Sabtu, 5 Mei 2012

Review : Plain Jane by Nurul Syahida




Plain jane review

  1. Balkis the plain jane, Ana the witch dan Zaniel yang aku tak fikir dialah ‘the hero’ yang sebenarnya sebab novel-novel NURUL SYAHIDA memang akan jadi sesuatu yang tak aku jangkakan. “Aku Kan Novelis” dan “Valentine Nervosa” dah cukup untuk buat aku serik untuk mempercayai hero akan muncul pada babak pertama. Hahaha ;p

  1. Walaupun konflik cerita ni tak besar kebabom macam ‘kena kawin paksa dengan lelaki yang dia tak suka’, ‘bercinta dengan pasangan yang tak sama darjat dan dapat tentangan keluarga’ atau ‘sudah kawin tapi diganggu oleh ex masing-masing’ tapi ia masih mampu buat jantung aku berlari kencang bila baca part-part tertentu, tambah-tambah lagi aku terpaksa baca sikit-sikit sebab aku sibuk siapkan tempahan jahit manik jadi tahap suspens itu memang sangat tinggi sampaikan aku rasa macam nak menyanyi lagu demi masa by raihan tu sambil menjahit. Lapang sebelum sempittttt…. Pheww..
  
  1. Aku suka Zaniel sejak dia tolong Balkis yang masa tu tengah duduk di atas kerusi roda dan sentiasa pandang ke arah Balkis untuk pastikan yang Balkis tak apa-apa. Dia seperti lelaki yang sangat budiman macam Anuar Zain yang akan tersenyum pada peminatnya di bawah pentas sambil tersenyum dengan penuh.. budiman. Kan? Anuar zain senyum cara lelaki budiman kan?

  1. Tapi aku agak kecewa bila Zaniel terlalu cepat propose Balkis dan mereka terlalu cepat bercinta sebab aku masih mahu menghayati saat-saat indah Zany the Danny : Bangsar most eligible bachelor….. apa entah yang memilih untuk ‘bercakap’ dengan Balkis si gadis biasa berbanding Ana mat-salleh-wannabe. Ok, aku cuma mahu menghayati saat-saat mereka sebelum jadi kekasih sebab itu yang paling best. Best bila Ana cemburu… huhuhuu..

  1.  Apis milo adalah student pada waktu malam? Aku dah agak dah Apis milo bukan sekadar watak tambahan yang tak menyumbang apa-apa, bukan sekadar budak jaga kedai yang suka minum milo kotak dan dengar lagu lalu mencadangkan lagu-lagu terbaru pada Balkis dan Lilee semata-mata (aku dapat rasa watak Apis milo akan jadi macam watak Abang Jeb dalam Valentine Nervosa – si watak tambahan yang akhirnya akan jadi…..)

  1. Zaniel dengan plan kuruskan badan Balkis. Belikan pakaian yang cantik-cantik etc, oh Zaniel tak bersalah! (ya, kerana aku dah jatuh cinta padanya yang budiman..) aku tau dia cuma mau yang terbaik untuk Balkis, tapi rules berpasangan is “terima pasangan kamu seadanya” tapi Zaniel tak ikut peraturan itu lalu membuatkan aku semakin rasa yang Zaniel bukanlah the hero.
  
  1. Oh, pian dengan ika (dalam Soalnya hati) dah kawin? Hahahah.. at last.

  1. Pada malam annual dinner DL, akhirnya tekaan aku mengena jugak. Danny the Zanny bukan the hero.. huhuhu.. sedih! Kenapa lelaki budiman itu harus jadi seperti itu?? Kenapa? Kenapa?

  1. Ok, ok walaupun lelaki budiman itu akhirnya tidak lagi jadi the hero, sekurang-kurangnya ada si Apis milo yang comel tapi sweet bagi lagu-lagu dalam cd yang mempunyai maksud tersendiri dengan tarikh-tarikh istimewa diletakkan sebagai tajuk lagu dan berharap si Balkis itu faham maksud di sebalik tarikh itu dan maksud di sebalik lirik lagu itu.

      Contoh :  060631 (dibaca sebagai, 31hb jun 2006)  Mustikus cinta - Dewa. “ketika jiwamu merasuk ke dalam aliran darahku dan meracuniku…”
       
      Ohhhh…. Lelaki-lelaki yang suka aku, aku harap korang akan buat begitu pada      aku. Suweeettt sangat…. *mata bersinar-sinar*


  1. Dan yang paling sweet lelaki itu haruslah tahu benda-benda remeh dan benda-benda penting dalam hidup Balkis, macam...
      “Siti nur balkis, dieja dengan…”
      “Dengan huruf K dan bukan Q..” kata apis.


      Oh kalau macam tu aku nak lelaki-yang-entah-dimana itu tau, nama aku Mariyatul Kaftiyah dan dieja dengan huruf Y di setiap ayat “ya” dan bukan – Maria atau Kaftiah. Boleh tak? Boleh tak? Hewhewhew…
 

Character development : walaupun kita adalah golongan pertengahan, golongan sederhana, golongan yang tak ada sesiapa peduli dan sedari, sebenarnya kita tak perlu bersusah payah untuk untuk tarik perhatian manusia sekeliling sebab manusia itu sendiri akan tertarik dengan kesederhanaan kita…

Aku, the buku buruk aka the plain jane.

Last, ada soalan untuk kak Shai. Kenapa golongan macam Balkis itu dipanggil plane jane? Kenapa bukan plain girl ke… buku buruk ke.. kenapa? Kenapa? Dah lama soalan tentang maksud sebenar perkataan plain jane bermain-main di kepala otak kite.. sebab google translate manafsirkan ia sebagai.. “Dataran Jane” hewhewhew…

p/s : lagi empat novel menanti untuk aku baca. Next! Coklat, bunga dan si cupid…


6 ulasan:

anis farzana berkata...

baca review mia nie buat saya rasa nak pergi beli plain jane tu sekarang jugak! haha... nice la.. tapi mg novel nurul syahidah best2 pun. =)

RazFiRa berkata...

panjang review anda.. hehehe

AsHu ManCis :) berkata...

memang best gila baca novel dari beliau tapi sedeh sebab sampai sekarang tak jumpa novel plain jane apatah lagi baca review novel nie membuatkan bertambah geram sebab belum beli !!GERAMJI !

Tanpa Nama berkata...

akhir thn 2007 baca buku ni... best... balkis n kawan dia kata diorg nie camelion( x ingat nama binatang tu) bermaksud diorg nie blh brubah ikut keadaan.. apis milo watak yg x disangka... rupanye aktif dlm team debate.....suka novel ni....teringat zaman muda... terima kasih kak giah bg sy baca novel ni....

misz aisya berkata...

sy pnh bce novel ni 2 taun lps. dan trus crik "aku kan novelis". berkali-kali repeat baca xbosan. tp, nak crik plain jane balik ssh lah nak jumpe. bnyk novel bru je skunk.

Shai Kamarudin berkata...

sorry miaaaa, i baru terbaca. entah kenapa tak pernah terpandang review yang ini.
Thank you for the kind review (walaupun citer empat tahun lepas). Kenapa dipanggil Plain Jane? Entah, tanya omputih. ai pun tatau nape (seperti mana hakak tatau nape the male equivalent of Plain Jane is Average Joe). mungkin sbb semua orang bernama Jane sgt plain? (tak jugaj, Jane Bennet dalam Pride and Prejudice adalah yang tercantik di kalangan adik-beradik Bennet).