Sabtu, 3 Mac 2012

HOW THE REVIEWS HELP ME IMPROVE MY STORY??



ok, straight to the point. Sebenarnya aku tengah malas nak mengupdate blog, so entri ini mungkin tak segempak gempita mana, jadi untuk Harraz's lovers yang dah join segmen sebelum ini, HARUSLAH baca! 

Here we go!  

Apa yang aku dapat daripada reviews yang dah ditulis oleh Harraz lovers itu adalah..

1. Diorang jumpa cerita ni dari laman web penulisan2u. Walaupun tak banyak komen yang ditinggalkan tapi rupanya diorang memang ikut cerita ni dan tak sabar-sabar nak tau sambungannya.

2. Mereka tertanya-tanya ada apa dengan tuan muda Iman Harraz tu dan kenapa permulaan cerita cuma menceritakan tentang Irin. Dan kerana itulah mereka terus menanti untuk mengetahui siapa sebenarnya Iman Harraz.

3. Mereka membuatkan aku sedar yang rupanya dalam aku tak sedar, aku telah membuatkan mereka menganalisa Irin sebagai seorang perempuan yang mengada-ngada, degil, comel, lembut, blur dan kelam-kabut. (Thank you readers, padahal aku sendiri tak tau perangai Irin yang sebenarnya macammana.. huhuuu)

4. Sebab aku guna pov (1) (Point Of View / sudut pandangan) iaitu 'aku' maka mereka rasa macam merekalah Irina Imani dan merekalah yang sedang bergaduh, sedang dimarahi, sedang belajar dan semuanyalah dengan Iman Harraz. Melting dengan Harraz huh? Heh.. <3

5. Kerana jalan cerita ini lebih kepada misteri berbanding Romance, maka setiap kali membaca, jantung mereka akan berdegup dengan kencang dan sangat tak sabar-sabar menunggu aku mengupdate bab seterusnya. ( dan mereka juga sedia tahu bahawasanya janganlah diharap yang aku akan update cepat-cepat... hurmm.. )

6. Aku berjaya cipta 'mak su' sebagai watak antagonist bila mereka semua membenci mak su! Yeah, aku pun benci mak su. Jom kita benci dia ramai-ramai!  
Bila aku mintak supaya diorang bagi sikit idea untuk jalan cerita ni. Kebanyakannya akan bagi begitu banyak konflik berbanding adegan-adegan yang sweet atau comel. Adakah itu bermakna mereka memang suka baca cerita yang penuh dengan konflik? 

Aku hargai setiap 'idea' mereka tapi sayang aku memang tak boleh nak masukkan dalam cerita sebab kebanyakan idea itu seperti 'tipikal' (sorry! Sorry! Sorry! Cuma berterus terang! huhu >_<) tapi mana yang aku rasa agak reasonable tu, aku ambil jugaklah. Kalau bukan dimasukkan dalam enovel, mungkin aku akan masukkan dalam manuskrip. Tengoklah nanti macammana... 

Kan aku dah janji, siapa yang join segmen review Enovel Iman Harraz untuk kali kedua, aku akan bagi buku Lelaki Sebelah Aku sebagai hadiah kan? Kan? So, pemenang review ini akan dapatlah buku tu. Dah siap pun..

Yang join untuk kali kedua, cuma ada tiga orang.




Sebelum tu, ada note : kata Mimi, "Aku dapat rasa dalam TMIH ni, kak mia ada bercerita sikit tentang diri ia, maybe salah satu sikap Irin ada kat dia, atau impian dia sama dengan Irin.. atau apa-apa jelah!"

Jawapan untuk Mimi, sebenarnya masa mula-mula aku nak tulis cerita ni, memang aku nak tonjolkan yang Irina sedang mengejar impian dia, sama seperti aku yang sedang kejar impian aku untuk menjadi penulis novel. Tapi aku memang tak jangka yang mimi boleh 'perasan' tentang itu sebab aku dan mimi aka Alfa Syamimi langsung tidak saling mengenali dalam erti kata yang sebenar, dia tak tau siapa aku yang sebenarnya kan??

Bercerita tentang diri aku? Banyak... hanya orang yang kenal aku je tau part mana yang aku sedang gunakan 'kisah' aku sendiri. Kalau tak, takkan cia boleh mesej aku dan cakap.. "tak sangka yang kau dulu.. Tetttt.. " hehehe.. btw benda tu biasalah cia, sebab malas nak fikir panjang-panjang, pinjamkan jelah pengalaman sendiri untuk Irina tu.. ape daaaa...

Aku rasa korang dah boleh agak kan siapa pemenangnya?? Nak aku umumkan ke?? Tak nak? Nak? Ok.. ok.. agar tidak timbul kekeliruan, aku dengan ini mengumumkan, pemenang bagi segmen review enovel tuan muda Iman Harraz adalah.....

ALFA SYAMIMI!! *bagi tepukan gemuruh, pap, pap, pap...*

Dan beliau menerima buku Siri Lelaki Sebelah Aku yang ditulis sepenuhnya oleh Novelist-to-be (aka novelist terkenal TO-BE) MiaKaftiya *pap.. pap.. pap.. tepuk tangan lagi*

Dijemput Alfa Syamimi untuk melayangkan satu entry penghargaan diatas kejayaannya ini dan bagaimana dia boleh meneka dengan tepat sekali berkaitan apa yang miakaftiya cuba sampaikan kepada pembaca, oh dan juga diminta Alfa Syamimi supaya melayangkan alamat rumah kepada pihak penaja untuk urusan penghantaran hadiah.

Terima kasih!

Fuuuhh.. tadi kata tak ada mood, tetiba taip panjang berjela pulak! Ntahpapentah.. oh ya, korang masih boleh terus review cerita ini tapi sayangnya, aku takkan bagi apa-apa hadiah dah la. Tulis atas kehendak sendiri je, dah tak ada aku nak paksa-paksa dahhhh.. huhuhuu..


p/s : Nanti aku akan update entry berkaitan buku Lelaki Sebelah Aku itu pulak. 


3 ulasan:

MiMi berkata...

kak. mi. a!! eheheh! gila happy aku skrg! haha nty2 sy inbox kak mia my address... hehehe sory klau terbayang muka tak malu sy skrg ni.

hafizudin berkata...

gua harap lu sukses dan terus sukses.

aalia shahira berkata...

tahniah mimi :)