Isnin, 25 Jun 2012

oh my gadd!! my bestfriend nak datang rumah! ;O


Ok, sangat banyak benda yang nak diblogkan, tapi buat masa ni, kita mulakan dengan entri ini dulu. >__<


Pada petang jumaat yang panas, *tapi aku sejuk sebab duduk dalam bank sambil temankan kak su keluarkan duit dari mesin ATM* telefon berbunyi. Kelam kabut aku keluarkan dari poket baju kurung, *ya, aku selalu kelam kabut bila dengar handset berbunyi sebab selalunya orang akan call aku jika ada hal yang penting*  dan nama "ilp yaa now" terpapar di skrin.

oh, ini bukan panggilan penting.

Yaa : miaaaa… *dengan nada yang meleret

aku nak jawab "ye?" tapi aku tak tau kenapa tiba-tiba suara aku macam tersekat kat kerongkong. Barangkali sebab aku tak biasa jawab phone kat dalam bank dikelilingi manusia-manusia yang mungkin akan terdengar perbualan aku itu. ececece..... ;p

bila yaa panggil aku lagi sekali dengan nada meleret yang sama, barulah aku dapat kekuatan untuk menyahut.

“ ye kenapa? ni mesti ada apa-apa ni,” 
“hihi.. petang ni Shah nak pergi perak...” balas yaa masih dalam nada yang dileretkan sedikit.

i know there must be something... O_o

"Lepas tu yaa nak ikut?” aku tanya. Spontan.
“haa..’” yaa mengakuinya
“Then yaa nak tidur rumah kita?”
“Ha’ah! boleh tak??...“ balas yaa dengan nada suara kagum dan membodek.

 Kagum bagaimana aku boleh teka dengan tepat sekali?
Bodek, dengan harapan aku akan cakap, "ya boleh, silakan datang"

Entah, serius cakap aku sendiri pun tak sedar yang aku ada kuasa untuk membaca fikiran orang yang berada  di dalam talian. Hebat jugak deh aku ni?? hohoho...  ;p *ok, sila muntah hijau sekarang.


Oh my gaddd.. my bestfriend nak datang rumah! What should I do??


perkara pertama yang aku buat adalah call rumah dan bercakap dengan emak berkenaan permintaan yaa itu disamping menjawab soalan-soalan cepumas dari emak seperti..

siapa dia?
budak mana?
kawan ilp ke?
dia selesa ke kat rumah kita?
bla.. bla.. bla..

so, bila dah dapat kebenaran barulah aku inform pada yaa balik dan cakap, "ya boleh, silakan datang ke rumah burukku.. huhuhu.. " 

well sebenarnya aku dah lama tak terima tetamu. Kali terakhir aku menerima kehadiran tetamu di rumah ini adalah semasa Lan datang ke rumah beraya masa raya haji hari tu, dan  beberapa bulan sebelumnya, Lan dengan kak nisa datang menjengah ke sini yang aku bawak diorang pergi Hot Spring kat sungai klah. 


ok, sebenarnya Lan yang bawak sebab kitorang naik kereta dia, ho ho ho

tapi bila yaa cakap dia nak datang siap nak tidur sini sampai hari ahad, aku jadi agak nervous. Hari tu kak nisa datang balik hari je, so tak ada hal sangatlah kan, tiba-tiba yaa datang nak tidur sini, mak aihh... apa patut aku buat?

Hari sabtu. Memandangkan aku bekerja pada hari sabtu, jadinya aku bawak yaa pergi kerja sekali. Sementara aku menjahit manik, yaa tengok tv, baring, termenung, bersembang kejap dan oh.. aku juga suruh dia tolong aku kemas kedai sebab dia komplen barang-barang kat dalam kedai tu berhabuk. Here we go yaa... lets cuci all the habuks.

sampai petang. Yeah sepatutnya sampai pukul enam petang tapi sebab aku kesiankan yaa so aku mintak balik pukul lima petang pada bos. 

hari sabtu berakhir begitu. Hari ahad datang menjelma, aku kesiankan kat yaa lagi sebab tak dapat bawak dia pergi jalan-jalan. Alkisahnya aku ni, nama je ada lesen kereta motor 'besar' tapi nak bawak motor dengan kereta pun tak berani kalau tak ada orang pandai duduk kat sebelah/ belakang. Memang mengada-ngada betul aku ni kan?  ;p

so, untuk tidak buat yaa lebih bosan duduk di rumahku sedangkan dia tetamu maka pada petang itu, aku pun ajak amin pergi pekan beli barang nak buat spageti dan penkek. Ok, sebenarnya pergi beli aiskrim dengan bebola daging je. Barang lain semua dah ada kat rumah.


penkek in de making dalam periuk non-stick *ehsan dari akak lebih dari hadiah kawin dia dulu.. isk.. iskk..*



sos cendawan prego, dilimpahi dengan bebola daging yang.. erk, apasal keras ni? Oh, ready!



penkek-tak-comel hasil tangan yaa.. hah hah hahhh.. *gelak jahat* aku pelik apasal aku buat hari tu elok je tepung tu gebu tetiba bila buat lagi petang ni, penkek tu jadi cepat hangit? *usap dagu, wondering*

dan kami makan dengan riang rianya, waaaa.. "makanan orang sekarang" kata mak.

puas kenyangkan perut, aku ajak yaa pergi petik buah durian belanda kat tepi rumah selepas berhari-hari yaa menadah air liur melihat buat itu bergayut di pokok dari tingkap bilik. ssllllrrrpppp...

"yaa dah lama tak makan buah tu, yaa pun dah tak ingat macammana rasanya." yeah, ayat nak mintak sebijik bawak balik lettuew. hewhewhew... >__< *eh, gurau je! gurau je!*


haruslah interframe muka dengan buah durian belanda tu dulu sebelum dipetik sebiji kannnn...
*sila abaikan background di belakang itu ya? ^__&*



Thanks yaa sebab "tiba-tiba-teringat" kat kita bila Syah sebut "Perak", dan dengan tak malunya nak tido kat sungkai sementara Syah pergi mancing di lautan yang entah dimana di kawasan Perak, sebab antara kawan-kawan aku, yaa adalah orang kedua yang tidur kat rumah ni tanpa segan silu selepas wana, member kolej risda, dan oh! Selain ana, member sekolah, member kolej risda, member ilp, merangkap member sekampung yang dia pun dah lama tak tido umah aku dah. ho ho ho...

p/s : Yaa.. musim buah nanti datang lagi bawak kak nisa sekali okeh, dan kak diba jangan lupa datang jugak bawak wafiq, haishhh.. bilalah mama mia boleh jumpa budak mata bulat itu? ekekekek.. ;p

1 ulasan:

RazFiRa berkata...

memang best + excited kawan dtg umah! kemsalam kawan tu ye! ehehe tibe2