Jumaat, 13 April 2012

Epal merah dalam loker tempat ke 3


Assalamualaikum. 

Satu masalah aku yang paling aku menyampah, bila aku suka sangat tersasar target. Mula-mula nak edit cerpen, tapi pergi klik google chrome, lepas tu baca status sampai lima belas minit pun tak habis sebab asyik scroll down je. Then nak update blog, tapi pergi bukak blog orang lain dan baca entri orang tu tak habis-habis sebab dok scroll down ke old entri. Memang sampai esok pun takkan habislah kan. 

Bila dah tersedar matlamat sudah terlalu jauh tersasar, barulah nak kembali ke pangkal jalan, tapi tiba-tiba mood malas pula datang menyerang dan penyudahnya, satu kerja berfaedah pun aku tak buat. Teruk.. teruk.. aku benci dengan sikap SUKA TERSASAR aku ni, tapi aku selalu tak reti nak tahan diri supaya jangan tersasar. Korang ada apa-apa tips tak supaya aku lebih fokus dalam menjalankan tugas-tugasku bila menggunakan laptop yang dugaan terbesarnya adalah internet?  

Ohh.. nampak tak? Nampak tak? Aku sedang tersasar daripada menulis entri yang sepatutnya. Uuuuuu... Mariyatul Kaftiyah, you have to be more focus! (Aku rasa sangat comel bila panggil nama penuh pada diri sendiri sebab aku rasa macam sedang bercakap dengan ROH aku. It's cool... try it! -_<)



Kembali ke pangkal jalan.

korang ingat lagi tak cerpen kat atas ni? Tak ingat? Tak apa, boleh klik LINK ni kalau nak ingat balik. Korang tau tak aku tulis cerpen kat atas ni sebab apa? Tak tau? Tak apa, biar aku bagitau. aku tulis cerpen ni sebab nak join peraduan menulis cerpen sempena novel Merah Epal Cinta karya Ridha Reeani anjuran group komuniti enovel

Mula-mula masa baca iklan kat group KEN tu aku macam, peraduan tulis cerpen? Ok... *buat bodo* lepas tu baca dia punya syarat-syarat penyertaan dan hadiah sekali imbas. Tak berminat. Malas. Tapi tiba-tiba rasa macam... eh, eh, tapi tema dia epal/merah/cinta aku kan pernah tulis cerpen pasal epal sebelum ni?? *hati mula bagai ditarik-tarik untuk turut serta*  tapi buat bodo lagi sebab MALAS.

Sampailah satu hari aku baca cerpen yang Rin (Rinsya Ryc yang berduet dengan aku tulis "plain guy") post cerpen dia kat group KEN. Masa tu mulalah hati aku lagi rasa disiat-siat "Eh, kalau Rin boleh siapkan dalam masa beberapa jam je takkan aku tak boleh??" Sebenarnya masa tu aku dah lama tak menulis, sebab aku asyik sibuk dengan enovel Iman Harraz je so, aku jadi tak reti nak mula menulis cerita baru, itu yang buat aku jadi malas tu. Tapi sebab tercabar dengan kesungguhan Rin, maka aku pun mulalah draf cerita secara kasar masa kat tempat kerja, malam tu aku pulun habis-habis (tak mau jadi malas-malas lagi, nak jadi macam Rin yang sangat komited!) 

Dua tiga kali jugaklah aku baca balik dan edit, sebab aku teringat dalam iklan tu katanya setiap cerpen akan diadili oleh barisan juri. kalau dah kata barisan juri, haruslah jurinya yang profesional kan? Kan? Setiap aspek pastilah akan diambil kira, bukan setakat cerita best dan tak best je. itu yang buat aku jadi nervous sangat-sangat tu. First time ever tulis cerpen dengan hati yang berdebar-debar, hahahha.. klaka!

The making of cerita tu, yang sebenarnya masa zaman belajar, aku memang selalu bawak ketip kuku pergi kemana-mana sebab aku sangkut kat tali kunci tu. Memang budak-budak kelas suka jerit panggil nama aku nak mintak kunci. Kadang diorang panggil sepetlah, silaulah, (sebab mata aku sepet) so everytime kalau diorang panggil aku, aku dah faham diorang nak apa sebenarnya. Kadang-kadang aku memang selalu terlupa nak mintak balik tali kunci aku tu kalau diorang tak pulangkan balik. Kadang-kadang memang ada yang suka menyanyi bila nak panggil aku, tapi lagu maria mariana. hahahaha.. ;p

Weh tetibe aku rindu kenangan tu.

Masa aku tulis watak si Junaidi tu, dalam fikiran aku terbayangkan Wafi. Aku ingat lagi Wafi suka nyanyi lagu Maria mariana bila nampak aku, tapi masa awal-awal sem je kalau tak silap aku. Pijol tu, siapa lagi kalau bukan Mok. Tak ada mahluk yang paling kuat membahan selain Mok kan.. dan Mamat tu Akram.  Akram memang.. memang macam tu kan? Suka kacau orang!  Dan epal tu, masa budak multimedia buat "Request day" ke apa entah diorang panggil yang diorang jual epal dan hantar pada si penerima, aku sangat-sangatlah berharap ada orang hantar epal untuk aku, tapi hampeh! Kesian betul orang tak ada secret admirer ni.. tak ada sesiapa nak kasi epal. wuuuuwuu.. *sedih*

Wafiq??

Wafiq pelengkap cerita je. Amsyar bukan sesiapa okeh. Tolong jangan buat spekulasi bukan-bukan pulak.. huhu ;p

So, begitulah. Begitulah sebulan selepas itu, dengan perasaan membuak-buak ingin tahu siapa pemenangnya sekalipun aku tak menaruh harapan untuk menang, tapi bila balik kerja petang tu, tengok ada private message kat facebook, nampak nama Ridha Reeani, dan hati mula berdebar-debar, lepas tu baca ucapan tahniah, dan blur sekejap siap tanya balik yang aku menang ke pada dia, then check notification, tengok status kat group KEN, baca nama pemenang tempat ketiga 

Mia Kaftiya - Epal merah dalam loker

dan mula rasa nak menjerit, nak menangis, nak terharu, nak cakap Alhamdulillah banyak kali, nak bagitau kat sesiapa tapi tak ada sesiapa yang tau aku join contest ni kecuali ika, tapi dia pulak nun jauh kat kedah. Penyudahnya tenangkan diri sendiri dan tersengih melebar sambil mengucap syukur sebab aku memang tak yakin yang aku boleh menang. (psstt.. yang sebenarnya part last sekali tu, aku ada tersalah tulis -"Aku tersenyum. Kata-kata Laila bermain di telingaku"- Aku? Ia sepatutnya jadi "Anna" (pov3) bukan "aku" (pov1)  part tu yang buat aku tak menaruh harapan untuk menang tu) 

Tapi yelah, bila TAK SANGKA tu yang buat kita rasa sangat TERUJA tu kan? Cuba kalau aku dah expect yang aku akan menang, pasti aku akan bagi reaksi, "oh, aku menang? Ok.." *muka tak ada perasaan*

by the way, aku dah tau yang aku menang dah lama dah.. tapi baru nak up entri kat sini sebab hadiahnya baru aku terima hari ni. Apa hadiahnya? Sebiji novel Merah Epal Cinta dan sebuah buku hadis tajuknya Mendekati Tuhan. Well yang sebenarnya, hadiah tak penting, yang penting sekarang portfolio aku dah bertambah satu lagi pencapaian. hewhewhew.. 

Nak ada readers sendiri - Dah ada!
Nak tulis novel - Dah tulis!
Nak ada buku sendiri - Dah ada dua pun!
Dan sekarang, dah menang contest!

It's great isn't?

oh ya, tahniah jugak untuk pemenang tempat pertama
Hany Nafisya dengan ceritanya, Dia gadis bertudung merah
tempat kedua
Hermone Marnie - Epal semerah cintamu


Terima kasih para juri sebab pilih cerpen kite! hewhewhew... 



p/s : phew, rasa macam panjang sangat aku menaip entri ni.  *kesat peluh kat dahi*

5 ulasan:

~CutE CHerry bl0sSoms~ berkata...

Wa!! congrats sis mia..hehe..>_<

RazFiRa berkata...

yeaa!! tahniah! lepas ni no 1 pulak! :D

Zul Fattah berkata...

haha.. ralit dgan fb.. lama tak on9.. kena baca blik ni cerpen epal merah dlm loker ni..

cheknie berkata...

thniah kak mia..npe ble klik plain guy dye tlis blog not found??line prob ke da remove

mia kaftiya berkata...

cheknie : haaa.. ni nak habaq mai nieh, akak dah tukar url, so kalau nak bukak blog tu kena taip -- http://ceritamiakaftiya.blogspot.com, baru lg tukar, sorry di atas kesulitan. hehe.. ;)