Rabu, 30 Mei 2012

Disebalik cerpen manik-manik cinta.


Sebelum aku pergi solat isyak dan menjahit manik pada baju bakal mak mertua kak.... teeettt... (hikhiks ;p) sambil menonton drama taiwan skip beat, aku nak tulis dulu sikit trivia tentang cerpen manik-manik cinta yang boleh dibaca di blog ceritamiakaftiya.blogspot.com

oh, sebelum tu! Trivia tu apa....??


1. Idea asal manik-manik cinta telah dicatit dalam buku nota pada tarikh 15/07/2011. Diulangi tahun 2011 semasa aku sedang menjahit manik pada baju siapa entah, tak ingat tapi yang pasti masa tu aku dengan manik sangat tidak serasi! Pada masa itu, aku benci manik, aku benci diberikan tugas menjahit manik kerana dengan hanya melihat butir-butir manik itu saja telah membuatkan aku rasa macam tercekik pasir-pasir pantai yang sangat kasar dan menyakitkan tekak. 

Serius, tak tipu! *angkat tangan berikrar* oh dengan ayat yang aku tuliskan yang berbunyi begini...

"Perkahwinan bukan macam menjahit manik di baju, try and error. Kalau tak cantik, tak sesuai boleh bukak balik. Marriage is something meaningfull to me.." Gadis.

sebenarnya ada lagi sikit dialog kat bawah tu tapi aku malas nak tulis. huhuhu.. masa ni aku bayangkan ianya tentang seorang gadis dan seorang lelaki. Yang si lelaki nak kawan dengan gadis tapi gadis tak mahu jadi lelaki tu ajak gadis ni kawin, so that why gadis cakap macam tu..


2.  Baru-baru ni, dalam dua bulan lepas, aku dapat job jahit manik pada baju pengantin dari kak maria, si tukang jahit kat kedai berhadapan dengan kedai bos aku. Win-win situationlah, aku tolong dia jahit manik, dia tolong bayar upah kat aku so aku dapat duit poket lebih nak beli kereta.. LOL.. ;p Tapi sekarang aku dengan manik dah mula serasi, dah tak rasa macam nak tercekik dah bila pandang butir-butir kecil yang berwarna-warni tu, so nak dijadikan cerita, sebab dah banyak sangat baju pengantin aku jahit, (11 pasang kesemuanya)  normallah bila aku rasa macam aku teringin nak pakai baju pengantin aku sendiri. Nak tentukan design macammana yang aku nak.. warna apa, semua-semua tulah kan. 

Tapi ia cuma perasaan TERINGIN nak pakai. Macam bila tengok orang pakai baju kurung corak polkadot, kau pun teringin nak pakai.. ha.. macam tu je, bukannya INGIN pakai jadi tak sabar-sabar nak kahwin supaya boleh pakai. 

macam dalam status yang aku tulis kat FB..

‎"bila aku cakap aku teringin nak pakai baju pengantin, aku tak maksudkan yang aku mahu kawin cepat-cepat dan berkias yang konon2nya aku harap kau carikan calon suami utk aku. TERINGIN dan INGIN adalah dua makna yg berbeza...."

teaser 2 : manik-manik cinta. #real fact : masih belum tulis apa2, teaser je lebihhh.. ;p
 ·  · May 13 at 8:58pm · 



p/s : aku suka baca komen Syamimi tu.. hekhek ;p


3. Disebabkan aku masih sibuk menjahit, jadi masa yang aku ambil untuk siapkan cerpen ni adalah dalam seminggu macam tu... jadi sepanjang masa seminggu itu, tiba-tiba pulak ada sorang kawan ni yang sangat baik hati nak jadi matchmaker dan mahu matchkan aku dengan someone.... pheww... *kesat peluh kat dahi* jadi aku masukkan situasi itu dalam cerita ni sebagai pelengkap dan penambah jalan cerita, Hohohooo.. that's how a writers write up a story yaww.. ;p


4. Watak Lina, si mak andam. Watak Nik dan Qila si tukang jahit memang betul.. tapi aku tak boleh guna nama kak maria sebagai watak utama (aku dah cuba pun, tapi tetap TAK BOLEH)  bila aku guna nama maria, aku rasa macam terbayang-bayang setiap perbuatan kak maria, tutur katanya, perbuatannya padahal bukannya aku selalu tengok apa yang kak maria buat pun, huhu.. serius tak boleh! Imaginasi aku macam tersekat. Sebab itulah aku guna nama lain.. dan nama Nida yang terlekat. She's one of my Harraz's lovers yo! hikhiks..

kak maria dah ada pak we, kak maria tak idamkan wedding macam tu (even aku pun tak tak tahu apa impian perkahwinan dia..) so macammana aku nak create the story kalau aku asyik fikir the real kak maria sedangkan cerita ini cuma rekaan semata-mata. Kan?


5. Sebelum ni aku pun pernah draf satu jalan cerita tentang impian perkahwinan seorang gadis, secara detail. Tapi sebab aku tak jumpa pakwe dia dalam draf cerita tu, dan aku tau readers suka happy ending, kalau tak happy ending nanti diorang marah aku pula, so aku tak tulis pun cerita tu, Penyudahnya aku combinekan saja dalam manik-manik cinta. 

6. Last, last.. aku memang biasa tulis cerpen lepas tu entah siapa-siapa baca tapi tak tinggalkan komen, tapi sebab aku dah terbiasa dengan Enovel Iman Harraz yang mesti akan ada orang komen jadi aku agak kecewa bila manik-manik cinta langsung tak ada respon. Apakah? Hits je banyak, tapi komen satu je ada? Aku jadi tertanya-tanya, diorang suka ke tidak dengan cerita ni, ada part-part yang aku tulis tu betul ke tidak, itu ke ini ke.. aku memang sangat tertanya-tanya.. So nak pesan.. lain kali kalau baca komenlah sikit.. kesian tau kite tulis penat-penat, terkejar-kejar lepas tu orang baca tak nak komen.

Macammana kita nak tau yang cerita kita tulis tu best ke tak. Kalau tak best pun cakap je, dari situlah proses pembelajaran akan berlaku.. huhuhu.. >__<

Dah, habis trivia. Aku rasa trivia tu maksudnya macam fakta-fakta ringkas kot.. tapi apasal aku tulis fakta-fakta yang panjang berjela?? Btw, kalau nak baca boleh pergi kat?


thank you sebab membaca, nak komen? silakan.... ;)




1 ulasan:

Zul Fattah berkata...

sdapa jugak ayat2 dlm manik2 cinta ni.. reality romantica