka menyakat Anna dengan memanggil nama penuh Anna secara berlagu, sedangkan boleh saja jika Junaidi mahu memanggilnya dengan nama Arianna terus.
            Macam biasa, tak ada sebab lain Junaidi memanggil Anna jika bukan kerana dia mahu meminjam ketip kuku Anna. Kadang-kadang Anna rasa macam membawa ketip kuku ke mana-mana saja bukanlah untuk menyenangkan dia memotong kuku pada bila-bila masa yang dia mahukan tapi sebaliknya membawa alat kecil itu baginya adalah sebagai rutin wajib atau fardhu kifayah untuk menyenangkan orang-orang sekelilingnya untuk memotong kuku mereka.
            Lalu Anna tarik keluar tali yang terikat dengan kunci bilik, kunci loker, ketip kuku dan tag nama dirinya itu dari dalam poket baju kurung sebelum dicampakkan ke arah Junaidi dari tempat duduknya yang terletak di hadapan kelas.
            “Woii..” menjerit Junaidi bila balingan Anna itu hampir-hampir mengenai mukanya. Mujur saja tangan Junaidi cepat menyambut balingan kunci itu.
            “Kau perlu belajar cara membaling yang betul dari aku Anna..” Ujar Junaidi.
            Anna menghantar reaksi muka yang memberi makna ‘yelah tu’ sebelum dia kembali memfokuskan pandangannya pada novel di tangan. Sangat seronok, bila semua pensyarah ada mesyuarat tergempar, jadi pelajar-pelajar bebas berkeliaran ke kiosk mahupun ke bengkel-bengkel lain atau juga melepak dalam kelas sambil melakukan aktiviti bebas macam tengok drama bersiri kat laptop atau baca novel cinta macam yang sedang dilakukannya itu.
            Apabila waktu kelas berakhir, Anna berkeras mengajak Intan dan Ruby supaya menemaninya pulang dengan melalui laluan di foyer sedangkan jarak kelas mereka dengan asrama lebih dekat jika mengikut laluan merentasi padang, tapi oleh kerana Anna sangat gatal mahu melihat lelaki yang dipujanya dalam diam itu, maka dia sanggup berjalan jauh asalkan hasrat hatinya tercapai. Anna tak mintak banyak, cukuplah kalau dalam sehari, dia dapat melihat muka Wafiq walaupun dari jauh.
            Tapi baru saja matanya terlihat kelibat lelaki yang ditunggu-tunggu itu, tiba-tiba Anna teringat yang kunci biliknya masih ada di tangan Junaidi kerana dia terlupa untuk meminta kepada lelaki itu tadi. Dengan berat hati, Anna terpaksa berpatah balik ke laluan asalnya untuk mengejar Junaidi.
            Itu adalah kali terakhir hidup Anna dilanda hujan bunga, kerana selepas itu ribut taufan mula menyerang apabila Intan mengkhabarkan kepadanya bahawa Wafiq sedang dikaitkan mempunyai hubungan dengan junior bengkel Cadd Senibina.
***
            Anna berjalan dengan kepala yang ditundukkan seperti sedang mengukur lantai, terus menuju ke arah lokernya yang bernombor 100. Dia mengeluh sambil memasukkan anak kunci dan memulasnya, lemah! Betapa Walid telah membuatkan dirinya mengalami kemurungan dan kesedihan gara-gara dia bercinta dengan perempuan lain. “Haish..” Anna mengeluh lagi sambil pintu loker dibuka. Matanya tiba-tiba kaku pada satu benda asing yang berwarna merah itu. Anna kedip mata berkali-kali, cuba memastikan bahawa dia tidak bermimpi di siang hari, tapi matanya masih melihat benda yang sama. Lalu tangannya mencapai sebiji epal merah yang diletakkan di dalam lokernya itu, juga ada nota berwarna biru disertakan. Anna membaca nota yang tertulis nama “Bob” itu sambil mengerut kening. Untuk sesaat, otaknya agak kabur untuk mentafsir maksud sebiji epal dan sekeping nota kecil ini. Tapi beberapa minit kemudian, barulah dia seakan tersedar sesuatu.
            “Secret admirer!” Jeritnya dalam hati diiringi senyuman di bibir. Segala bayangan tentang Wafiq dan perempuan ‘perampas’ itu terus terbang pergi meninggalkan otaknya. Kini fikirannya hanya mengukir nama Bob setiap masa. Oh, dan epal merah!
***
            Untuk hari yang baru, Anna tersenyum-senyum sambil berjalan menuju ke lokar nombor 100. Selepas pintu lokar dibuka, senyumannya makin lebar, matanya berkaca-kaca, keadaan sekeliling tiba-tiba berubah latar menjadi putih bersih dengan taburan bunga-bungaan yang jatuh dari langit. Tangannya mengambil epal merah dan membaca nota biru itu sebelum dia meletakkan kedua-dua tangannya rapat ke dada, matanya yang bersinar-sinar itu dipejam rapat seperti sedang menghayati detik indah itu.
            Sejak beberapa hari lepas, itulah yang akan berlaku apabila Anna melihat ada kiriman epal merah untuknya di dalam loker.
            Tak ada sesiapa yang sedar tentang kepelikan Anna yang asyik tersenyum sepanjang masa itu melainkan Laila, teman sebiliknya yang macam perisik CSI sentiasa menghidu sesuatu yang tak kena pada teman sebiliknya yang seorang ini.
            “Arianna, cuba cerita kat aku siapa yang dah santau kau sampai kau tersenyum dua puluh empat jam ni?” Soal Laila dengan dahi berkerutnya.
            “Santau? Amboi bahasa tak ada yang lebih sopan ke?” Soal Anna, memerli. Masih dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Mungkin perlu guna pencuci Vanish untuk menghilangkannya.
            “Sejak kau kecewa dengan Wafiq, aku dah tak pernah tengok kau senyum tanpa sebab, itupun kadang-kadang kalau aku buat lawak, kau langsung tak gelak. Senyum? Jauh sekali. Jadi aku rasa perkataan santau itu sangat sesuai untuk menggambarkan keadaan kau sekarang ni. Cepat! Cerita kat aku siapa dalangnya?”
            “Bertuah aku dapat kawan prihatin macam kau. Berapa lama aku tak senyum pun kau masih ingat kan?” Soal Anna, masih dalam mood ingin tersenyum sampai koyak mulut.
            “Tak payah nak puji-puji aku sangat boleh kan? Cepat beritahu siapa lelaki malang itu?” Pinta Laila, sangat teruja dan tak sabar.
            “Ok.. ok.. Aku cerita kat kau sorang je tapi janji kau jangan cerita kat orang lain!” Anna menyuakan jari kelingkingnya sebagai ikatan janji yang Laila tidak akan membocorkan rahsia ini.
            “Tengoklah, kalau mulut aku tak celupar” balas Laila sambil menyambut huluran jari itu dan jari kelingking mereka bertaut tanda janji dimaterai.
            “Tak nak ceritalah!” Anna tarik balik tautan jari mereka.
            “Oh ok, ok aku takkan cerita kat sesiapa. Kecuali kat pak we aku je..” Kata Laila dengan perkataan pak we itu diperlahankan sedikit.
            Anna jeling Laila. Masih belum berpuas hati.
            “Tak, tak! Aku zip mulut! Ok cerita!” Balas Laila sambil membuat aksi seperti sedang mengzip mulutnya. Anna tersenyum, puas hati.
            “Ok, sebenarnya sejak beberapa hari lepas, aku dapat kiriman sebiji epal merah dan sekeping nota tau tapi aku tak tau siapa pengirim itu dan nama dia Bob dan yang paling penting, dia letak barang tu kat dalam loker aku! Hellooo.. L.O.K.E.R kot?  Aku sorang je yang ada kunci loker aku kan?” Cerita Anna penuh keterujaan.
            “Ha’ah.. loker kot? Habis kau tak risau pulak kan? Siap boleh senyum-senyum segala bagai?” Soal Laila dengan kening yang berkerut.
            “Mestilah kena senyum. Ada secret admirer kot?”
            “Tak, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kenalah, macammana orang tu boleh masukkan barang dalam loker kau kalau diorang tak ada kunci loker kau? Kau tak pelik ke?” Soal laila, curiga.
            “Pelik jugak tapi sebab aku excited sangat jadi aku malas nak fikir cara yang diorang guna untuk letak epal dan nota tu. Abaikan je tak boleh ke?”
            “Abaikan je? Mana boleh! Kau tak fikir ke yang mungkin ada pakatan nak kenakan kau ke? Budak-budak kelas kau kan nakal-nakal belaka, entah-entah dalam kau tengah seronok tersenyum-senyum kat sini, diorang bantai tengah gelak-gelakkan kau. Tak malu ke?” Luah Laila, penuh dengan fikiran negatif dalam kepala otaknya.
            “Habis tu kau rasa aku patut buat apa?” Luah Anna, mula termakan dengan fikiran negatif Laila itu.
            “Kunci loker kau selalu letak kat mana?” Soal Laila. Anna tayang gugusan kunci di tangannya.
            “Dalam poket. Kadang-kadang sangkut kat leher.” Jawab Anna, jujur.
            “Ada sesiapa tak yang pernah pegang kunci kau ni?”
            “Ramai! Diorang nak pinjam ketip kuku aku.”
            “Kalau macam tu, kemungkinan untuk diorang buka loker kau memang cerahlah kan? Baik kau senaraikan ‘manusia-manusia’ yang berkemungkinan besar untuk buat dajal kat kau.”
            “Kejap! Daripada kau fikir diorang nak pedajal aku, kenapa tak kau fikir positif yang mungkin ada antara diorang yang sebenarnya suka kat aku??” Soal Anna.
            “Apa-apa sajalah! Ok, kalau ada yang ‘mungkin’ suka kat kau, cuba senaraikan siapa yang ada ciri-ciri macam suka kat kau tu”
            Anna garu dagu. “Aku tak pastilah!”
            “Esok kau perhatikan diorang” arah Laila.
            Anna ketap bibir dan mengangguk faham.
***
            “Junaidi memang suka mengusik, kalau dalam sehari dia tak panggil nama aku sambil menyanyikan lagu ciptaannya memang tak sah. Kadang-kadang bila dia ponteng kelas aku pula yang rasa sunyi dan rindu sebab ‘lagu tema’ untuk aku hari itu tak ada. Kadang-kadang dia suka tukar tempo lagu ikut melodi lagu-lagu baru kat radio, contohnya lagu ombak rindu dengan liriknya macam ni, bahagian korus tau “Ari… Ari, Ari Arianna An…naaa Anna, Annnaaa naa..” Memang sakit telinga mendengar tapi seronok sebab jadi bahan ketawa untuk ceriakan kelas.
            Pijol pulak suka membahan, Kalau dalam sehari dia tak membahan kasut aku, beg tangan aku, bekas pensel aku memang tak sah. Ada je yang tak kena pada mata dia. Kasut aku ada reben yang cecah ke tanahlah, Beg aku bunga-bunga macam nak pergi taman bungalah, bekas pensil aku yang macam budak-budaklah! Macam-macam. Tapi kalau setakat dengan bahan dia tu je aku nak jadikan itu point yang dia mungkin suka kat aku, rasa macam tak kena pulak. Sebabnya dia memang suka membahan, dan mangsanya bukan aku seorang saja. Hampir semua budak kelas kena bahan dengan Pijol.
            Mamat pula suka mengganggu. Sambil-sambil dia berjalan kat sebelah aku tangan dia suka tarik hujung tudung aku sampai tertutup muka. Dia suka julurkan kaki sebab nak bagi aku tersadung setiap kali aku lalu kat sebelah meja dia. Dia suka menyelit dan duduk diam-diam kat sebelah aku masa kami tengah sibuk bergosip. Lepas tu tayang muka tak bersalah dia bila kami bagi jelingan maut. Tapi takkan itu pun boleh dijadikan isu untuk kata mamat sukakan aku, kan?”
            Anna menjelaskan satu persatu peribadi kawan-kawan lelaki yang disyaki kepada Laila. Nampaknya budak lelaki yang lain seperti langsung tak ada minat atau kaitan dalam hal itu selain tiga lelaki yang dia senaraikan ini
            “Kalau macam tu, kau kena cari siapa yang suka makan epal!” Kata Laila.
            “Buat apa?” Soal Anna, berkeriut mukanya, pelik.
            “Sebab hanya orang yang suka makan epal saja akan terfikir untuk bagi epal pada seseorang yang dia suka. Kau tak fikir ke yang biasanya orang akan bagi bunga atau coklat bila nak mengorat perempuan, tapi kenapa dia bagi epal? Mestilah sebab dia sendiri suka makan epal kan?” Kata Laila mengeluarkan hujahnya.
            “Ha’ah la.. tapi macammana pula aku nak tau yang ada diantara diorang suka makan epal atau tak? Takkan aku nak tanya sorang-sorang eh kau suka makan epal tak?”
            “Alah..kau perhatikanlah diorang, atau paling senang kau selongkar beg diorang masa diorang tak ada kat kelas. Mana tau kot-kot terjumpa epal ke kat dalam beg tu?”
            “Masalah!”
            “Kenapa?”
            “Diorang datang kelas melenggang je, habis-habis pun bawak pen sebatang yang disimpan dalam poket atau bawak pendrive sebiji yang disangkut guna tali kat leher.”
            “Oh gosh! Teruk betul budak-budak kelas kau, pergi kelas tak bawa apa-apa?”
            “Uhemm…” Balas Anna mengiyakan. Yelah, budak kelas dia bukan macam budak kelas Laila yang rajin dan sangat berdedikasi itu.
            “Kalau macam tu, aku pun dah tak tau nak buat apa..” Balas Laila, akhirnya dia mengalah dalam misi mencari siapa sebenarnya pengirim epal itu.
***
            Untuk hari seterusnya, Anna menerima lagi kiriman epal dan nota kecil tu. Kali ini diatas nota itu tertulis perkataan “Nak..” disertai mimik muka seperti mengenyitkan mata. Nak? Nak apa? Hati Anna tertanya-tanya. Nota tergantung itu membuatkan Anna makin ingin tahu dan tak sabar-sabar untuk mengetahui sambungannya esok. Esok? Itupun kalau masih ada kiriman epal itu esok.. kalau tidak rasanya Anna harus tahan diri supaya bersabar.
            Esoknya. Dengan hati yang berdebar-debar, Anna buka pintu lokar tapi apa yang dilihatnya sangat menghampakan bila tiada lagi kiriman epal. Sekaligus membuatkan moodnya pada pagi itu jatuh merudum. Dia sangat ingin tahu apa sambungan perkataan ‘Nak’ itu.
            “Anna! Pinjam ketip kuku” jerit Bakar dari tempat duduknya. Anna tarik keluar tali dari poket baju kurungnya lalu dia hulurkan pada Siti supaya Siti hulurkan pada Jiha dan Jiha seterusnya akan menghulurkan pula kepada Bakar. Anna tak ada mood nak angkat kepala, apatah lagi untuk membuat balingan ‘mautnya’ seperti selalu. Dia kaku di mejanya dengan kepala yang dilentokkan sambil termenung.     
            Tengahari itu, dengan mood yang tenggelam timbul Anna gagahkan juga diri ke loker untuk menyimpan fail memandangkan dia tak percaya untuk membiarkan saja barangnya di bawah meja kerana takut diusik oleh tangan-tangan nakal. Tapi kali ini mata Anna bersinar-sinar bila melihat ada barang yang dia nantikan. Pada nota itu tertulis “Kawan..” nota-nota yang sebelum ini apabila digabungkan akan menbentuk tulisan yang berbunyi, “Hai, saya nak.. kawan!” serta merta wajah muram Anna kembali bersinar-sinar. Tak sabar dia mahu menanti hari esok untuk mendapatkan kiriman nota seterusnya.
            Pagi esoknya,  bila pintu loker dibuka dan barang yang diharap tidak ada, itu tidak meninggalkan kesan di hati Anna lagi kerana dia tahu mungkin tengahari nanti dia akan dapat, tapi bila tengahari lokernya masih kosong, dia mula murung kembali. Dia berjalan pulang ke dewan makan sambil menunduk.
            “Anna.. pinjam nota tadi, Aku tak sempat salinlah.” Minta Ruby.
            “Dalam lokerlah. Pukul dua nantilah aku bagi.”
            “Ala.. aku nak salin kat bilik kejap lagi. Lagipun hari ni aku puasa. Tak pun bak kunci loker kau, aku ambil sendiri” Sedar tentang sikap Ruby yang rajin dan pentingkan pelajaran itu, maka Anna serahkan saja kunci itu kepadanya. Lagipun bilik Anna dan bilik Ruby cuma bersebelahan saja, jadi nak balik bilik nanti Anna boleh terus ambil kuncinya kat bilik Ruby.
            Petang itu, sebelum balik sekali lagi Anna berharap akan ada nota untuk Anna dalam loker ini. Dengan lafaz bismillah kunci loker Anna pusing dan.. epal merah itu kelihatan seperti bersinar-sinar pada pandangan matanya. Anna tersenyum lebar lalu mengambil epal itu beserta notanya sekali yang tertulis perkataan “Dengan awak. Boleh?” Nota itu kini ditulis dengan tiga perkataan. Dia membandingkan dengan nota yang sebelum ini. Jadi ayat yang terhasil adalah..
            “Hai, saya nak kenal dengan awak boleh?” Anna tersenyum lebar. Mahu saja anna khabarkan pada seluruh dunia bahawa anna mahu berkawan dengan lelaki ini agar dia mendengar kerana Anna tak tahu dimana dia sebenarnya berada. Tapi.. ah, memalukan!.
****
            Satu hari itu, secara tak sengaja Anna terlanggar seseorang dari arah bertentangan dengannya. Barang-barang orang yang dilanggar itu terjatuh, spontan Anna terus tunduk untuk mengutipnya, tapi tiba-tiba Anna terpegang satu stick note berwarna biru yang tertulis “Jumpa saya di….” Ayat itu tergantung. Serentak dengan itu, sebiji epal merah tiba-tiba jatuh bergolek dari beg yang dipegang oleh.. Anna angkat kepala. Wafiq?
            “Err.. hai!” Tgur Wafiq dengan sengihannya sambil menggaru belakang kepalanya.
            Anna kerut kening. Dan ‘kemalangan’ kecil itu akhirnya membawa Anna dan Wafiq duduk berdua di kafetaria selepas Anna memandang Wafiq dengan pandangan yang sukar untuk Wafiq tafsirkan lalu Wafiq tahu yang dia harus selesaikan hal ini secara bersemuka.
            “Sebenarnya saya yang hantar epal merah dengan nota tu kat awak” Luah Wafiq.
            “Sebab?” Soal Anna. Entah kenapa sekarang dia tak rasa seperti ingin ketawa atau tersenyum sampai ke telinga atau berada dalam lautan bunga-bungaan. Dia cuma rasa pelik dan dia ingin menghilangkan kepelikan ini.
            “Sebab saya nak kawan dengan awaklah.”
            “Tapi bukan awak dah ada awek ke? Budak junior tu kan?” Soal Anna, curiga.
            Wafiq tergelak-gelak. “Itu skandal.” Balas Wafiq.
            Makin berkerut dahi Anna mendengar jawapan selamba dari Wafiq.
            “Err.. bukan! maksud saya, budak-budak kat sini kan suka letak gelaran skandal lah apalah, padahal saya dengan budak junior tu tak ada apa-apa hubungan pun, tapi orang tersalah tafsir so diorang cakaplah saya ada hubungan dengan budak tu, sebenarnya tak ada.”
            “Oh..” Sekarang barulah Anna terasa seperti ada kuntuman-kuntuman bunga yang sedang jatuh satu persatu di atas kepalanya. Bibirnya mula ingin mengorakkan senyuman. Hatinya mula ingin berlagu riang dan segalanya mula terasa indah.
            “Tapi..macammana awak boleh letak epal-epal tu dalam loker saya?”
            “Junaidi.” Balas Wafiq. Anna kerut kening. Tak faham apa perkaitan Junaidi dalam hal ini.
            “Junaidi tolong letakkan. Dia yang selalu cari jalan untuk dapatkan kunci loker awak, dan letak epal tu senyap-senyap tanpa pengetahuan awak.”
            “Tapi awak dengan Junaidi..”
            “Roomate!”
            “Oh.” Satu lagi kejutan yang sangatlah Anna tak jangkakan.
            “Jadi awak bagi saya epal merah sebab…”
            “Sebab saya suka makan epal merah!”
            Aku tersenyum. Kata-kata Laila bermain di telingaku. “Orang itu pasti akan beri sesuatu yang dia suka pada kau. Dan sesuatu yang dia suka adalah epal merah.”
            Anna tergelak kecil pula. Tak sangka yang selama ini Anna tidak bertepuk sebelah tangan. Kenapalah baru sekarang cintanya dibalas? Ah, walauapapun, yang penting sekarang apa yang Anna tahu tiap-tiap hari dia akan dihujani dengan hujan epal merah! Wafiq, rasa cinta kita seperti manisnya epal merah yang awak kirimkan ini!.

Ahad, 5 Februari 2012

Genetik muka!


Genetik? Apa maksudnya? Genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia mahupun bakteria. (sumber google)  Untuk maklumat lebih lanjut dan terperinci tentang huraian 'genetik' boleh klik kat sumber google tersebut.

Genetik muka. Mengikut huraian dan kajian tak bertauliah daripada professor tak diiktiraf Mariyatul Kaftiyah, genetik muka bermaksud... "muka kau, sekali pandang macam muka mak kau, dua kali pandang macam abah kau, tiga kali pandang macam muka pak we (pak cik) kau, empat kali pandang macam muka mak ndak kau, lima kali pandang macam muka akak kau, enam kali pandang macam muka kaum kerabat kau dari belah emak dan abah kau." Jadi dapatlah dihuraikan di sini bahawa genetik muka aku sangat ketara dan terlalu banyak persamaan dengan keluar-keluarga terdekat aku.

Dalam entri lama-lama dulu aku pernah cerita pasal muka aku yang sama macam muka akak sampai orang boleh tersalah cam kami, (malas nak cari link tu, kalau rajin godeklah entri aku yang bertajuk "kami macam kembar" Ceh, boleh tu.. ingat tajuk je?)

Contoh terbaru, 

Peristiwa : Masa pergi kenduri sepupu mak, apiz, sepupu aku yang baru berusia 4 tahun yang jadi member kamceng nizar adik aku tu, tanya aku, "baby mana??" pandang tepat ke muka aku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku kerut dahi, dalam hati cakap, "Hellooo.. uda belum kawin ok! Mana ada baby..." dia tanya banyak kali tau, aku pulak yang blur, baby mana pulak yang budak ni merepek ni? Kebetulan masa tu akak kat belakang aku, lepas tu baru teringat, oh.. dia maksudkan baby akak kot.. so aku tunjuklah perut akak. Lepas tu dia diam. Dah tak tanya pasal baby lagi. Aku pun buat bodoh, kembali senduk sambal udang petai yang udangnya beso-beso masuk dalam pinggan.


Kat rumah, akak mesej aku. Katanya.. "Agaknya apiz tadi ingat kau tu aku kot. Kan muka kita sama, so dia ingat kau dah bersalin.." Aku pun rasa macam tulah. Agaknya dia keliru aku dengan akak, Hahahahha....


btw, muka kami ni sama sangat ke?


Ada banyak lagi contoh. Yang ni baru jadi petang tadi.

Peristiwa : Aku ikut bos aku pergi katering, so ada mak cik ni yang ikut katering kitorang jugak, dia tanya.."Kamu anak alias ke? (Oh, bukan pak cu yeah (adik mak), tapi pak we lias (abang sulung abah)) aku cakap "bukan.. tu pak cik." then dia tanya lagi, "kamu anak siapa?" aku jawab "Anak baha". Bila nak balik tu, dalam kereta aku tanya apa entah kat dia, then dia cakap.. "Ingatkan kamu anak pak we lias, sebab muka ada rupa pak wenya.."  Nampak tak? Nampak tak? Macammana muka aku boleh lebih iras dengan muka pak we daripada muka abah sendiri?? Haish! Musykil.. *geleng kepala*


Btw, aku ada sorang cousin ni, belah abah. Anak pak njang (Abang abah) aku tak taulah kalau muka kami memang seiras ataupun aku je yang perasan macam tu, tapi seriously bila aku tengok muka dia, aku macam tengok muka aku sendiri, padahal kalau berdiri sebelah-sebelah pun aku tak rasa yang muka kami ni sebijik sama.. dan sebab jarang-jarang jumpa, so tak berkesempatanlah pulak nak ambil gambar sama-sama. Kalau tak boleh jugak bandingkan muka masing-masing kannnn.

Sorry ain, ambik gambar dlm facebook tak mintak Izin. hewhewhew... >_< Oh, muka kitorang ada rupa tak??


Kalau korang kata tak ada rupa pun, aku tetap kata muka kami ada iras sikit! >_<


Dan last peristiwa : Ini randomly, orang-orang sekeliling akan kenal aku, tegur aku, cakap dengan aku macamlah diorang dah kenal aku rapat benar padahal aku tak kenal diorang pun sebab diorang tau siapa aku, (eh! bukan kenal aku sebagai mia kaftiya, tak!) Diorang kenal 'muka' aku.

"Alah, kamu ni cucu musa kan?"

"Kamu ni anak hasni kan?"

"Akak ni kakak AT kan?"

"Eh, kakak Shafurah.."

"Akak, adik akak lokman kan?"

"Kamu anak baha ya?"

"Yang ustazah tu kakak kamu ye?"

Soalan-soalan kat atas nilah yang biasanya orang akan tanya pada aku. ;p



Tapi ada satu dialog yang aku memang tak boleh lupa..

"Azie tu mak sedara kau kan?" Soal sorang kakak ni, merangkap 'kawan baru' aku.
"Azie??" Blur sekejap.
"Kau cucu musa kan?" Soal dia balik.
"Eh, mana akak tau??" Soal aku, terkejut.
"Alah.. muka korang semua seakan-akan je.."
Aku sengih. Azie? Oh, mak ndak jie...


Kesimpulannya, well.. kadang-kadang seronok jugak bila muka kau ada gen dengan muka saudara-saudara kau yang lain sebab at least bila pergi rumah kenduri saudara mara tak adalah diorang tanya. "Eh, ini anak kau ke 'nie?' (Nie, means Hasni. Nama mak) soal mereka dengan dahi berkerut, kening bercantum, mulut seakan-akan nak tertutup, tapi terbukak sedikit. Sedang menganalisa muka si anak dara hasni seorang ini yang sangat berbeza dengan muka adik beradiknya yang lain.

Konfem kau rasa macam nak lempang je diorang sebab meragui status kau sebagai anak mak, kan ika? ;p


Tapi jadi tak best pulak bila aku kadang-kadang rasa macam jadi artis bila pergi mana-mana je mesti ada orang kenal. Ada sesetengah tu, kenal dan tegur, ada sesetengah tu, kenal tapi tak tegur. Haaaa.. kenal aku tapi tak tegur yang bahaya tu, sebab aku tak tau dia kenal aku, so kalau aku buat sesuatu yang tak senonoh macam korek hidung curi-curi ke, then dia nampak nanti dia cerita kat orang yang anak hasni tu korek hidung masa nak beli buah, lepas tu dia.. bla..bla..bla... (ehem.. aku tak korek hidung curi-curi tau. Aku korek depan-depan jeww.. ;p) So, kadang-kadang kami harus pandai bawak diri sebab muka kami seiras dengan muka orang-orang tua kami. Kalau kami buat benda yang tak sepatutnya, orang luar akan pangkah orang-orang tua kami. "Anak si hasni.. anak si baha.. cucu si musa.. cucu si ban.. anak saudara lias, anak saudara sukor.. " Nampak tak? Nampak tak? huhuu..


Tapi yang baiknya bila ada yang kenal tu, diorang tegur, then bila aku tak kenal, aku tanyalah siapa mak cik ni? Duduk kat mana? Tanya punya tanya, rupanya "Oh.. bersaudaralah kita ya?...."


Untuk mengukuhkan lagi dakwaan aku itu, silalah layan gambar-gambar di bawah ini. Dan sila vote ya kalau muka aku memang seiras dengan muka diorang. hewhewhew.. kau ingat ini program realiti ke mia??