Rabu, 14 Mac 2012

Buku -Lelaki Sebelah Aku-




Dalam entri sebelum ni, (scroll ke bawah untuk baca entry sebelumnya) aku dah umumkan nama pemenang untuk Segmen review enovel Tuan Muda Iman Harraz musim ke dua yang dah berjaya memenangi buku Lelaki sebelah Aku, kan? Kan?

Jadi sekarang aku nak cerita pasal buku itu pulak. 


Oh, tapi sebelum tu, kita cerita pasal -the making of....- pasal sejarah tertulisnya cerpen ni dulu.

Asalnya "Lelaki Sebelah Aku" hanyalah sebuah cerpen picisan. Cerpen yang aku tulis sebab aku sangat-sangat-sangat bosan! Dua tahun lepas iaitu pada tahun 2010, (Sebelum aku mula menulis Tuan Muda Iman Harraz, okehh) Sejujurnya, aku sendiri mengaku yang cerpen tu TAK BEST tapi aku tetap hantar ke penulisan2u.my dan mula-mula sekali aku dapat komen yang orang tu kata "tak best!" Fine. Aku akuinya. Tapi.. tak sangka pulak lepas-lepas tu ramai yang komen kata cerita ni 'not bad' tapi tergantung dan diorang nak sambungannya.

And the story goes..

Aku tulis siri kedua sebab nak puaskan hati diorang sebagai pembaca. Tapi tak sangka yang rupanya aku memang suka buat cerita tergantung dan diorang masih belum faham yang cerita itu dah tamat di situ. Tidak selagi... "mereka akhirnya berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.." >_< memang semua orang suka happy ending macam fairytales story kan? Kan?

Fine, siri ketiga pulak? Baiklah.. aku tetap tulis walaupun agak lambat aku siapkan. Dan lagi memang sengaja aku biarkan tergantung sebab aku dah rasa seronok pulak tulis cerita tergantung ni, tapi dengan niat yang nanti aku akan sambung tulis lagi jadi readers sekalian haruslah menunggu...

Siri ke empat.. aku janji yang aku nak tamatkan. Memang aku buat. Tapi tiba-tiba rasa sayang pulak nak lepaskan Fared dengan Nelly, si adik beradik selamba yang sangat kamceng tu. Then aku tanya ada sesiapa yang mahu sambungan cerita ini lagi tak? Diorang cakap nak, so aku sambung tulis siri ke lima tapi sayang, p2u tak siarkan. Maybe sebab dah banyak sangat sirinya. So, siri tu terhenti sampai siri ke 5 je. 
Tergantung. Again. ;(

Tapi yang aku masukkan dalam buku ni cuma ada empat siri yang aku dah edit dan perbaiki segala kelemahan dan menambah kebaikan ke atasnya. Tapi jangan risau, tidak tergantung okeh. Dan...

Nah, serba sedikit sinopsis cerita ini.


Dan... jika ada yang mahu beli buku ni, (Jika ada) aku jual dengan harga RM15 jugak. Ya, sangat berbaloi  kan? Jadi macam biasa, kalau rasa nak, boleh email, pm, mesej, call, untuk tempahan. Dan macam biasa, charge RM5 untuk pos express. 


Siapa la agaknya yang nak beli buku kite ni?? huhuhuuu.. *muka raih simpati*


Btw, ada sorang kawan cakap, selama aku perah otak dan tenaga bertahun-tahun untuk buku ni, hasil yang aku dapat cuma,.. banyak tu? Macam tak berbaloi. Ya, dari segi wang ringgit memang agak tak berbaloi tapi sebenarnya, yang paling berbaloi bagi aku bila setiap orang mampu beli dan boleh baca buku yang ditulis oleh aku sendiri. Sebenarnya, ia lebih bersifat kepuasan! 

You know the meaning of SATISFACTION? It's meant 'my pleasure'. Ok, tipu. Itu cuma ayat nak suruh korang beli. hekhek.. ; p So.. selamat membaca untuk Alfa Syamimi a.k.a the winner! Dan selamat membaca untuk mereka yang berhajat untuk membeli. >_<


Dan oh, lupa nak cakap, insyaallah bila Tuan Muda Iman Harraz dah selamat aku hantar ke tangan mana-mana penerbit dan sudah selamat 'diterima' untuk diterbitkan, aku (insyaallah lagi) akan mula menulis Lelaki Sebelah Aku dalam bentuk novel pulak dengan isu yang lebih menarik dan kupasan yang lebih terperinci! Yeah.. isu dan kupasan, macam.... oh, nevermind! 


  
Btw, kalau korang rasa ragu-ragu nak beli sebab takut cerita ni mungkin tak kena dengan selera korang, then korang boleh klik link ini ---> -Lelaki Sebelah Aku the series- sekadar untuk tau serba sedikit cerita ini berkisahkan apa, tapi aku dah buang semua ending. Jadi kalau dah yakin dan berminat, apalagi? Bolehlah Order!    


Summary 

Harga : RM15 (+RM5 by pos express)
Saiz : B5
Nak beli, tapi macammana? : Email / pm / mesej / call dan bagi nama, no. telefon, alamat, dan bank in jumlah yang sepatutnya (RM15-by hand. RM20-by post)
Email mia? : miakaftiya@gmail.com. Add mia kat facebook pun boleh, search - facebook.com/miakaftiya
Settle semua? Then the book is yours.. >_<



p/s : Sekarang aku boleh berbangga bersyukur dengan pencapaian diri sendiri sebab dah ada dua buah buku hasil penerbitan -miaKaftiya cap kaki dan tangan, oh dan juga otak!- Alhamdulillah.. ;)



5 ulasan:

Nemo^0^eriMo berkata...

owh.... sangat hebat.... cuma kan... boleh nemo kasi sikit idea tak? alang2 mia "cetak" sendiri buku tuh kan... apa kata cetak la saiz a5 atau b5... kecik sikit nak pegang... ala2 feeling novel gtew~~~~

tp... Nemo mmg nak!!!! ngehngehngeh~~~ ku tunggu gaji... mahu booking dulu....

p/s::: gaji minggu depan tau~~~ kekekekek

RazFiRa berkata...

takpe walaupun penulisan2u x siarkan , jgn sedih taw.. InsyaAllah ada lagi peluang lepas ni. Saya doakan yang terbaik untuk anda dalam karier ni. peace! <3

MiMi berkata...

mmg cayalah kak mia. haha xterlintas pun kak mia da ade 2 buku ciptaan sendiri walaupun sblum ni dah tau psl both of the book. heheh.tringin nak buat macam kak mia....tp sy krg byk. kurang keyakinan,..kurang bajet....kurang masa..ad plg petig,..kurang pembaca. haha

Juann Fitri berkata...

kak mia, qwen nak satu buku cerita cinta mia kaftiya tu... immadeately buleh tak??

mia kaftiya berkata...

mimi : akak pun tak sangka sebenarnya, haha! kalau bukan sebab harraz's lover dan segmen review enovel TMIH tu... *ayat tergantung sbb tak tau nak ckp apa.. >_<*


Juann fitri : kalo nk immediately, kenalah bg nama dan alamat immediately jugak! hahaha..