Khamis, 16 Februari 2012

Cerpen : Epal merah dalam loker



Peraduan menulis cerpen semperna penerbitan novel MERAH EPAL CINTA (Kaki Novel) karya Ridha Reeani. Dianjurkan oleh Group Komuniti Enovel (Link)

"Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah"






            Rasanya dah lama Anna tak alami perasaan ini. Dah lama dia tak tersenyum seorang diri. Dah lama dia tak tertunggu-tunggu, dah lama dia tak rasa yang hidupnya macam dihujani hujan bunga sejak dia dapat tahu Wafiq, pelajar jurusan Cadd Mekanikal iaitu lelaki yang diminati dalam diam dikatakan mula rapat dengan pelajar junior jurusan Cadd Senibina, sejak itu hidup dia sunyi dan sepi macam dihujani dengan hujan salji yang putih dan sejuk. Kosong!.
            Tapi sejak dia mendapat kiriman epal merah itu, hidupnya kembali berseri dan musim salji pun berlalu, diganti dengan musim hujan yang turunnya bukan air, sebaliknya bunga. Ya, dia sudah jatuh cinta pada pengirim epal merah itu. Lelaki misteri yang terus membuatkan Anna terlupa tentang hatinya yang dah patah seribu terhadap Wafiq.
            Hal ini berlaku apabila pada suatu hari, semasa dia membuka pintu lokarnya, dia mendapati ada sebiji epal merah yang diletakkan elok di atas buku-buku notanya. Dan dibawah epal merah itu disertakan juga sekeping kertas biru berbentuk empat segi yang tertulis tiga perkataan diatasnya, B.O.B. Mungkin mewakili nama si pengirim. Dan sejak itu, tiap-tiap hari Anna rasa hidupnya di hujani hujan bunga.

            Disini, kisahnya bermula…

            “Ari.. Arian.. An.. Anna…” Panggil Junaidi dari arah tempat duduknya yang letaknya di bahagian belakang kelas. Betapa lelaki itu memang suka menyakat Anna dengan memanggil nama penuh Anna secara berlagu, sedangkan boleh saja jika Junaidi mahu memanggilnya dengan nama Arianna terus.
            Macam biasa, tak ada sebab lain Junaidi memanggil Anna jika bukan kerana dia mahu meminjam ketip kuku Anna. Kadang-kadang Anna rasa macam membawa ketip kuku ke mana-mana saja bukanlah untuk menyenangkan dia memotong kuku pada bila-bila masa yang dia mahukan tapi sebaliknya membawa alat kecil itu baginya adalah sebagai rutin wajib atau fardhu kifayah untuk menyenangkan orang-orang sekelilingnya untuk memotong kuku mereka.
            Lalu Anna tarik keluar tali yang terikat dengan kunci bilik, kunci loker, ketip kuku dan tag nama dirinya itu dari dalam poket baju kurung sebelum dicampakkan ke arah Junaidi dari tempat duduknya yang terletak di hadapan kelas.
            “Woii..” menjerit Junaidi bila balingan Anna itu hampir-hampir mengenai mukanya. Mujur saja tangan Junaidi cepat menyambut balingan kunci itu.
            “Kau perlu belajar cara membaling yang betul dari aku Anna..” Ujar Junaidi.
            Anna menghantar reaksi muka yang memberi makna ‘yelah tu’ sebelum dia kembali memfokuskan pandangannya pada novel di tangan. Sangat seronok, bila semua pensyarah ada mesyuarat tergempar, jadi pelajar-pelajar bebas berkeliaran ke kiosk mahupun ke bengkel-bengkel lain atau juga melepak dalam kelas sambil melakukan aktiviti bebas macam tengok drama bersiri kat laptop atau baca novel cinta macam yang sedang dilakukannya itu.
            Apabila waktu kelas berakhir, Anna berkeras mengajak Intan dan Ruby supaya menemaninya pulang dengan melalui laluan di foyer sedangkan jarak kelas mereka dengan asrama lebih dekat jika mengikut laluan merentasi padang, tapi oleh kerana Anna sangat gatal mahu melihat lelaki yang dipujanya dalam diam itu, maka dia sanggup berjalan jauh asalkan hasrat hatinya tercapai. Anna tak mintak banyak, cukuplah kalau dalam sehari, dia dapat melihat muka Wafiq walaupun dari jauh.
            Tapi baru saja matanya terlihat kelibat lelaki yang ditunggu-tunggu itu, tiba-tiba Anna teringat yang kunci biliknya masih ada di tangan Junaidi kerana dia terlupa untuk meminta kepada lelaki itu tadi. Dengan berat hati, Anna terpaksa berpatah balik ke laluan asalnya untuk mengejar Junaidi.
            Itu adalah kali terakhir hidup Anna dilanda hujan bunga, kerana selepas itu ribut taufan mula menyerang apabila Intan mengkhabarkan kepadanya bahawa Wafiq sedang dikaitkan mempunyai hubungan dengan junior bengkel Cadd Senibina.
***
            Anna berjalan dengan kepala yang ditundukkan seperti sedang mengukur lantai, terus menuju ke arah lokernya yang bernombor 100. Dia mengeluh sambil memasukkan anak kunci dan memulasnya, lemah! Betapa Walid telah membuatkan dirinya mengalami kemurungan dan kesedihan gara-gara dia bercinta dengan perempuan lain. “Haish..” Anna mengeluh lagi sambil pintu loker dibuka. Matanya tiba-tiba kaku pada satu benda asing yang berwarna merah itu. Anna kedip mata berkali-kali, cuba memastikan bahawa dia tidak bermimpi di siang hari, tapi matanya masih melihat benda yang sama. Lalu tangannya mencapai sebiji epal merah yang diletakkan di dalam lokernya itu, juga ada nota berwarna biru disertakan. Anna membaca nota yang tertulis nama “Bob” itu sambil mengerut kening. Untuk sesaat, otaknya agak kabur untuk mentafsir maksud sebiji epal dan sekeping nota kecil ini. Tapi beberapa minit kemudian, barulah dia seakan tersedar sesuatu.
            “Secret admirer!” Jeritnya dalam hati diiringi senyuman di bibir. Segala bayangan tentang Wafiq dan perempuan ‘perampas’ itu terus terbang pergi meninggalkan otaknya. Kini fikirannya hanya mengukir nama Bob setiap masa. Oh, dan epal merah!
***
            Untuk hari yang baru, Anna tersenyum-senyum sambil berjalan menuju ke lokar nombor 100. Selepas pintu lokar dibuka, senyumannya makin lebar, matanya berkaca-kaca, keadaan sekeliling tiba-tiba berubah latar menjadi putih bersih dengan taburan bunga-bungaan yang jatuh dari langit. Tangannya mengambil epal merah dan membaca nota biru itu sebelum dia meletakkan kedua-dua tangannya rapat ke dada, matanya yang bersinar-sinar itu dipejam rapat seperti sedang menghayati detik indah itu.
            Sejak beberapa hari lepas, itulah yang akan berlaku apabila Anna melihat ada kiriman epal merah untuknya di dalam loker.
            Tak ada sesiapa yang sedar tentang kepelikan Anna yang asyik tersenyum sepanjang masa itu melainkan Laila, teman sebiliknya yang macam perisik CSI sentiasa menghidu sesuatu yang tak kena pada teman sebiliknya yang seorang ini.
            “Arianna, cuba cerita kat aku siapa yang dah santau kau sampai kau tersenyum dua puluh empat jam ni?” Soal Laila dengan dahi berkerutnya.
            “Santau? Amboi bahasa tak ada yang lebih sopan ke?” Soal Anna, memerli. Masih dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Mungkin perlu guna pencuci Vanish untuk menghilangkannya.
            “Sejak kau kecewa dengan Wafiq, aku dah tak pernah tengok kau senyum tanpa sebab, itupun kadang-kadang kalau aku buat lawak, kau langsung tak gelak. Senyum? Jauh sekali. Jadi aku rasa perkataan santau itu sangat sesuai untuk menggambarkan keadaan kau sekarang ni. Cepat! Cerita kat aku siapa dalangnya?”
            “Bertuah aku dapat kawan prihatin macam kau. Berapa lama aku tak senyum pun kau masih ingat kan?” Soal Anna, masih dalam mood ingin tersenyum sampai koyak mulut.
            “Tak payah nak puji-puji aku sangat boleh kan? Cepat beritahu siapa lelaki malang itu?” Pinta Laila, sangat teruja dan tak sabar.
            “Ok.. ok.. Aku cerita kat kau sorang je tapi janji kau jangan cerita kat orang lain!” Anna menyuakan jari kelingkingnya sebagai ikatan janji yang Laila tidak akan membocorkan rahsia ini.
            “Tengoklah, kalau mulut aku tak celupar” balas Laila sambil menyambut huluran jari itu dan jari kelingking mereka bertaut tanda janji dimaterai.
            “Tak nak ceritalah!” Anna tarik balik tautan jari mereka.
            “Oh ok, ok aku takkan cerita kat sesiapa. Kecuali kat pak we aku je..” Kata Laila dengan perkataan pak we itu diperlahankan sedikit.
            Anna jeling Laila. Masih belum berpuas hati.
            “Tak, tak! Aku zip mulut! Ok cerita!” Balas Laila sambil membuat aksi seperti sedang mengzip mulutnya. Anna tersenyum, puas hati.
            “Ok, sebenarnya sejak beberapa hari lepas, aku dapat kiriman sebiji epal merah dan sekeping nota tau tapi aku tak tau siapa pengirim itu dan nama dia Bob dan yang paling penting, dia letak barang tu kat dalam loker aku! Hellooo.. L.O.K.E.R kot?  Aku sorang je yang ada kunci loker aku kan?” Cerita Anna penuh keterujaan.
            “Ha’ah.. loker kot? Habis kau tak risau pulak kan? Siap boleh senyum-senyum segala bagai?” Soal Laila dengan kening yang berkerut.
            “Mestilah kena senyum. Ada secret admirer kot?”
            “Tak, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kenalah, macammana orang tu boleh masukkan barang dalam loker kau kalau diorang tak ada kunci loker kau? Kau tak pelik ke?” Soal laila, curiga.
            “Pelik jugak tapi sebab aku excited sangat jadi aku malas nak fikir cara yang diorang guna untuk letak epal dan nota tu. Abaikan je tak boleh ke?”
            “Abaikan je? Mana boleh! Kau tak fikir ke yang mungkin ada pakatan nak kenakan kau ke? Budak-budak kelas kau kan nakal-nakal belaka, entah-entah dalam kau tengah seronok tersenyum-senyum kat sini, diorang bantai tengah gelak-gelakkan kau. Tak malu ke?” Luah Laila, penuh dengan fikiran negatif dalam kepala otaknya.
            “Habis tu kau rasa aku patut buat apa?” Luah Anna, mula termakan dengan fikiran negatif Laila itu.
            “Kunci loker kau selalu letak kat mana?” Soal Laila. Anna tayang gugusan kunci di tangannya.
            “Dalam poket. Kadang-kadang sangkut kat leher.” Jawab Anna, jujur.
            “Ada sesiapa tak yang pernah pegang kunci kau ni?”
            “Ramai! Diorang nak pinjam ketip kuku aku.”
            “Kalau macam tu, kemungkinan untuk diorang buka loker kau memang cerahlah kan? Baik kau senaraikan ‘manusia-manusia’ yang berkemungkinan besar untuk buat dajal kat kau.”
            “Kejap! Daripada kau fikir diorang nak pedajal aku, kenapa tak kau fikir positif yang mungkin ada antara diorang yang sebenarnya suka kat aku??” Soal Anna.
            “Apa-apa sajalah! Ok, kalau ada yang ‘mungkin’ suka kat kau, cuba senaraikan siapa yang ada ciri-ciri macam suka kat kau tu”
            Anna garu dagu. “Aku tak pastilah!”
            “Esok kau perhatikan diorang” arah Laila.
            Anna ketap bibir dan mengangguk faham.
***
            “Junaidi memang suka mengusik, kalau dalam sehari dia tak panggil nama aku sambil menyanyikan lagu ciptaannya memang tak sah. Kadang-kadang bila dia ponteng kelas aku pula yang rasa sunyi dan rindu sebab ‘lagu tema’ untuk aku hari itu tak ada. Kadang-kadang dia suka tukar tempo lagu ikut melodi lagu-lagu baru kat radio, contohnya lagu ombak rindu dengan liriknya macam ni, bahagian korus tau “Ari… Ari, Ari Arianna An…naaa Anna, Annnaaa naa..” Memang sakit telinga mendengar tapi seronok sebab jadi bahan ketawa untuk ceriakan kelas.
            Pijol pulak suka membahan, Kalau dalam sehari dia tak membahan kasut aku, beg tangan aku, bekas pensel aku memang tak sah. Ada je yang tak kena pada mata dia. Kasut aku ada reben yang cecah ke tanahlah, Beg aku bunga-bunga macam nak pergi taman bungalah, bekas pensil aku yang macam budak-budaklah! Macam-macam. Tapi kalau setakat dengan bahan dia tu je aku nak jadikan itu point yang dia mungkin suka kat aku, rasa macam tak kena pulak. Sebabnya dia memang suka membahan, dan mangsanya bukan aku seorang saja. Hampir semua budak kelas kena bahan dengan Pijol.
            Mamat pula suka mengganggu. Sambil-sambil dia berjalan kat sebelah aku tangan dia suka tarik hujung tudung aku sampai tertutup muka. Dia suka julurkan kaki sebab nak bagi aku tersadung setiap kali aku lalu kat sebelah meja dia. Dia suka menyelit dan duduk diam-diam kat sebelah aku masa kami tengah sibuk bergosip. Lepas tu tayang muka tak bersalah dia bila kami bagi jelingan maut. Tapi takkan itu pun boleh dijadikan isu untuk kata mamat sukakan aku, kan?”
            Anna menjelaskan satu persatu peribadi kawan-kawan lelaki yang disyaki kepada Laila. Nampaknya budak lelaki yang lain seperti langsung tak ada minat atau kaitan dalam hal itu selain tiga lelaki yang dia senaraikan ini
            “Kalau macam tu, kau kena cari siapa yang suka makan epal!” Kata Laila.
            “Buat apa?” Soal Anna, berkeriut mukanya, pelik.
            “Sebab hanya orang yang suka makan epal saja akan terfikir untuk bagi epal pada seseorang yang dia suka. Kau tak fikir ke yang biasanya orang akan bagi bunga atau coklat bila nak mengorat perempuan, tapi kenapa dia bagi epal? Mestilah sebab dia sendiri suka makan epal kan?” Kata Laila mengeluarkan hujahnya.
            “Ha’ah la.. tapi macammana pula aku nak tau yang ada diantara diorang suka makan epal atau tak? Takkan aku nak tanya sorang-sorang eh kau suka makan epal tak?”
            “Alah..kau perhatikanlah diorang, atau paling senang kau selongkar beg diorang masa diorang tak ada kat kelas. Mana tau kot-kot terjumpa epal ke kat dalam beg tu?”
            “Masalah!”
            “Kenapa?”
            “Diorang datang kelas melenggang je, habis-habis pun bawak pen sebatang yang disimpan dalam poket atau bawak pendrive sebiji yang disangkut guna tali kat leher.”
            “Oh gosh! Teruk betul budak-budak kelas kau, pergi kelas tak bawa apa-apa?”
            “Uhemm…” Balas Anna mengiyakan. Yelah, budak kelas dia bukan macam budak kelas Laila yang rajin dan sangat berdedikasi itu.
            “Kalau macam tu, aku pun dah tak tau nak buat apa..” Balas Laila, akhirnya dia mengalah dalam misi mencari siapa sebenarnya pengirim epal itu.
***
            Untuk hari seterusnya, Anna menerima lagi kiriman epal dan nota kecil tu. Kali ini diatas nota itu tertulis perkataan “Nak..” disertai mimik muka seperti mengenyitkan mata. Nak? Nak apa? Hati Anna tertanya-tanya. Nota tergantung itu membuatkan Anna makin ingin tahu dan tak sabar-sabar untuk mengetahui sambungannya esok. Esok? Itupun kalau masih ada kiriman epal itu esok.. kalau tidak rasanya Anna harus tahan diri supaya bersabar.
            Esoknya. Dengan hati yang berdebar-debar, Anna buka pintu lokar tapi apa yang dilihatnya sangat menghampakan bila tiada lagi kiriman epal. Sekaligus membuatkan moodnya pada pagi itu jatuh merudum. Dia sangat ingin tahu apa sambungan perkataan ‘Nak’ itu.
            “Anna! Pinjam ketip kuku” jerit Bakar dari tempat duduknya. Anna tarik keluar tali dari poket baju kurungnya lalu dia hulurkan pada Siti supaya Siti hulurkan pada Jiha dan Jiha seterusnya akan menghulurkan pula kepada Bakar. Anna tak ada mood nak angkat kepala, apatah lagi untuk membuat balingan ‘mautnya’ seperti selalu. Dia kaku di mejanya dengan kepala yang dilentokkan sambil termenung.     
            Tengahari itu, dengan mood yang tenggelam timbul Anna gagahkan juga diri ke loker untuk menyimpan fail memandangkan dia tak percaya untuk membiarkan saja barangnya di bawah meja kerana takut diusik oleh tangan-tangan nakal. Tapi kali ini mata Anna bersinar-sinar bila melihat ada barang yang dia nantikan. Pada nota itu tertulis “Kawan..” nota-nota yang sebelum ini apabila digabungkan akan menbentuk tulisan yang berbunyi, “Hai, saya nak.. kawan!” serta merta wajah muram Anna kembali bersinar-sinar. Tak sabar dia mahu menanti hari esok untuk mendapatkan kiriman nota seterusnya.
            Pagi esoknya,  bila pintu loker dibuka dan barang yang diharap tidak ada, itu tidak meninggalkan kesan di hati Anna lagi kerana dia tahu mungkin tengahari nanti dia akan dapat, tapi bila tengahari lokernya masih kosong, dia mula murung kembali. Dia berjalan pulang ke dewan makan sambil menunduk.
            “Anna.. pinjam nota tadi, Aku tak sempat salinlah.” Minta Ruby.
            “Dalam lokerlah. Pukul dua nantilah aku bagi.”
            “Ala.. aku nak salin kat bilik kejap lagi. Lagipun hari ni aku puasa. Tak pun bak kunci loker kau, aku ambil sendiri” Sedar tentang sikap Ruby yang rajin dan pentingkan pelajaran itu, maka Anna serahkan saja kunci itu kepadanya. Lagipun bilik Anna dan bilik Ruby cuma bersebelahan saja, jadi nak balik bilik nanti Anna boleh terus ambil kuncinya kat bilik Ruby.
            Petang itu, sebelum balik sekali lagi Anna berharap akan ada nota untuk Anna dalam loker ini. Dengan lafaz bismillah kunci loker Anna pusing dan.. epal merah itu kelihatan seperti bersinar-sinar pada pandangan matanya. Anna tersenyum lebar lalu mengambil epal itu beserta notanya sekali yang tertulis perkataan “Dengan awak. Boleh?” Nota itu kini ditulis dengan tiga perkataan. Dia membandingkan dengan nota yang sebelum ini. Jadi ayat yang terhasil adalah..
            “Hai, saya nak kenal dengan awak boleh?” Anna tersenyum lebar. Mahu saja anna khabarkan pada seluruh dunia bahawa anna mahu berkawan dengan lelaki ini agar dia mendengar kerana Anna tak tahu dimana dia sebenarnya berada. Tapi.. ah, memalukan!.
****
            Satu hari itu, secara tak sengaja Anna terlanggar seseorang dari arah bertentangan dengannya. Barang-barang orang yang dilanggar itu terjatuh, spontan Anna terus tunduk untuk mengutipnya, tapi tiba-tiba Anna terpegang satu stick note berwarna biru yang tertulis “Jumpa saya di….” Ayat itu tergantung. Serentak dengan itu, sebiji epal merah tiba-tiba jatuh bergolek dari beg yang dipegang oleh.. Anna angkat kepala. Wafiq?
            “Err.. hai!” Tgur Wafiq dengan sengihannya sambil menggaru belakang kepalanya.
            Anna kerut kening. Dan ‘kemalangan’ kecil itu akhirnya membawa Anna dan Wafiq duduk berdua di kafetaria selepas Anna memandang Wafiq dengan pandangan yang sukar untuk Wafiq tafsirkan lalu Wafiq tahu yang dia harus selesaikan hal ini secara bersemuka.
            “Sebenarnya saya yang hantar epal merah dengan nota tu kat awak” Luah Wafiq.
            “Sebab?” Soal Anna. Entah kenapa sekarang dia tak rasa seperti ingin ketawa atau tersenyum sampai ke telinga atau berada dalam lautan bunga-bungaan. Dia cuma rasa pelik dan dia ingin menghilangkan kepelikan ini.
            “Sebab saya nak kawan dengan awaklah.”
            “Tapi bukan awak dah ada awek ke? Budak junior tu kan?” Soal Anna, curiga.
            Wafiq tergelak-gelak. “Itu skandal.” Balas Wafiq.
            Makin berkerut dahi Anna mendengar jawapan selamba dari Wafiq.
            “Err.. bukan! maksud saya, budak-budak kat sini kan suka letak gelaran skandal lah apalah, padahal saya dengan budak junior tu tak ada apa-apa hubungan pun, tapi orang tersalah tafsir so diorang cakaplah saya ada hubungan dengan budak tu, sebenarnya tak ada.”
            “Oh..” Sekarang barulah Anna terasa seperti ada kuntuman-kuntuman bunga yang sedang jatuh satu persatu di atas kepalanya. Bibirnya mula ingin mengorakkan senyuman. Hatinya mula ingin berlagu riang dan segalanya mula terasa indah.
            “Tapi..macammana awak boleh letak epal-epal tu dalam loker saya?”
            “Junaidi.” Balas Wafiq. Anna kerut kening. Tak faham apa perkaitan Junaidi dalam hal ini.
            “Junaidi tolong letakkan. Dia yang selalu cari jalan untuk dapatkan kunci loker awak, dan letak epal tu senyap-senyap tanpa pengetahuan awak.”
            “Tapi awak dengan Junaidi..”
            “Roomate!”
            “Oh.” Satu lagi kejutan yang sangatlah Anna tak jangkakan.
            “Jadi awak bagi saya epal merah sebab…”
            “Sebab saya suka makan epal merah!”
            Aku tersenyum. Kata-kata Laila bermain di telingaku. “Orang itu pasti akan beri sesuatu yang dia suka pada kau. Dan sesuatu yang dia suka adalah epal merah.”
            Anna tergelak kecil pula. Tak sangka yang selama ini Anna tidak bertepuk sebelah tangan. Kenapalah baru sekarang cintanya dibalas? Ah, walauapapun, yang penting sekarang apa yang Anna tahu tiap-tiap hari dia akan dihujani dengan hujan epal merah! Wafiq, rasa cinta kita seperti manisnya epal merah yang awak kirimkan ini!.

8 ulasan:

Cik Eka berkata...

best..semoga berjaya..
mia,status innit nuffnang ni cm mnengganggu lah...

Eimma berkata...

u did very well kak mia :)

mia kaftiya berkata...

eka : thnk u ;) oh yg itu memg nk buang tapi tak reti.. tau tak cmne nak buang? tolong ajar ples?? >_<


Eimma : hikhik.. edit byk kali ni, so nerves. -_0

Cik Eka berkata...

welcome mia..sape nak ngurat boleh la praktikkan letak apple..hehehe
tengok dekat design..kan kluar ape2 je yang kita letak dalam blog..tgok dekat belah kanan mia..mana2 ada code yang ada tulis innit nufnang tu,remove kan...dah removed preview dulu..jangan terus save

Tanpa Nama berkata...

Best2 ! Thumbs up !

[syaza]

Zul Fattah berkata...

fuhh.. so sweet.. haha.. nak try.. n gud luck yup

KNR_Nida berkata...

best!!^_^

hanna aleeya berkata...

kawan hanna pun minat cerpen ni... woopp.. beshhh