Ahad, 20 Mei 2012

Nizar pendiam?? Please lahhhh....


tengahari tadi kak dila (cousin) datang rumah. Dah seminggu dia ada kat sini sebab dia ada kerja kat hospital Slim River, lepak-lepak lepas tu Nizar macam biasalah dia kalau ada orang, control macholah kan.. sebab dia tak biasa dengan kak dila, cuba kalau yang datang tu.. apiz ke, alisya ke, along balik ke.. tak ada maknanya nak control macho segala bagai..

so kak Dila tanya.. "Nizar ni pendiam ke?"

PENDIAM?? NIZAR PENDIAM?? pendiamlah sangat...

korang boleh percaya kalau aku cakap aku pendiam walaupun kalau korang baca blog aku dan korang buat penilaian yang aku in real life mesti peramah dan mesra macam Afiqah Airil pernah cakap dulu (Oh, Afiqah, long time no 'see' you here and FB? where missing?)

Tapi jangan percaya yang adik bongsu aku si Nizar itu pendiam. JANGAN.. sebab dia tak pernah duduk diam kat rumah, so kalau tiba-tiba dia jadi diam aku akan rasa peliks. Macam satu hari tu, aku balik kerja tengok dia tengah tengok tv, dengan muka lemah semacam.

"Adik... kenapa?" aku nak tanya kenapa dia nampak pelik (sebab dia tak nampak aktif) tapi aku tak rasa bertanya soalan seperti "adik kenapa diam je?" si budak berumur 3 tahun itu akan faham maksud aku.
dia pandang aku sekilas dan kembali pandang Tv.

tapi sebab aku still rasa pelik, so aku panggil lagi "Pak cik.... kenapa? Kenapa...." 
but still dia diam lagi. Ok, never mind. Mungkin dia baru bangun tidur dan tak lama lepas tu baru dia kembali bergerak aktif.

so berbalik kembali kepada si Nizar yang bukan pendiam.. di bawah aku senaraikan kegilaan Nizar di rumah, yang kadang-kadang bikin hati senang dan kadang-kadang bikin orang naik bengang. 


1. dia suka buli shafirah. "Acu.. jom main bashikal.." "acu... sinilah, jom main dengan adik!" padahal acu tu dah tak nak main dengan dia sebab acu asyik kena buli je.

2. dia suka usik aku punya laptop. pantanglah kalau aku tinggalkan laptop terpasang sebab nak solat kejap atau nak makan kejap, atau rasa nak keluar dari bilik sebab nak lepak-lepak kat luar bilik dan berniat untuk guna laptop sekembalinya ke bilik nanti jadi tak payah hibernatelah kan? 

sekembalinya aku ke bilik....

nizar sedang mengambil tempat dimana aku meletakkan laptop itu sebelumnya. Kalau atas lantai, laptop bawah katil, bantal depan laptop, atas bantal itulah dia duduk. kalau laptop atas katil, bantal depan laptop, atas katil itulah dia duduk sambil menekan-nekan here and there, kalau laptop tu tertutup, pandai-pandai dia je pergi on kan balik. "Haip! haip! what are you doing mohd nizar??" ok, uda dah mengamuk..
"adik tengok jeee...." katanya..

3. dia suka mengacau aku menjahit. Bayangkan aku dah lah sangat runsing memikirkan baju-baju pengantin yang perlu dijahit manik di atasnya dengan duedate yang semakin hampir dengan tak ada progressive langsung terhadap baju itu, tiba-tiba dia datang dekat dan cakap "adik nak tolong...??" oh.. baguslah, uda memang sangat-sangat memerlukan pertolongan. tapi bukan pertolongan daripada adik yang uda harap-harapkan. BUKAN... GET OUT OF MY ROOM!

4. dia suka buat bising. "Seronoklah kat rumah adik-adik ramai, tak sunyi. time makan lagi best bila makan ramai-ramai, seronok tak adik beradik ramai?" soalan-soalan dan kenyataan sebegitu memang selalu sangat orang ajukan kat aku. "Ohh... seronok-seronok.." *senyum teragak-agak sambil mengangguk, untuk menyakinkan diri yang ianya memang seronok*  tapi bila sampai satu tahap yang kami  cuma mahu buat kerja sekolah, membaca buku cerita, menulis dan mengerah idea, memasak untuk makan malam, menanda buku sekolah, menonton tv dengan aman, mengaji dengan kusyuk tiba-tiba si handsome mohd nizar melalak dan berlagak hyper aktif, di waktu itulah... semua orang rasa macam naik minyak. 

"PERGI MAIN KAT LUAR"  *luar bilik tidur perempuan*
"PERGI SANA!" *jauhkan diri dari kawasan dapur*
"MAIN KAT BAWAH" *jauhkan diri daripada zon orang mengaji*
"PERGI MAIN KAT ATAS" *jauhkan diri daripada zon orang nak tengok tv*

kalaulah nizar ada bilik tidur sendiri, kan senang. tak payah dia kena tolak ke sana ke sini. Hurmm.. >_<


5. the good attitude of nizar adalah dia selalu menginsafkan abang-abang dan kakak-kakak juga ibu bapanya bila dia nak makan dia baca doa, bila sambil dia main-main dia mengaji, bila dia buat apa-apa pun dia mesti akan mengaji bila dia teringat, hasil pendidikan di sekolah tadika PASTI. Paling best sebut wassalamu jadi "watakmalu" kahkahkah... dan selepas aku dengarkan dia alunan selawat nabi tu, setiap kali aku lalai dan leka bermain fesbuk atau blog atau beautiful nara, atau youtube, dia akan datang dan mintak, "ude selawat.." ha... "ude shelawat..." sampai aku bukak video selawat nabi kat youtube, sampai selawat tu habis dimain, dia mintak lagi dan lagi sampai dia dah malas nak dengar. "adik tak nak dah.."

6. dia suka merajuk kat tepi pintu bilik kak leng bila orang marah dia. tapi dia merajuk tak lama, kejap je. yawww.. macam perempuanlah dik! awak tu lelaki. #Fact : kadang-kadang dia macam keliru dia tu lelaki ke perempuan, hohoho.. mungkin sebab dia asyik berkepit dengan kakak-kakak je sampai kadang-kadang dia dah boleh buat keputusan untuk aku bila aku malas nak fikir warna tudung apa patut aku pakai untuk matchkan dengan baju sebelum pergi kerja.

"ude nak pakai tudung apa ha?" mengomel sengsorang sambil diperhatikan oleh Nizar yang baru bangun tidur lalu terus masuk bilik sebab mak pergi pasar.
"tu.." tunjuk Nizar.
"Mana?" aku tanya.
"Tu... yang wane.. wane..."
"merah?" aku tunjuk tudung merah sebab aku memang tengah pakai baju warna pink campur merah.
"ha.. itu la."
hohohooo.. pandai betul.. ;p

7. dia gelarkan diri dia pak cik pada Syaza, dia panggil akak mama, abang pijan papa dan emak as opah kadang-kadang. Tapi walaupun kadang-kadang orang tetap boleh terkeliru sebab dari dulu lagi orang asyik tersalah faham yang nizar ni cucu mak. Aww.. terasa tau, mak kite ada baby walaupun dah umur 40 lebih.. huhu.. ;p

kalau nak disenaraikan sebenarnya banyak lagi perangai gila Nizar ni macam suka bukak baju langsung bertelanjang lepas tu baring atas lantai bila nak tidur sebab dia rasa panas. Suka nak makan apa yang ada kat tangan orang, suka cakap bertentangan daripada apa yang orang cakap macam.. kita cakap "Nizar baik.." dia cakap dia jahat, Suka tengok boboiboy, suka kacau orang nak mandi, suka itu.. suka ini.. tapi yang paling penting..

Nizar sangat kacak yaww! Haha.. ;p


kan? Handsome kan? *abaikan muka ude kat sebelah tu sebab penat cari gambar Nizar sorang tapi tak jumpa. Rupanya dah lama tak ambil gambar nizar bila dia dah besar..* huhuhu..





2 ulasan:

ieka hafika berkata...

aku tak boleh lupe yg watakmalu tu..
kelakar gile ..
lol .. aku rindu adek ! huhu

ai cantik berkata...

assalamualaikum..

haha. Macam Hanna lah. Orang yang tak kenal selalu cakap hanna pendiam walhal mulut macam 7E. Non stop!

Nizar tu comel.. wee