Jumaat, 8 Jun 2012

Siwon senyum gaya lelaki budiman..


nampak tak? nampak tak? ^__^

mula-mula aku tak kenal pun siapa Siwon ni, masa Icha anak kak ruby yang jual buah depan kedai aku tu cakap, cerita baru pukul 6.30 petang setiap sabtu, salah seorang pelakonnya adalah Siwon (ya, kami memang selalu bergosip pasal artis-artis korea dan drama korea, tapi aku tidak gila korea 'segila' Icha sampai nak belajar bahasa korea dan mengikuti setiap perkembangan terkini tentang dunia hiburan korea.. hu hu hu..) So, alang-alang dah hari sabtu tu aku teringat cerita baru kat 8tv start hari itu, so aku tengok je lah, padahal masa tu aku pikir si Siwon ni tak ensem.. ho ho ho.. ;p

Tapi bila dah tengok, tak sangka pulak boleh tersenyum-senyum tengok mamat ensem yang suka makan semua benda berkaitan strawberry especially puding starwberry. Comel tauuuu. Oh, inikah Siwon wahai Icha?? *hatiku terdetik dengan senyuman di bibir*


Hikshiks.. *gelak gedik* comel! comel! makan puding strawberry macam tu yaaa... o.O


Oleh itu, memandangkan hari itu adalah hari sabtu, bersamaan hari sabtu ada Sinchan, ada Doremon di ntv7 makanya... tak dapatlah aku nak terus melihat kocomelan jejaka ini memakan puding strawberry lagi.. Tensen! tensen! Kenapa aku mesti ada adik-adik yang tak sekepala dengan aku? Kenapakahhhhh???? 

Disebabkan itu, aku pun pergilah youtube dan cari cerita SKIP BEAT (oh, cerita taiwan rupanya.. tapi kenapa dua hero dia atas kelihatan seperti mamat korea? Ada sedikit kekeliruan di situ..) tengok punya tengok, barulah aku faham.. ini cerita taiwan dengan dua hero utamanya adalah warga negara korea yang tak berapa nak pandai cakap bahasa ibunda taiwan jadi haruslah mereka menggunakan khidmat 'pengalih suaraan' dalam drama tu.. 

Dan si lelaki dengan senyuman budiman itu adalah Siwon, manakala si lelaki kacak yang comel itu adalah Dong Hae dan mereka berdua adalah ahli kumpulan.. apa? Lupalah.. Err... Suju? Super Junior! Kan? Kan? Oh.. selama ni aku dengar lagu super  junior kat radio aku tak pernah tau ahli kumpulan dia ada seorang lelaki kacak yang mempunyai senyuman menawan.. Hurm.. *terbang bersama Siwon..*

Eh, tapi aku tak pernah suka pun dengar lagu super junior. Aku suka lagu tu.. 'my Girlfrend' yang-direpeat-tiga-kali tu.. siapa yang nyanyi ha? (serius aku tak kenal KPop, aku kenal OST je. hoho ;p) Kalau tanya OST dream high, aku tau! kalau tanya OST Boys over Flowers pun aku tau! Feberet tueww.. ;)

Satu je lagu SUJU (aka Super Junior) yang aku tau, "SOLO" sebab itu lagu ost SKIP BEAT kan? S.O.L.O = solo, solo.. *nyanyi*

Oh, by the way.. kalau nak dibuat review tentang cerita ni, bagi aku.. ermm.. oklah! (Oklah sebab ada Siwon yang dingin dan beku tapi bila senyum.. hemm.. cair.. ;p) Tiba-tiba aku rasa the only reason aku tengok cerita ni, hanya kerana Siwon. Oh.. >__< 

Tapi sebab dah tengok, aku patut jugak buat sikit rumusan.

1. Donghae si lelaki strawberry tu memang tak patut buat Gong Xi (heroin) tu macam tu. Dia kejam sebab pergunakan Dong Xi untuk bekerja dan bayar duit sewa kondo padahal dia sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dia tu. Dia jahat! Dia jahat! Aku dah tak suka dia.. ;{

2. Gong Xi pun satu.. dia tak patut sukakan seseorang itu sampai sanggup buat apa saja. Itulah orang kata, kalau dah cinta, mata pun jadi buta. Haish! Sila ambil pengajaran ya.. v__v

3. Bila Gong Xi ambik keputusan untuk masuk dunia hiburan sebab nak balas dendam pada Dong hae,, itu bagus! Bagus sebab nampak ada konfliknya di situ ya kawan-kawan. Itu yang buat aku tak sabar nak tengok tuh. 

4. Dan Siwon yang bertindak sebagai seseorang yang.. membuli dalam masa yang sama membimbing Gong Xi  dalam dunia hiburan, itu juga bagus ya kawan-kawan.. bagus sebab aku suka! Oppsss..

5. Cuma satu yang aku masih belum faham. kenapa Siwon masa kecik, rambut dia warna putih dan dia macam makhluk asing yang datang dari planet lain dan berkawan dengan Gong Xi masa diorang sama-sama kecik? Who 'Hang do Lian' the real is? (eh, hang do lian ke nama dia?? aku ingat Lian je.. hu hu.. )

6. Sebenarnya cerita ni adaptasi daripada manga jepun tak silap. Yelah, diorang kan memang suka adaptasikan cerita daripada manga/ komik , macam kat malaysia yang suka adaptasikan drama/filem dari novel gituew..

7. ekcelly, aku belum habis tengok lagi. ada lagi satu episod dan lima part untuk aku habiskan, so aku tak boleh nak bagitau apa ending cerita ni, pergilah tengok sendiri yaww.. kalau rajin hari sabtu pukul 6.30 petang pergi duduk depan Tb, bukan channel 8tv. Kalau malas, ikut cara aku.. bukak internet, carik google, taip SKIP BEAT dan jumpa link ini..





selamat menonton! >__ < (tak payah 'tonton' sangat boleh kan mariyatul kaftiyah?....)

;P 

2 ulasan:

hanna aleeya berkata...

assalamualaikum. Ok! Memang senyum sampai ke telinga bila baca entri ni sebab hanna pun suka siwon. Tak suka donghae dalam cerita tu. :p

Pukul 7 mesti selalu ada masalah. Sebabnya si adik mahu tengok shin chan tapi hanna yang menang. kehkehkeh

ending gong xi tu dengan sapa? Harap2 dgn si siwon.. :)

Tanpa Nama berkata...

kenape ending cerita tu macam tu
tak suke tul lau cerita tergantung
huh
tak sabar nak tunggu season 2 kalau ada hohoho
hampez