Selasa, 1 Mei 2012

berpesta dengan penulis dan buku = pesta buku

Bagi yang kurang suka baca buku mesti tak tau yang sekarang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC bermula 27hb April sehingga 06hb Mei 2012. Pesta Buku terbesar di Asia Tenggara kalau tak silap aku. 

Tapi bagi yang gilakan buku, majalah dan NOVEL terutamanya, pasti mereka sangat tak sabar menantikan tarikh ini pada setiap tahun sebab nak berpesta dengan penulis disamping memborong novel-novel baru kat sana kan? Kan? *ya betuuullll*

Pesta Buku bagi aku macam Roadtour ABPBH. Time itulah kau nak jumpa dengan penulis-penulis yang selama ni kau cuma baca dia punya karya je. Masa itulah kau nak TENGOK rupa sebenar si penulis tu sebab sesetengah penulis, tak upload gambar banyak-banyak kat facebook, tak selalu keluar muka kat majalah, kat tv apatah lagi kannn... (Tapi aku rasa kalau Industri novel ni sama naik macam industri perfileman yang mendapat perhatian dan sambutan hangat tu, pasti setiap seorang penulis kena upah bodyguard macam artis kat Roadtour Abpbh tu ye dak?) 

Btw, ini kali kedua aku ke sana lepas kali pertama aku pergi dalam dua tahun lepas kot, masa tu pergi dengan ezzah ( yang juga bertindak sebagai tour guide aku dan akak) hewhewhew. Kali ni Ezzah bagi guide dalam phone je, sebab dia tak pergi, so aku pulak yang jadi tour giude pada munirah (cousin) and kak leng.

Kitorang pergi hari ahad, 29hb April 2012 (beriya beno nak letak tarikhnya... ;p) Naik bas loncat-loncat sebab tiket KTM sangat lambat, puku; 10.30 pagi baru ada. Daripada buang masa kat rumah semata-mata nak naik KTM pukul 10.30 pagi, ada baiknya kitorang naik bas loncat-loncat  pukul 8 pagi. 

Sungkai - Tanjung Malim - KL (Puduraya) - LRT Plaza Rakyat - PWTC 

Kali pertama pergi cuma bertegur sapa dengan Hasreeyati Ramli je, itupun sebab kak ina cakap itu kawan dia so konon-konon bila aku jumpa Kak Hasreeyati tu, dapat sign (atas novel "aku kan novelis" by Nurul Syahida sebab aku tak beli novel kak Has tu, budget duit, hewhewhew) So, datang opis esok bolehlah berlagak sikit dengan kak ina kann... hahahhaha... ;p 

Then mintak sign dari ayu emelda pastu ambik gambar, pastu tros blah. Malu gila sebab tak kenal dan itulah first time jumpa. Tapi sempat berharap yang nanti aku akan duduk sebaris dengan diorang. (Time tu baru nak serius menulis, tapi baru serius tulis cerpen, tulis novel tak pandai lagi)

Tapi pergi kali kedua ni dah naik satu level sebab bukan setakat dapat sign dan bergambar, tapi boleh bersembang macam-member-rapat-benar (padahal baru pertama kali jumpa) tanpa segan silu, padahal dalam hati malu-malu dan rasa macam dah jadi sebahagian dari mereka sebab diorang sangat sporting dan mesra. 
Paling terharu bila diorang kenal jugak penulis enovel picisan si mia kaftiya ni padahal mia kaftiya tak famous macam Suri Ryana pun.. hahah.. Terharu taw! *kesat air mata ;p* 

Menyesal pulak tak cari kak Suri, sebab tak jumpa booth kaki novel. Dengarnya kak Suri dah fly balik ke korea?? Wuuuwuu... entah bila taun baru dapat jumpa balik tu. 

Plaza Rakyat. Tak sesabar nak tunggu Lrt sampai dan membawaku ke Pwtc. LOL



Baru singgah kat 'perhentian' pertama (Karangkraf) dah tak larat nak angkut beg. Haish.. cemana nieh?



Kat belakang tu kali tak silap la... Aaa.. penulis Liyana Zahim. Eh ke sebelah tu baru liyana?? Eh, eh.. abaikan! Memula malas nak ambil gambar dengan penulis-penulis tu sume, tengok nama tengok muka diorang je, bila diorang pandang, aku senyum. wuwuwuuu... sebab tak berapa nak kenal.



lepas tu baru tergerak hati nak ambik gambar dengan semua, tapi dua gambar tu blur. Sampailah bila nak bergambar dengan kak Zara Amani ni, teros aku lupa nak ambik gambar dengan penulis-penulis lain pulak. 
Orang nak ambik gambar je, tapi kak Zara tanya dah beli novel dia ke belum? So, terpaksalah baca sinopsis novel terbaru dia, dan berjanji "kejap lagi kite beli novel akak."


entah apa entah yang budak tudung pink tu suka sangat... ;p Oh masa ni sempat tanya kak Zara 
aku : "kite cari novel plain jane"
Kak Zara : "Plain Jane? Nurul Syahida" 
Aku : ha.. kite cari tak jumpa pun.. *mengadu* (sebab tak tau nak tanya kat sape. Tak ada orang bertugas kat rak buku tu)
Kak Zara : Kejap lagi penulis dia datang, dia kat...
Aku : oh ye ke?? *sengih melebar* (kak shai kata dia bertugas hari jumaat je)
Kak Zara : Ha'ah, dia datang menyibuk je.. dalam setengah jam lagi dia sampai.
Aku : Oh, nanti suruh dia tunggu eh, cakap mia nak jumpa (ecece... ;p)
Kak zara : Ha.. ok



Selepas berceloteh panjang, sekarang baru betul-betul ambik gambar. Kite pergi jalan-jalan dulu nanti datang balik nak jumpa kak Shai baru beli novel kak Zara, hewhewhew..

Dan bermulalah misi mencari Kak Fad (Ratu bulan Nurfa), Nirr (Nirrosette), kak Suri (Suri Ryana) dan penulis-penulis lain yang otak aku sampai blur nak ingat nama dan syarikat penerbitan mereka, oh dan juga jadual bertugas mereka. 

Meredah lautan manusia. Lemas. Kalau bukan sebab the writers yang setahun sekali baru dapat jumpa, aku tak rasa yang aku sanggup pusing satu hall tu dua tiga kali semata-mata sebab tak jumpa-jumpa penulis yang aku cari.


nasib baik ada floor plan ni, Agak membantulah sikit bagi orang yang pening kepala tengok lautan manusia, macam aku ni. 



Kak.. kat mana kaki novel?
One nusantara?
PTS?
karya seni?
satu lagi, satu lagi... err..*fikir* Nirrosette! (nama penulis je yang aku ingat dan berharap si gadis penunjuk arah itu akan kenal nama Nirrosette, tapi dia tak kenal pun)  hah! Jemari seni!

Jawabnya,
Kat bilik mawar
kat dalam tu (menunjuk ke arah hall di depan kami)
Kat atas tingkat dua.
Jalan terus, nampak Arianni, belok kiri, dari situ boleh terus pergi One nusantara. ( Tapi dah pergi tak jumpa pun booth One Nusantara, dah tak jumpa kak Fad ;( )



Yeay! jumpa pun Nirr... Masa tu dia tengah sibuk layan customer. aku tarik dia kejap. Hohoho..

Aku : Nirr, nak ambik gambar
Nirr : mana you tau I Nirr??
Aku : *Speechless sesaat* taulah..  ;p
ambik gambar, mintak sign atas novel baru dia, then bila dia tanya nama, aku jawap "mia"
Nir : Ohh... mia kaftiya!" 
aku : *speechless tiga saat* (rasa macam nak tanya dia balik, "mana you kenal I?" tapi tak tanya pun sebab speechless kan...) 
Bila Nirr tanya lagi,
Nirr : bila novel you nak keluar?
Aku : *speechless sesaat balik* kemudian tergelak dan cuma mampu jawab, "tak taulah.. belum siap edit lagi."

(aku rasa macam nak hempuk diri sendiri sebab bila orang tanya bila novel aku nak keluar aku mesti akan jawab macam tu dan Nirr bukanlah orang pertama yang bertanya soalan itu! wuwuwuw ;( 


Novel baru Nirr, boleh dapatkan kat pasaran sekarang. *promote*


"All the best for your first baby" katanya. jom reramai pray for my first baby yang tak ada due date, entah bila baru nak bersalinnya. Wawawaaaaa... *nanges*

  


Lepas tu nampak Booth karya seni. Tak tau nak jumpa siapa sebab otak dah blur gila. tetiba ternampak kak yard (Syamnuriezmil) Nak ambil gambar, tapi kat situ SANGAAAATTTT crowded dengan lautan manusia. Jadi terpaksa berdiri lama-lama nak tunggu sampai tak ada orang kat meja kak yard. Tapi lima minit kemudian tak kosong-kosong jgk meja tu, datang Jiran dia dari mana entah (sorry kak yard, kite eavesdropping. Tak payah nak curi dengar sangatlah, diorang memang cakap kuat-kuat pon. huhuhu.. ;p)

At last, aku dah malas nak tunggu lagi, so aku panggil je,
Aku : Kak yard!
Kak yard : Tuan Muda Iman Harraz, mia.... 
Aku : Eh, kenal ke?? 
kak yard : betul kan? Mia.. *ragu-ragu*
Aku : *tersenyum dan mengakuinya* ha'ah betullah.. 
(aku dalam hati dah terharu sampai mengalir air mata dah, belum apa-apa dia cam muka aku huhuhuuu.... *nanges lagi*)

Oh kak yard bagi gift walaupun aku tak beli novel baru dia. Entah tak tau kenapa aku tak rembat sebijik hari tu. Mungkin sebab terharu sangat kot??? hahahha..





Sempat ambik gambar kandid Aliesha Kirana. Penulis Love you Mr. Arrogant tueww.. Itupun punya sesak kat depan meja dia. phew.. *kesat peluh kat dahi*



Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Dapat jugak jumpa kak Shai (Nurul Syahida), penulis kesukaan? Penulis rujukan? Penulis inspirasi? Entah, tak tau nak bagi gelaran apa, nak cakap idola tak boleh sebab idola umat islam cuma Nabi Muhammad S.A.W. Tapi yang pasti, selepas Damya Hanna, kak Shai adalah penulis kedua yang aku beli novel dia tak payah baca sinopsis pun tak apa sebab aku yakin dengan cerita yang dia tulis. Insyaallah, aku akan terus meminati karya kak Shai selagi Allah izinkan aku berbuat demikian. hewhewhew... (tak berani nak cakap kipas susah mati sebab keinginan manusia boleh berubah >_< tapi buat masa sekarang, ya.. boleh dikatakan kipas susah mati jugaklah. hohoho ;p)



Mintak sign atas novel Datang pada waktunya by kak Maria Kajiwa sebab tak jumpa novel Plane Jane kat rak buku.) Sorry kak Maria! Lagipun kak Maria tak ada masa tu... hekhekhek..

Sempat ngadu balik pada tuan empunya novel yang kite tak jumpa 'Plane Jane' lagiii... (ekcelly novel Plain Jane tu novel kedua kak shai daripada empat buah novel yang dia ada sekarang, tapi aku pun tak tau kenapa semua orang pun macam baru tersedar tentang novel tu dan baru terkial-kial nak cari balik sebab nak cukupkan kuota empat buah novel tulisan Nurul Syahida.)



Lepas tu pergi beli Novel lama kak Zara, sebab dah janji kan... then pergi balik kat meja penulis-penulis tu sebab nak mintak sign kak Zara, tetiba kak Shai panggil dan tunjuk Novel Plain Jane kat tangannya. Woah, at last! Jumpa punnnn...

Tapi penat sebab kena pergi kaunter pembayaran balik sebab selagi belum bayar tak boleh dapat sign dari penulis. huhuhu.. 



dan sekarang, lengkaplah sudah empat biji novel Nurul Syahida dalam Koleksi peribadiku... kak Shai, we await ur next novels.. cepat-cepat siapkan! ;)


Kak Zara, mia, kak Shai. it's a great moment to meet and greet you oll'z. ;-D



Oh, haruslah ucapkan thanks pada munirah, si cousin yang tak beli apa-apa tapi sanggup menemani daku merentasi lautan manusia.. hewhewheww...



dah penat, duduk kejap, minum sebelum kembali meneruskan pengembaraan ke lautan... manusia!


Sambil menunggu yaa dan Shah yang dah pening kepala mencari hall Karangkraf.



Mesej kak fad, tanya ada kat booth mana. >_<


dan terus menunggu.. tapi yaa tak jumpa-jumpa jugak hall Karangkraf yang punya besar ini.



 at last, kitorang keluar dari hall Karangkraf dan janji nak jumpa kat booth MPH sebab ikut landmark yang kakFad bagi, booth dia dekat dengan booth Mph, tapi terjumpa yaa dari arah yang bertentangan. huhuhuuu...
Lepas pusing dua tiga kali di tempat yang sama, mencari.. apa? putra apa? entah tak ingat, dan aku kesian dengan diorang yang asyik follow aku padahal perut masing-masing dah kejang sebab belum makan dari pagi, so i decided, to stop searching dan pergi cari tempat makan. Berakhirlah sudah misi mencari lagi dua orang penulis..

Ratu Bulan Nurfa dan Suri Ryana. ;(




Budak jakun ambik gambar dalam lif macam tak pernah jumpa lif yang ada cermin. hohoho.. ;p



Muka happy makan kat chicken Rice sebab orang belanja, tapi makanan sampai satu jam kemudiannya sebab orang yang belanja tu dah bayarkan dulu so pekerja tu ingat kitorang dah makan. Hangen je aku. kalo tak sempat jugak nak masuk PWTC balik, hatiku masih tertinggal di sana.. wuwuwuuu...



dah habis makan baru ingat nak snap picture! Apelah!.


Muka kenyang, tapi still tak puas hati sebab belum dapat sign untuk novel Hikayat Cinta. 


lima bijik novel je aku beli.. Eh, apasal gambar terbalik?? 




dah, habis! 



6 ulasan:

♥ afiqah ♥ berkata...

Cemburu!!!!!!!!!!!
Okay bye. Huuu~ :(

Cik Eka berkata...

best gilerrrrrrrrrrrrr


tak dapat pegi..wuwuwuwuwuwu

ai cantik berkata...

alorr! tak jumpa kak suri ryana.. wee. jealousnya ngan akak.. :p

ai cantik berkata...

alorrr! akak tak jumpa kak suri ryana. Tak boleh nak sampaikan salam peluk cium hanna. haha

bestnya.. jealous. :p

fallenmoon ( Liya Zafrina ) berkata...

Sayalah jiran Kak Yard tu :D hehehehehe! btw, masa nak mintak sign Kak Shai, rasanya nampak akak :)

Aliesha Kirana berkata...

hahah! ade pulak gmbo AK kat sini. keh3! ler nape mia tak tego, kalau tak, mesti AK pun cakap..

"Mia Kaftiya?"

chewah! heheeh.

apapun, Kak Shai pun my fav novelis gak! heheheehe.

eh goodluck utk manuskrip Mia! hehe.