Isnin, 23 April 2012

PERHATIAN kepada semua Harraz's lovers. pheww..


Update cecepat. 

Ikutkan hati nak merepek merapu panjang lebar tapi sebab kesuntukan masa sebab aku dapat job menjahit manik lagi, jadi haruslah bahagikan masa untuk update blog dengan entri yang pendek sebab mesej ini penting (kalau tak penting, tak kuasa aku nak buang masa menaip kat sini) juga harus bagi sikit masa untuk sambung edit TMIH jugak sebab kalau tak sentuh langsung nanti teringat-ingat dalam kepala, langsung ganggu tumpuan nak menjahit, jadi.. here we go!

Perhatian untuk Harraz's Lovers kesayanganku, blog Tuan Muda Iman Harraz yang menggunakan url http://imanharraz.blogspot.com SUDAH DITUKAR kepada http://ceritamiakaftiya.blogspot.com Kalau korang ingat sebelum ni aku pernah mintak idea untuk tukar nama url blog tu lepas enovel Iman Harraz tamat kan? Kan? Tak ingat? Tak apa, pergi godek entri-entri aku yang lama. Jadi memandangkan enovel itu dah lama pun habis, dan aku dah masukkan cerpen baru kat dalam blog itu, makanya.. pada satu petang ahad yang panas, dalam bilik yang berbahang macam bilik sauna, aku telah pun melakukan makeover ke atas blog itu, jadi lepas ni kalau korang rasa rindu pada Harraz sebab nak baca novelnya pun aku punyalah lembap buat kerja, dari bulan-bulan lepas asyik dok edit, edit tapi siapnya tak juga, so korang bolehlah terjah blog itu dengan Url baru ----http://ceritamiakaftiya.blogspot.com-- Insyaallah nanti aku akan masukkan cerita-cerita baru kat situ je. Mungkin jugak enovel baru??.. hewhewheww..  >_<

Sekali lagi, klik link?

http://ceritamiakaftiya.blogspot.com



p/s : jangan lupa tinggalkan komen tentang layout aku yang terbaru tu yeah?.. huhu..

ok, tata.. Harraz dah panggil. ;p


Sabtu, 14 April 2012

Cover -Kisah Hati- yang menjadi idaman hati

Assalamualaikum.

Entah kenapa terlalu banyak perkara yang aku nak khabarkan pada semua, jadinya aku terpaksa rajinkan diri mengupdate blog. Dalam dua tiga hari ni, rasa macam tiap-tiap hari aku update blog. Harap tak ada yang bosan yeahhh.....??

Alkisahnya, aku sebenarnya dah bosan dengan cover Cerita cinta mia kaftiya yang aku design sendiri guna photoshop beberapa tahun lepas (sini) dan (sini) makanya aku nak tukar cover lain, tapi masalah pulak bila aku tak ada idea, plus bila cari gambar kat google je, aku mesti akan taip teddy bear, balloons, paper, etc yang konon-kononnya berkaitanlah dengan buku tu sendiri. At last aku pun give up nak cari gambar yang sesuai, penyudahnya langsung tertangguh niat aku nak tukar cover buku tu. 

Pada suatu hari, tiba-tiba aku mendapat idea untuk tukar tajuknya sekali, daripada tajuk 'cerita cinta miakaftiya' aku nak tukar ke tajuk 'kisah hati'. Bukan bersempena dengan lagu Alyah yang tengah hits tu, tapi sebab rasa macam sesuai je dengan tajuk tu. Dan dapat idea lagi untuk mintak tolong pada penulis-penulis enovel, mahupun published writers sebab aku tahu enovel writers ni sangatlah kreatif dan inovatif, kalau tak, takkan diorang boleh buat cover cerita-cerita diorang sendiri yang cantik-cantik tu kan, kan? (ya, walaupun cuma cari gambar kat google dan tambah tajuk juga nama sendiri kat atas gambar tu) Oleh itu aku mintak tolong diorang dalam group 'blog enovel'.

Mula-mula rasa macam, ada ke yang nak tolong aku? Yelah aku ni dah la 'sombong' (baca - pemalu), bukannya rajin nak jengah ke group tu, bukannya rajin nak bertegur sapa dengan diorang, bukannya rajin nak selalu post link kat situ, tapi bila susah rajin pulak pergi mintak tolong kat sana kan... over tau!

Tapi yelah, walaupun aku sombong, diorang tetap baik hati nak tolong, sampai aku pulak yang tak terkejar nak tengok semua cover. Serius aku tak jangka yang begitu banyak cover yang diorang akan buat, Seorang sampai 5, 6 keping cover. Hambek kau rambang mata aku nak pilih. Semuanya cantiks dan comels. Oh noooo... masalah baru pulak muncul bila aku rambang mata dan tak tau nak pilih yang mana. Huhuhuuu...

Walaupun aku sombong, tapi aku baik hati, sebab tu aku rasa macam nak guna semua cover untuk buku kisah hati, tapi for surelah tak boleh, sebab hadiah yang aku nak bagi hanya pada si tukang design cover yang covernya terpilih je. Habis kalau semua cover aku pilih, mau berapa banyak buku pulak yang aku kena bagi free?? Bankraplah mak cik macam ni..

Oleh itu, setelah diperhati dan diteliti dan mendengar kata hati, di bawah ini adalah cover-cover KISAH HATI yang menjadi idaman hati aku. Cuma aku belum buat keputusan mana satu yang aku akan pilih, haruslah pikir betul-betul ye dak?




by : Nurartikah Ali 1

Aku suka konsep dia. Ada laptop, macam meja kerja. konon-konnya disini aku kisahkan segala angan-anganku, samalah macam aku sedang mengarang angan-angan aku dalam laptop tu kan? Serius, suka!. *sengih melebar* oh, mesti artikah pun tengah tersengih melebar bila baca entri ini. Kan? Kan? hehehe.. >_<



by : Nurartikah Ali 2

Oh, makin melebar senyuman artikah bila tengok dua cover dia berjaya menambat hati aku, kan artikah kan?? hahahah.. ;p ok, yang ni mula-mula nampak biasa je, tapi bila dipandang nampak macam sweet pulak. Aish! Cemana nih?? *garu kepala*




by : Ria Natsumi

aku pun tak taulah kenapa aku berkenan beno dengan cover ni. Tapi aku geram sebab itu gambar lelaki, kenapa bukan gambar perempuan? Sempat aku tanya pada Ria. hahaha.. sorry Ria, kite kecewa sebab ini gambar lelaki padahal kisah hati seorang perempuan, dah tu nak berkenan jugak. Haish! *geleng kepala lagi*




by : Noraz Ikha

yang ini bagi aku macam ada aura tersendiri. Sangat kelakar bila 'kawan fb Ikha'  sampai tertanya-tanya apa ceritanya dengan kisah hati tu? Aish.. sayangnya, ini bukan enovel, ini cuma cover untuk buku koleksi cerpen aku je. Sayang. Sangat sayang. Sebab aku rasa kalau Kisah Hati memang enovel terbaru aku, pasti sekarang aku dah ada pengikut setia untuk enovel itu. Hihii.. 




by : Naylea Atieyqah

ok, aku tak tau nak describe apa istimewany cover ni, tapi ia masih nampak ada nilai komersial. Sebenarnya aku suka warna gelap, so haruslah ada satu pilihan cover gelap kannn.. huhu..

oh sikit info untuk yang tertanya-tanya ada apa sebenarnya dengan kisah hati semua ni. Sebenarnya aku nak buat REPACKAGE untuk buku Cerita cinta miaKaftiya, dengan menambah lebih banyak cerpen di dalamnya tapi dengan tajuk KISAH HATI. Buat masa sekarang, aku ingat nak tambah cerpen-cerpen sedia ada dan insyaallah, kalau rajin dan ada idea, aku nak masukkan dalam sebarang dua buah cerpen baru. Terfikir jugak untuk masukkan Cerpen Plain Guy versi Mia. Exklusif untuk buku ni gitueww, tapi tengoklah dulu macammana.

Maksudnya? Lima cerpen asal dalam C.C.M.K  tambah lagi beberapa cerpen baru, dah bertambah jumlah page, dan bertambah jugaklah harganya. Ada ke yang nak beli? Ahh.. itu tolak ke tepi, yang penting siapkan dulu buku tu dan yang pasti, lepas aku dah buat keputusan, aku akan umumkan cover mana yang aku akan pilih dan yang pasti pemilik cover itu akan dapat sebiji copy buku ini, insyaallah.. 

jadi, mari doakan aku agar istiqamah dalam melaksanakan misi ini. Amin... 


p/s : satu lagi entri yang agak panjang sampai lenguh jari menari di papan kekunci. Hoishh.. aku mengarang cerita pun punyalah payah nak dapat panjang ini tanpa bersulam dengan fb... 

Jumaat, 13 April 2012

Epal merah dalam loker tempat ke 3


Assalamualaikum. 

Satu masalah aku yang paling aku menyampah, bila aku suka sangat tersasar target. Mula-mula nak edit cerpen, tapi pergi klik google chrome, lepas tu baca status sampai lima belas minit pun tak habis sebab asyik scroll down je. Then nak update blog, tapi pergi bukak blog orang lain dan baca entri orang tu tak habis-habis sebab dok scroll down ke old entri. Memang sampai esok pun takkan habislah kan. 

Bila dah tersedar matlamat sudah terlalu jauh tersasar, barulah nak kembali ke pangkal jalan, tapi tiba-tiba mood malas pula datang menyerang dan penyudahnya, satu kerja berfaedah pun aku tak buat. Teruk.. teruk.. aku benci dengan sikap SUKA TERSASAR aku ni, tapi aku selalu tak reti nak tahan diri supaya jangan tersasar. Korang ada apa-apa tips tak supaya aku lebih fokus dalam menjalankan tugas-tugasku bila menggunakan laptop yang dugaan terbesarnya adalah internet?  

Ohh.. nampak tak? Nampak tak? Aku sedang tersasar daripada menulis entri yang sepatutnya. Uuuuuu... Mariyatul Kaftiyah, you have to be more focus! (Aku rasa sangat comel bila panggil nama penuh pada diri sendiri sebab aku rasa macam sedang bercakap dengan ROH aku. It's cool... try it! -_<)



Kembali ke pangkal jalan.

korang ingat lagi tak cerpen kat atas ni? Tak ingat? Tak apa, boleh klik LINK ni kalau nak ingat balik. Korang tau tak aku tulis cerpen kat atas ni sebab apa? Tak tau? Tak apa, biar aku bagitau. aku tulis cerpen ni sebab nak join peraduan menulis cerpen sempena novel Merah Epal Cinta karya Ridha Reeani anjuran group komuniti enovel

Mula-mula masa baca iklan kat group KEN tu aku macam, peraduan tulis cerpen? Ok... *buat bodo* lepas tu baca dia punya syarat-syarat penyertaan dan hadiah sekali imbas. Tak berminat. Malas. Tapi tiba-tiba rasa macam... eh, eh, tapi tema dia epal/merah/cinta aku kan pernah tulis cerpen pasal epal sebelum ni?? *hati mula bagai ditarik-tarik untuk turut serta*  tapi buat bodo lagi sebab MALAS.

Sampailah satu hari aku baca cerpen yang Rin (Rinsya Ryc yang berduet dengan aku tulis "plain guy") post cerpen dia kat group KEN. Masa tu mulalah hati aku lagi rasa disiat-siat "Eh, kalau Rin boleh siapkan dalam masa beberapa jam je takkan aku tak boleh??" Sebenarnya masa tu aku dah lama tak menulis, sebab aku asyik sibuk dengan enovel Iman Harraz je so, aku jadi tak reti nak mula menulis cerita baru, itu yang buat aku jadi malas tu. Tapi sebab tercabar dengan kesungguhan Rin, maka aku pun mulalah draf cerita secara kasar masa kat tempat kerja, malam tu aku pulun habis-habis (tak mau jadi malas-malas lagi, nak jadi macam Rin yang sangat komited!) 

Dua tiga kali jugaklah aku baca balik dan edit, sebab aku teringat dalam iklan tu katanya setiap cerpen akan diadili oleh barisan juri. kalau dah kata barisan juri, haruslah jurinya yang profesional kan? Kan? Setiap aspek pastilah akan diambil kira, bukan setakat cerita best dan tak best je. itu yang buat aku jadi nervous sangat-sangat tu. First time ever tulis cerpen dengan hati yang berdebar-debar, hahahha.. klaka!

The making of cerita tu, yang sebenarnya masa zaman belajar, aku memang selalu bawak ketip kuku pergi kemana-mana sebab aku sangkut kat tali kunci tu. Memang budak-budak kelas suka jerit panggil nama aku nak mintak kunci. Kadang diorang panggil sepetlah, silaulah, (sebab mata aku sepet) so everytime kalau diorang panggil aku, aku dah faham diorang nak apa sebenarnya. Kadang-kadang aku memang selalu terlupa nak mintak balik tali kunci aku tu kalau diorang tak pulangkan balik. Kadang-kadang memang ada yang suka menyanyi bila nak panggil aku, tapi lagu maria mariana. hahahaha.. ;p

Weh tetibe aku rindu kenangan tu.

Masa aku tulis watak si Junaidi tu, dalam fikiran aku terbayangkan Wafi. Aku ingat lagi Wafi suka nyanyi lagu Maria mariana bila nampak aku, tapi masa awal-awal sem je kalau tak silap aku. Pijol tu, siapa lagi kalau bukan Mok. Tak ada mahluk yang paling kuat membahan selain Mok kan.. dan Mamat tu Akram.  Akram memang.. memang macam tu kan? Suka kacau orang!  Dan epal tu, masa budak multimedia buat "Request day" ke apa entah diorang panggil yang diorang jual epal dan hantar pada si penerima, aku sangat-sangatlah berharap ada orang hantar epal untuk aku, tapi hampeh! Kesian betul orang tak ada secret admirer ni.. tak ada sesiapa nak kasi epal. wuuuuwuu.. *sedih*

Wafiq??

Wafiq pelengkap cerita je. Amsyar bukan sesiapa okeh. Tolong jangan buat spekulasi bukan-bukan pulak.. huhu ;p

So, begitulah. Begitulah sebulan selepas itu, dengan perasaan membuak-buak ingin tahu siapa pemenangnya sekalipun aku tak menaruh harapan untuk menang, tapi bila balik kerja petang tu, tengok ada private message kat facebook, nampak nama Ridha Reeani, dan hati mula berdebar-debar, lepas tu baca ucapan tahniah, dan blur sekejap siap tanya balik yang aku menang ke pada dia, then check notification, tengok status kat group KEN, baca nama pemenang tempat ketiga 

Mia Kaftiya - Epal merah dalam loker

dan mula rasa nak menjerit, nak menangis, nak terharu, nak cakap Alhamdulillah banyak kali, nak bagitau kat sesiapa tapi tak ada sesiapa yang tau aku join contest ni kecuali ika, tapi dia pulak nun jauh kat kedah. Penyudahnya tenangkan diri sendiri dan tersengih melebar sambil mengucap syukur sebab aku memang tak yakin yang aku boleh menang. (psstt.. yang sebenarnya part last sekali tu, aku ada tersalah tulis -"Aku tersenyum. Kata-kata Laila bermain di telingaku"- Aku? Ia sepatutnya jadi "Anna" (pov3) bukan "aku" (pov1)  part tu yang buat aku tak menaruh harapan untuk menang tu) 

Tapi yelah, bila TAK SANGKA tu yang buat kita rasa sangat TERUJA tu kan? Cuba kalau aku dah expect yang aku akan menang, pasti aku akan bagi reaksi, "oh, aku menang? Ok.." *muka tak ada perasaan*

by the way, aku dah tau yang aku menang dah lama dah.. tapi baru nak up entri kat sini sebab hadiahnya baru aku terima hari ni. Apa hadiahnya? Sebiji novel Merah Epal Cinta dan sebuah buku hadis tajuknya Mendekati Tuhan. Well yang sebenarnya, hadiah tak penting, yang penting sekarang portfolio aku dah bertambah satu lagi pencapaian. hewhewhew.. 

Nak ada readers sendiri - Dah ada!
Nak tulis novel - Dah tulis!
Nak ada buku sendiri - Dah ada dua pun!
Dan sekarang, dah menang contest!

It's great isn't?

oh ya, tahniah jugak untuk pemenang tempat pertama
Hany Nafisya dengan ceritanya, Dia gadis bertudung merah
tempat kedua
Hermone Marnie - Epal semerah cintamu


Terima kasih para juri sebab pilih cerpen kite! hewhewhew... 



p/s : phew, rasa macam panjang sangat aku menaip entri ni.  *kesat peluh kat dahi*

Khamis, 12 April 2012

Nak tau apa rahsia zikir??..

rahsia zikir

Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan




Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Selawat.... etc.


p/s : sumber dari facebook. Misteri keajaiban alam

Selasa, 10 April 2012

Entri khas : Anakku! ;)

Sila jangan terkejut atau membuat spekulasi yang bukan-bukan seperti "eh mia dah ada anak ke? Bila masa dia kahwin? Apasal dia tak jemput kite pun? Bla..bla..bla.." selepas anda membaca tajuk itu sebab entri khas ini adalah tentang anak buahku yang pertama.. Hewhewhewww ;p


Nur Syaza Raihanah

Ahad lepas bertempat di kampung perlok lama iaitu di rumah atuk, telah diadakan kenduri cukur jambul untuk cicit yang kedua dalam salasiah keluarga Musa dan Salmah. Disini aku akan lampirkan gambar-gambar semasa majlis berlangsung. *sila baca macam baca berita di tv3*


ini cicit. cucu, anak buah yang pertama. Wan Nur Alisya


buaian Design by : ieka hafika (nama fb) ececeee... budget event planner lettuew.. hekhek >_<


marhaban


Dari kiri : papa, atuk, onyang.. Uish, tekun onyang potong rambut syaza.. huhu ^_^


Sementara kami bermahaban di dalam, kaum-kaum wanita bergotong royong memasak di belakang




Syaza's parents.


Habis gambar, habislah ceritanya....