Selasa, 20 Mac 2012

the wedding, the family event and the.... ;(


Note : Ini entry bergambar. Jadi bagi sesiapa yang suka melihat gambar sila tepuk tangan sekarang. *pap, pap, pap. pap... diri sendiri yang tepuk* >_<


Sebenarnya 'the wedding day' jatuh pada 25/2/2/2012 yang LEPAS tapi macam biasalah.. bila dah basi baru aku nak update kat sini kan.. Ok, just info untuk yang tak tau, sebenarnya pada hari yang kami sepatutnya sambut ahli keluarga baru, kami jugak kehilangan seorang ahli keluarga. Ini bukan drama dalam tv, bukan cerita dalam novel, bukan! Bukan! Bukan. Ini realiti dan ianya terjadi pada hari perkahwinan Mak Ngah Ida (adik mak yang bongsu)

Who? Why? When and where? Sila baca kat blog iekahafika.blogspot.com untuk cerita lebih lanjut dan terperinci sebab aku.. sebab aku.. ;(  

Tolong sedekahkan al fatihah untuknya, boleh?

Apapun, selamat tinggal ecan, semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.. dan selamat datang Pak Ngah Faisal to our biiigggggg family! *mood ceria, sengih sampai rabak mulut*


ok, serius... serius...


kemudiannya....

Kredit Photo : PetikDetik.


"yes! aku dah jadi bini orang!!"


ish.. ish. ish.. *geleng kepala*






Oligo o..ligo. Oligo sedap.. *nyanyi* ;p




Mak teh, Yasmin, Shasha. Oh, dan Zaquan, makteh's son.


The bestfriend who became the bridesmaid. ;)


Eh, eh.. member ILP lah! hahaha.. ;p


Sofea, (tak berbaju) mak andam to-be >_<


See?? 


the cousins yang comels.. heee.. ;)


'Lepaking' after kenduri. Tengok tu betapa 'hyper'nya si Alisya.. dan untie's.. hewhew





chitchat between niece's and untie. Oh, itu Haris Luqman punya BB phone. ;p


And the wedding ceremony ends here....

Actually, ada lagi dua events yang aku nak update, tapi apa kata kita update lain kali je sebab aku nak tengok Zahiril kat tv2 pukul 10 mlm ni. 

Upcoming entry. (Insyaallah, kalau terupdate..)
Satu : Family day keesokan harinya.
Dua : Majlis 'bertandang' ke Melaka yang baru berlangsung Ahad lepas.



p/s : Sambil update blog, aku juga sedang mengedit manuskrip. Oleh itu, manuskrip aku masih belum berganjak dari babak yang sama, tapi blog aku dah siap berupdate! 

Bagus Mia! Bagusssss..  

Rabu, 14 Mac 2012

Buku -Lelaki Sebelah Aku-




Dalam entri sebelum ni, (scroll ke bawah untuk baca entry sebelumnya) aku dah umumkan nama pemenang untuk Segmen review enovel Tuan Muda Iman Harraz musim ke dua yang dah berjaya memenangi buku Lelaki sebelah Aku, kan? Kan?

Jadi sekarang aku nak cerita pasal buku itu pulak. 


Oh, tapi sebelum tu, kita cerita pasal -the making of....- pasal sejarah tertulisnya cerpen ni dulu.

Asalnya "Lelaki Sebelah Aku" hanyalah sebuah cerpen picisan. Cerpen yang aku tulis sebab aku sangat-sangat-sangat bosan! Dua tahun lepas iaitu pada tahun 2010, (Sebelum aku mula menulis Tuan Muda Iman Harraz, okehh) Sejujurnya, aku sendiri mengaku yang cerpen tu TAK BEST tapi aku tetap hantar ke penulisan2u.my dan mula-mula sekali aku dapat komen yang orang tu kata "tak best!" Fine. Aku akuinya. Tapi.. tak sangka pulak lepas-lepas tu ramai yang komen kata cerita ni 'not bad' tapi tergantung dan diorang nak sambungannya.

And the story goes..

Aku tulis siri kedua sebab nak puaskan hati diorang sebagai pembaca. Tapi tak sangka yang rupanya aku memang suka buat cerita tergantung dan diorang masih belum faham yang cerita itu dah tamat di situ. Tidak selagi... "mereka akhirnya berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.." >_< memang semua orang suka happy ending macam fairytales story kan? Kan?

Fine, siri ketiga pulak? Baiklah.. aku tetap tulis walaupun agak lambat aku siapkan. Dan lagi memang sengaja aku biarkan tergantung sebab aku dah rasa seronok pulak tulis cerita tergantung ni, tapi dengan niat yang nanti aku akan sambung tulis lagi jadi readers sekalian haruslah menunggu...

Siri ke empat.. aku janji yang aku nak tamatkan. Memang aku buat. Tapi tiba-tiba rasa sayang pulak nak lepaskan Fared dengan Nelly, si adik beradik selamba yang sangat kamceng tu. Then aku tanya ada sesiapa yang mahu sambungan cerita ini lagi tak? Diorang cakap nak, so aku sambung tulis siri ke lima tapi sayang, p2u tak siarkan. Maybe sebab dah banyak sangat sirinya. So, siri tu terhenti sampai siri ke 5 je. 
Tergantung. Again. ;(

Tapi yang aku masukkan dalam buku ni cuma ada empat siri yang aku dah edit dan perbaiki segala kelemahan dan menambah kebaikan ke atasnya. Tapi jangan risau, tidak tergantung okeh. Dan...

Nah, serba sedikit sinopsis cerita ini.


Dan... jika ada yang mahu beli buku ni, (Jika ada) aku jual dengan harga RM15 jugak. Ya, sangat berbaloi  kan? Jadi macam biasa, kalau rasa nak, boleh email, pm, mesej, call, untuk tempahan. Dan macam biasa, charge RM5 untuk pos express. 


Siapa la agaknya yang nak beli buku kite ni?? huhuhuuu.. *muka raih simpati*


Btw, ada sorang kawan cakap, selama aku perah otak dan tenaga bertahun-tahun untuk buku ni, hasil yang aku dapat cuma,.. banyak tu? Macam tak berbaloi. Ya, dari segi wang ringgit memang agak tak berbaloi tapi sebenarnya, yang paling berbaloi bagi aku bila setiap orang mampu beli dan boleh baca buku yang ditulis oleh aku sendiri. Sebenarnya, ia lebih bersifat kepuasan! 

You know the meaning of SATISFACTION? It's meant 'my pleasure'. Ok, tipu. Itu cuma ayat nak suruh korang beli. hekhek.. ; p So.. selamat membaca untuk Alfa Syamimi a.k.a the winner! Dan selamat membaca untuk mereka yang berhajat untuk membeli. >_<


Dan oh, lupa nak cakap, insyaallah bila Tuan Muda Iman Harraz dah selamat aku hantar ke tangan mana-mana penerbit dan sudah selamat 'diterima' untuk diterbitkan, aku (insyaallah lagi) akan mula menulis Lelaki Sebelah Aku dalam bentuk novel pulak dengan isu yang lebih menarik dan kupasan yang lebih terperinci! Yeah.. isu dan kupasan, macam.... oh, nevermind! 


  
Btw, kalau korang rasa ragu-ragu nak beli sebab takut cerita ni mungkin tak kena dengan selera korang, then korang boleh klik link ini ---> -Lelaki Sebelah Aku the series- sekadar untuk tau serba sedikit cerita ini berkisahkan apa, tapi aku dah buang semua ending. Jadi kalau dah yakin dan berminat, apalagi? Bolehlah Order!    


Summary 

Harga : RM15 (+RM5 by pos express)
Saiz : B5
Nak beli, tapi macammana? : Email / pm / mesej / call dan bagi nama, no. telefon, alamat, dan bank in jumlah yang sepatutnya (RM15-by hand. RM20-by post)
Email mia? : miakaftiya@gmail.com. Add mia kat facebook pun boleh, search - facebook.com/miakaftiya
Settle semua? Then the book is yours.. >_<



p/s : Sekarang aku boleh berbangga bersyukur dengan pencapaian diri sendiri sebab dah ada dua buah buku hasil penerbitan -miaKaftiya cap kaki dan tangan, oh dan juga otak!- Alhamdulillah.. ;)



Sabtu, 3 Mac 2012

HOW THE REVIEWS HELP ME IMPROVE MY STORY??



ok, straight to the point. Sebenarnya aku tengah malas nak mengupdate blog, so entri ini mungkin tak segempak gempita mana, jadi untuk Harraz's lovers yang dah join segmen sebelum ini, HARUSLAH baca! 

Here we go!  

Apa yang aku dapat daripada reviews yang dah ditulis oleh Harraz lovers itu adalah..

1. Diorang jumpa cerita ni dari laman web penulisan2u. Walaupun tak banyak komen yang ditinggalkan tapi rupanya diorang memang ikut cerita ni dan tak sabar-sabar nak tau sambungannya.

2. Mereka tertanya-tanya ada apa dengan tuan muda Iman Harraz tu dan kenapa permulaan cerita cuma menceritakan tentang Irin. Dan kerana itulah mereka terus menanti untuk mengetahui siapa sebenarnya Iman Harraz.

3. Mereka membuatkan aku sedar yang rupanya dalam aku tak sedar, aku telah membuatkan mereka menganalisa Irin sebagai seorang perempuan yang mengada-ngada, degil, comel, lembut, blur dan kelam-kabut. (Thank you readers, padahal aku sendiri tak tau perangai Irin yang sebenarnya macammana.. huhuuu)

4. Sebab aku guna pov (1) (Point Of View / sudut pandangan) iaitu 'aku' maka mereka rasa macam merekalah Irina Imani dan merekalah yang sedang bergaduh, sedang dimarahi, sedang belajar dan semuanyalah dengan Iman Harraz. Melting dengan Harraz huh? Heh.. <3

5. Kerana jalan cerita ini lebih kepada misteri berbanding Romance, maka setiap kali membaca, jantung mereka akan berdegup dengan kencang dan sangat tak sabar-sabar menunggu aku mengupdate bab seterusnya. ( dan mereka juga sedia tahu bahawasanya janganlah diharap yang aku akan update cepat-cepat... hurmm.. )

6. Aku berjaya cipta 'mak su' sebagai watak antagonist bila mereka semua membenci mak su! Yeah, aku pun benci mak su. Jom kita benci dia ramai-ramai!  
Bila aku mintak supaya diorang bagi sikit idea untuk jalan cerita ni. Kebanyakannya akan bagi begitu banyak konflik berbanding adegan-adegan yang sweet atau comel. Adakah itu bermakna mereka memang suka baca cerita yang penuh dengan konflik? 

Aku hargai setiap 'idea' mereka tapi sayang aku memang tak boleh nak masukkan dalam cerita sebab kebanyakan idea itu seperti 'tipikal' (sorry! Sorry! Sorry! Cuma berterus terang! huhu >_<) tapi mana yang aku rasa agak reasonable tu, aku ambil jugaklah. Kalau bukan dimasukkan dalam enovel, mungkin aku akan masukkan dalam manuskrip. Tengoklah nanti macammana... 

Kan aku dah janji, siapa yang join segmen review Enovel Iman Harraz untuk kali kedua, aku akan bagi buku Lelaki Sebelah Aku sebagai hadiah kan? Kan? So, pemenang review ini akan dapatlah buku tu. Dah siap pun..

Yang join untuk kali kedua, cuma ada tiga orang.




Sebelum tu, ada note : kata Mimi, "Aku dapat rasa dalam TMIH ni, kak mia ada bercerita sikit tentang diri ia, maybe salah satu sikap Irin ada kat dia, atau impian dia sama dengan Irin.. atau apa-apa jelah!"

Jawapan untuk Mimi, sebenarnya masa mula-mula aku nak tulis cerita ni, memang aku nak tonjolkan yang Irina sedang mengejar impian dia, sama seperti aku yang sedang kejar impian aku untuk menjadi penulis novel. Tapi aku memang tak jangka yang mimi boleh 'perasan' tentang itu sebab aku dan mimi aka Alfa Syamimi langsung tidak saling mengenali dalam erti kata yang sebenar, dia tak tau siapa aku yang sebenarnya kan??

Bercerita tentang diri aku? Banyak... hanya orang yang kenal aku je tau part mana yang aku sedang gunakan 'kisah' aku sendiri. Kalau tak, takkan cia boleh mesej aku dan cakap.. "tak sangka yang kau dulu.. Tetttt.. " hehehe.. btw benda tu biasalah cia, sebab malas nak fikir panjang-panjang, pinjamkan jelah pengalaman sendiri untuk Irina tu.. ape daaaa...

Aku rasa korang dah boleh agak kan siapa pemenangnya?? Nak aku umumkan ke?? Tak nak? Nak? Ok.. ok.. agar tidak timbul kekeliruan, aku dengan ini mengumumkan, pemenang bagi segmen review enovel tuan muda Iman Harraz adalah.....

ALFA SYAMIMI!! *bagi tepukan gemuruh, pap, pap, pap...*

Dan beliau menerima buku Siri Lelaki Sebelah Aku yang ditulis sepenuhnya oleh Novelist-to-be (aka novelist terkenal TO-BE) MiaKaftiya *pap.. pap.. pap.. tepuk tangan lagi*

Dijemput Alfa Syamimi untuk melayangkan satu entry penghargaan diatas kejayaannya ini dan bagaimana dia boleh meneka dengan tepat sekali berkaitan apa yang miakaftiya cuba sampaikan kepada pembaca, oh dan juga diminta Alfa Syamimi supaya melayangkan alamat rumah kepada pihak penaja untuk urusan penghantaran hadiah.

Terima kasih!

Fuuuhh.. tadi kata tak ada mood, tetiba taip panjang berjela pulak! Ntahpapentah.. oh ya, korang masih boleh terus review cerita ini tapi sayangnya, aku takkan bagi apa-apa hadiah dah la. Tulis atas kehendak sendiri je, dah tak ada aku nak paksa-paksa dahhhh.. huhuhuu..


p/s : Nanti aku akan update entry berkaitan buku Lelaki Sebelah Aku itu pulak.