Rabu, 16 Mei 2012

Ini adalah cover buku Kisah Hati

Assalamualaikum. Malas nak bermukadimah panjang-panjang sebab nak jimat masa menggunakan internet untuk tumpukan perhatian pada in the making cerpen : Manik-manik cinta, jadi sekarang aku nak umumkan COVER BUKU KISAH HATI yang akan jadi muka depan untuk buku ketiga hasil penerbitan the writer miaKaftiya (dalam kata lainnya, atas terbitan aku sendiri ; p)

Oh sebelum tu nak mintak maaf banyak-banyak pada Ria, Ikha, Naylea, dengan Tikah sebab lambat umumkan cover yang dipilih, (lebih serba salah pada Ikha sebab katanya nak kalau kite tak guna cover tu, dia nak guna untuk dirinya sendiri huhu..) bukan apa.. hampir dua bulan ni aku sibuk dengan kerja-kerja menjahit manik (jahit manik cuma kerja part time, so bila dah dapat job tu, haruslah pulun habis-habis kann... ;p)  

Jadi... setelah menimbang tara dan mintak pendapat kawan-kawan dan atas persetujuan diri dan kerasionalan pendapat mereka, aku memutuskan untuk memilih cover ini sebagai cover kisah hati.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Saje bikin suspen.. hikhik >_<

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|





By : NURARTIKAH ALI




kenapa aku pilih cover ni?

1. Sebab masa mula-mula tengok pun macam dah berkenan.
2. Simple dan nampak tak terlalu kebudak-budakan dan tak terlalu matang
3. Sebab buku ni adalah antologi cerpen mia kaftiya, jadi kawan-kawan aku cakap biar cover yang simple, sebab kalau cover cantik sangat nanti orang ingat novel pulak. 
4. Aku sendiri rasa macam konsep gambar tu macam sesuai, "disini" (di laptop itu) "aku kisahkan segala angan-anganku" kan? Sesuai kan? Cuma nanti nak tambah lagi -Antologi cerpen mia kaftiya- takut nanti orang ingat ini novel yang tajuknya Kisah Hati pulak. hu hu hu.. 

So... itulah dia. Buat Tikah, buku ni masih belum disiapkan sebab cadangnya nak tambah lagi beberapa buah cerpen baru yang still belum ditulis. Mungkin cepat atau mungkin lambat tak pasti, yang pasti bila buku ni siap je, satu salinan akan dihantar terus kepada anda.... 

So, harap sabar menunggu yeah?  >_<


p/s : aku kalau bab nak carik gambar untuk buat cover memang sangat-sangat lemah. Nak cari gambar untuk manik-manik cinta pun masih belum jumpa lagi yang sesuai. Eheemm... ehem... (batuk ada makna) siapa boleh tolong?? ^__^


1 ulasan:

ai cantik berkata...

akak, cun gila cover tu.. cayalah