Ahad, 10 Jun 2012

miaKaftiya dream guy! ;)


bila bercakap tentang LELAKI IDAMAN aku jarang nak fikir sangat sebab selalunya aku bila aku 'suka' dengan seseorang itu, aku suka 'mereka' tanpa sebab yang JELAS. Sangat kelakar bila aku suka pada dia yang selekeh, pada dia yang orang dok kutuk-kutuk itulah, inilah, jadi kesimpulannya aku tak perlukan ciri-ciri khas untuk aku 'suka' seseorang lelaki itu.

Tapi, tetap ada beberapa jenis lelaki yang... menjadi idaman hati, yang kalau tak jumpa depan-depan pun, aku masih suka gunakan ciri-ciri itu untuk hero-hero dalam cerita aku. hewhewhew.. 

dan calon-calonnya adalah...


STOK SENYUMAN MENAWAN

kim bum (boys over flowers)

Ini, part ini dalam cerita BOF lah yang buat tidur malam aku tak lena. Senyuman inilah yang buat aku ternanti-nanti jam 8.30 malam sebab nak tengok mamat cute ni, lepas tu hampir-hampir nak menangis dan memberontak sebab tak dapat tengok sebab dalam rumah ini, cuma aku satu-satunya manusia yang sukakan drama korea. 1 vs 9 siapa memang beb? Pastilah diorang menang dapat tengok cerita-cerita kat tv3. 

Time tu aku harap sangat yang aku ada laptop jadi aku boleh copy cerita ni dari sesiapa so takkan ada orang boleh kacau aku tengok cerita ni lagi, tapi beberapa tahun selepas itu, barulah aku dapat laptop siap pakej dengan internet sekali. Puas hati den dapat tengok cerita ni ulang-ulang kali kat tonton. Huh!..

The only reason aku tengok BOF adalah kerana Kim Bum dan Kim So Eun. wuwuwuw.. >__<


Siwon (Super Junior / Skip Beat)

Dia.. dia.. juga mempunyai senyuman yang menawan, yang budiman, yang.. ok, aku tak tau nak cakap apa sebab aku dah tuliskan pasal ini makhluk dalam entri sebelum ni. huhuhu..



STOK PENDIAM DAN MISTERI 

Jay Chou (penyanyi/pelakon)

Aku suka Jay Chou sejak dari zaman sekolah lagi (ok, sebenarnya aku dan ika, kami sama-sama meminati lelaki yang sama dan mendengar lagu-lagu dia yang ditayangkan kat tv sekalipun kami tak faham apa yang dia nyanyikan) Aku cuba untuk TIDAK miss menonton cerita-cerita jay chou kat tv, sebab aku kan peminat dia, jadi haruslah tengok cerita-cerita dia kan? kan? 

Walaupun Jay Chow ni nampak macam stok lelaki comel yang berbadan kecik, tapi kebanyakan situasi aku selalu melihat dia sebagai seorang lelaki pendiam yang misteri. Bila dia berlakon, menyanyi, dia jarang senyum kot.. (yang aku tengoklah)

>__<




Zahiril Adzim

Kan mula-mula Zahiril berlakon dia suka bawa watak-watak si lelaki jahat yang sangat menakutkan dalam cerita  Kami, tu kan.. (aku je yang takut sebab dia akan mempengaruhi Lin (liyana jasmay) untuk turut jadi budak jahat dalam KAMI) so, sejak dari situ, aku memang suka stalk si ZA ni, aku carik video pasal dia kat youtube, aku baca Twitter dia, (ya, masa tu aku memang sangat GILAKAN Z.A - the plain guy -__-) 

Aku 'nampak' macam dia seorang yang pendiam, tapi gila-gila jugak. Muka dia tu.. kalau berlakon jahat memang menjadi betul, misteri je.. 

Macam Iman Harraz. Ohh.. ; p



Oguri Shun (Shinichi Kudo versi filem)

Ini lagi seorang. Memang kalau tengok muka dia taklah kacak mana, tapi sebab karisma yang dia bawak sebagai Shinichi itu yang aku suka tu. Dia suka berfikir, dia jarang bercakap, dia memerhati dengan kepala yang ditundukkan dan mata yang meliar. Dia ada ciri-ciri yang sangat.. MENARIK!

Aku kecewa bila tengok versi drama punya, pelakon yang lain. Memang Shinichi yang sorang lagi tu comel tapi dia tak sama dengan Oguri Shun ni, lelaki tu nampak macam lebih banyak bercakap dan kurang berfikir. Tak best! ;-(


#Lelaki pendiam yang suka berfikir dan ni memang sangat COOL dimata aku sebab diorang nampak 'misteri'. I like! wuwuwu.. >__<



STOK LELAKI KACAK,

Wang Lee Hom (Penyanyi/Pelakon)

Bila sebut tentang lelaki kacak, yang ada dalam fikiran aku cuma Lee Hom. Bila sebut tentang Lee Hom yang aku fikirkan cuma "Ni Bu Zai". Woah, aku dengan ika memang gila-gila suka dengan lagu dia tu, haha.. selalu tayang kat tv klip video lagu "ni bu zai" ni, itu yang sampai sekarang pun dok teringat-ingat part korus tu. 

nak dengar? Pergi cari kat youtube! "Ni bu zai, wo ke le ni bu zai.. Ni buu zaii.. iii"  *nyanyi* ok, tau part tu je. ho ho ho... ^__^



No Min Wo (Pelakon /penyanyi)

kalau di google gambar min wo, memang akan jumpa macam-macam versi No min wo, dengan rambut panjang, dengan gaya jambu tak boleh blah, dengan muka berubah yang aku langsung tak cam itu sebenarnya dia, tapi yang pasti dalam cerita My GF is Gumiho, dia memang nampak sangat, sangat, saaanggaatt... KACAK!  Dia nampak berkarisma, Oh, dia juga boleh duduk dalam kategori lelaki pendiam yang misteri. 

Cuma dalam satu sisi yang lain, dia tetap nampak agak 'jambu'. 


STOK BUDAK NAKAL

Nicholas tse (pelakon/penyanyi)

aku jugak adalah peminat Nic tse. Aku memang tak pernah jemu nak tengok Gen X Cops, suka aksi lincah diorang bertiga dalam cerita tu, si polis yang nakal, yang.. tak boleh diharap tapi at last, diorang jugak yang settlekan kes. Suka sangat Okeh!.



Takeshi Sorimachi (Great Teacher Onizuka)

waaahhh.. aku layan cerita tu sejak sekolah rendah dan sampai sekarang pelakon jepun yang aku ingat, cuma ingat tiga nama ni je

Takeshi Sorimachi
Yutaka Takenouchi
Nanako Matsusima

Betul-betul meninggalkan kesan sangat-sangat cerita GTO tu dalam diri aku. Sangat. v__v



kalau nak disenaraikan, rasanya memang banyak lagi tapi dah tak laratlah. Plus aku sebenarnya nak edit mss, tapi tiba-tiba otak blank sebab dah lama tinggal, so tak tau nak mulakan konflik dari mana, (yang membawa kepada aku menulis entri ini) tapi yang sebenarnya antara banyak-banyak ciri-ciri kat atas ni, yang betul-betul jadi ciri-ciri lelaki kesukaan aku adalah si pendiam yang misteri. 

Kalau setakat PENDIAM saja, aku tak berapa berminat, -_0
kalau PENDIAM DAN PEMALU, lagilah aku tak berminat, -_-
tapi kalau PENDIAM DAN MISTERI, itu aku suka! O__o


p/s : Oh, maaflah kalau stock dream guy aku semuanya datang dari negara manusia bermata sepet, apa nak buat, dah memang dari kecik aku suka sangat tengok cerita-cerita dari negara manusia bermata sepet. Barangkali kerana aku sendiri ada genetik mata sepet itu kot?.. (eh, bukan.. jangan salah faham yang aku ada kacukan cina pulak. Tak ada!)

So, lelaki pendiam yang misteri diluar sana.... *jerit* cepatlah munculkan diri, aku perlukan korang untuk menjadi inspirasi aku untuk 'menghidupkan' watak Iman Harraz.... huhuhu.. ;p


Oh, back to Iman Harraz manuscript! Focus mia, focus!

1 ulasan:

sitiezahim berkata...

haha hantu korea ke? leh la jadik geng hehehe..btw senarai boipren korea saya 1) gong yoo - coffee prince 2) Song Seung Hun - my princess 3) min ho - BOF 4) seung gi - gumiho (baru masuk senarai hihhi)