Sabtu, 14 April 2012

Cover -Kisah Hati- yang menjadi idaman hati

Assalamualaikum.

Entah kenapa terlalu banyak perkara yang aku nak khabarkan pada semua, jadinya aku terpaksa rajinkan diri mengupdate blog. Dalam dua tiga hari ni, rasa macam tiap-tiap hari aku update blog. Harap tak ada yang bosan yeahhh.....??

Alkisahnya, aku sebenarnya dah bosan dengan cover Cerita cinta mia kaftiya yang aku design sendiri guna photoshop beberapa tahun lepas (sini) dan (sini) makanya aku nak tukar cover lain, tapi masalah pulak bila aku tak ada idea, plus bila cari gambar kat google je, aku mesti akan taip teddy bear, balloons, paper, etc yang konon-kononnya berkaitanlah dengan buku tu sendiri. At last aku pun give up nak cari gambar yang sesuai, penyudahnya langsung tertangguh niat aku nak tukar cover buku tu. 

Pada suatu hari, tiba-tiba aku mendapat idea untuk tukar tajuknya sekali, daripada tajuk 'cerita cinta miakaftiya' aku nak tukar ke tajuk 'kisah hati'. Bukan bersempena dengan lagu Alyah yang tengah hits tu, tapi sebab rasa macam sesuai je dengan tajuk tu. Dan dapat idea lagi untuk mintak tolong pada penulis-penulis enovel, mahupun published writers sebab aku tahu enovel writers ni sangatlah kreatif dan inovatif, kalau tak, takkan diorang boleh buat cover cerita-cerita diorang sendiri yang cantik-cantik tu kan, kan? (ya, walaupun cuma cari gambar kat google dan tambah tajuk juga nama sendiri kat atas gambar tu) Oleh itu aku mintak tolong diorang dalam group 'blog enovel'.

Mula-mula rasa macam, ada ke yang nak tolong aku? Yelah aku ni dah la 'sombong' (baca - pemalu), bukannya rajin nak jengah ke group tu, bukannya rajin nak bertegur sapa dengan diorang, bukannya rajin nak selalu post link kat situ, tapi bila susah rajin pulak pergi mintak tolong kat sana kan... over tau!

Tapi yelah, walaupun aku sombong, diorang tetap baik hati nak tolong, sampai aku pulak yang tak terkejar nak tengok semua cover. Serius aku tak jangka yang begitu banyak cover yang diorang akan buat, Seorang sampai 5, 6 keping cover. Hambek kau rambang mata aku nak pilih. Semuanya cantiks dan comels. Oh noooo... masalah baru pulak muncul bila aku rambang mata dan tak tau nak pilih yang mana. Huhuhuuu...

Walaupun aku sombong, tapi aku baik hati, sebab tu aku rasa macam nak guna semua cover untuk buku kisah hati, tapi for surelah tak boleh, sebab hadiah yang aku nak bagi hanya pada si tukang design cover yang covernya terpilih je. Habis kalau semua cover aku pilih, mau berapa banyak buku pulak yang aku kena bagi free?? Bankraplah mak cik macam ni..

Oleh itu, setelah diperhati dan diteliti dan mendengar kata hati, di bawah ini adalah cover-cover KISAH HATI yang menjadi idaman hati aku. Cuma aku belum buat keputusan mana satu yang aku akan pilih, haruslah pikir betul-betul ye dak?




by : Nurartikah Ali 1

Aku suka konsep dia. Ada laptop, macam meja kerja. konon-konnya disini aku kisahkan segala angan-anganku, samalah macam aku sedang mengarang angan-angan aku dalam laptop tu kan? Serius, suka!. *sengih melebar* oh, mesti artikah pun tengah tersengih melebar bila baca entri ini. Kan? Kan? hehehe.. >_<



by : Nurartikah Ali 2

Oh, makin melebar senyuman artikah bila tengok dua cover dia berjaya menambat hati aku, kan artikah kan?? hahahah.. ;p ok, yang ni mula-mula nampak biasa je, tapi bila dipandang nampak macam sweet pulak. Aish! Cemana nih?? *garu kepala*




by : Ria Natsumi

aku pun tak taulah kenapa aku berkenan beno dengan cover ni. Tapi aku geram sebab itu gambar lelaki, kenapa bukan gambar perempuan? Sempat aku tanya pada Ria. hahaha.. sorry Ria, kite kecewa sebab ini gambar lelaki padahal kisah hati seorang perempuan, dah tu nak berkenan jugak. Haish! *geleng kepala lagi*




by : Noraz Ikha

yang ini bagi aku macam ada aura tersendiri. Sangat kelakar bila 'kawan fb Ikha'  sampai tertanya-tanya apa ceritanya dengan kisah hati tu? Aish.. sayangnya, ini bukan enovel, ini cuma cover untuk buku koleksi cerpen aku je. Sayang. Sangat sayang. Sebab aku rasa kalau Kisah Hati memang enovel terbaru aku, pasti sekarang aku dah ada pengikut setia untuk enovel itu. Hihii.. 




by : Naylea Atieyqah

ok, aku tak tau nak describe apa istimewany cover ni, tapi ia masih nampak ada nilai komersial. Sebenarnya aku suka warna gelap, so haruslah ada satu pilihan cover gelap kannn.. huhu..

oh sikit info untuk yang tertanya-tanya ada apa sebenarnya dengan kisah hati semua ni. Sebenarnya aku nak buat REPACKAGE untuk buku Cerita cinta miaKaftiya, dengan menambah lebih banyak cerpen di dalamnya tapi dengan tajuk KISAH HATI. Buat masa sekarang, aku ingat nak tambah cerpen-cerpen sedia ada dan insyaallah, kalau rajin dan ada idea, aku nak masukkan dalam sebarang dua buah cerpen baru. Terfikir jugak untuk masukkan Cerpen Plain Guy versi Mia. Exklusif untuk buku ni gitueww, tapi tengoklah dulu macammana.

Maksudnya? Lima cerpen asal dalam C.C.M.K  tambah lagi beberapa cerpen baru, dah bertambah jumlah page, dan bertambah jugaklah harganya. Ada ke yang nak beli? Ahh.. itu tolak ke tepi, yang penting siapkan dulu buku tu dan yang pasti, lepas aku dah buat keputusan, aku akan umumkan cover mana yang aku akan pilih dan yang pasti pemilik cover itu akan dapat sebiji copy buku ini, insyaallah.. 

jadi, mari doakan aku agar istiqamah dalam melaksanakan misi ini. Amin... 


p/s : satu lagi entri yang agak panjang sampai lenguh jari menari di papan kekunci. Hoishh.. aku mengarang cerita pun punyalah payah nak dapat panjang ini tanpa bersulam dengan fb... 

3 ulasan:

zuliani afizah berkata...

semua lawa la kak..

Noraz Ikha berkata...

pilih.. jgn x pilih.. hehe

MiMi berkata...

siyes semua lawa kak. dorang mmg kreatif walaupun mcm kak mia ckp tadi,.. juz ambik gambar then tampal nama. tp rasenya org2 biase like me mmg xterbuat benda tu. kna ada tgn yg ada aura. ahak! sy ckp sbb sy pernah cuba nak buat...tp mmg bikin malu bila igt 'ni hasil kekreatifan aku'. haha!
ps: tp kan,..yg nurartikah ali no.1 punya mmg yg terbaik di kalangan terbaik r. hehehe