Sabtu, 28 Julai 2012

Being Indie Writer



Being indie writer mungkin tak sepopular mainstream writer. Apa yang aku faham perbezaan indie writer dengan mainstream sama macam artis-artis indie dan artis-artis mainstream.  Buku prima, alaf 21, karya seni, fajar paker tu semua adalah mainstream, kebanyakan penulis baru termasuk aku akan ternanti-nanti peluang untuk menjadi salah seorang  penulis untuk publisher itu, tapi publishing indie lebih kurang dikenali, habis-habis yang aku baru kenal pun Fixi, dan barulah diikuti dengan Lejan Press, SeLUT press dll. 

Walaupun aku tak pernah baca buku-buku keluaran mereka tapi pernah la jugak aku cari review tentang mereka sebab aku curious sangat siapa Fixi? Apa genre yang diorang bawa? Siapa penulis-penulisnya? Dan apa yang aku jumpa adalah, buku-buku keluaran indie publisher sangat 'menakutkan'. Menakutkan untuk dibaca dan sukar untuk ditemui. (sukar mungkin kerana aku kurang survey kedai buku selain uncle aidid, mph, popular) tapi semakin aku baca review-review itu, semakin aku rasa.. ia satu rasa yang kau takkan faham selagi kau tak rasainya.

Puas!

Seolah-olah kita yang sangat dahaga sepanjang hari berpuasa dan apabila berbuka kita terus capai air dan teguk sampai habis. Air itu terasa mengalir ke usus dan terus ke perut, dan kehausan itu hilang. Lega. Puas. 
Begitu rasanya.

Tapi yang agak memelikkan aku adalah  aku tak pernah lagi baca buku-buku tu semua, aku malah takut nak baca, tapi aku masih dapat 'rasa' kepuasan itu. Macam aku nampak kesungguhan mereka menerbitkan karya-karya yang lebih realistik, yang lebih tajam dan.. ya, begitulah.

Bila orang review novel-novel mereka, orang akan cakap tentang pengorbanan, tentang pengajaran, tentang betapa bodohnya dia dan dia kerana itu dan ini. sangat berbeza bila orang review novel-novel mainstream orang akan  cakap, hero dia sangat 'kacak', sangat sedih, sangat kasihan, sangat indah, sangat diawang-awangan...

Sorry, bukan nak kutuk sebab aku pun a part of them jugak tapi itulah perbezaannya. 
Perbezaannya sama jugak macam antara aku hantar sendiri draf buku Kisah Hati pada publisher, tunggu turn sehingga buku aku dinilai, (itupun jika mereka berminat dengan konsep yang aku bawa, sebab selalunya antologi cerpen tak ada hanya seorang penulis untuk satu buku, selalu yang aku pernah tengoklah, antologi cerpen dalam satu buku dengan beberapa orang penulis di dalamnya..) dan tunggu lagi sehingga ia terbit, jika diterima ATAU hantar ke publisher lain jika ditolak.

Atau..

Aku siapkan draf, aku print, aku cari here and there kedai yang boleh cetak buku dalam jumlah, saiz dan kriteria-kriteria yang aku mahukan, cari pembeli, terima dengan hati terbuka jika jumlah pembeli tak seramai kawan-kawan 'indie-yang-jual-karya-mereka-sendiri' yang lain. Seriously, ini memang tak mudah, tapi ada kepuasan di situ. 

kepuasan setelah kita berpenat lelah, orang beli dan baca dan mereka jaga buku itu dengan baik, kepuasannya berbeza. Sangat.

Antara menerbitkan buku sendiri atas permintaan readers yang mahu baca karya kita dalam versi cetak dengan menerbitkan karya sendiri dan mahu readers terima dan baca atas alasan ini adalah impian aku adalah dua perkara yang berbeza. Tapi aku terpaksa akui, terhasilnya dua buku sebelum ni adalah hasil daripada keinginan aku untuk jadikan impian aku satu kenyataan, bukan kerana permintaan readers untuk baca karya aku dalam versi cetak.

 Jangan gelak kalau aku kata buku aku terjual tak sampai 20 buah. Ya, sebab aku bukan sesiapa, aku yang cari pembeli, bukan pembeli yang cari aku. Tapi aku tak kisah asalkan mereka yang memiliki 'hati' aku itu jaga harta intelek aku yang berada dalam tangan mereka dengan baik, cukup. ;-)

Rasanya satu hal lagi yang sangat pasti yang patut aku syukuri adalah, tanpa Tuan Muda Iman Harraz, aku bukan sesiapa.. 


Sayang Harraz ketat-ketat! >__<

6 ulasan:

hanna aleeya berkata...

Akak, kalau Iman Harraz terbit, hanna nak beli dgn akak. Nak sign akak.. Fixi hanna pernah dgr tapi tak pernah beli

MiMi berkata...

luv u kak mia. kekeke.

erk. mesti kak mia dah seram habis kan? haha. juz nak lahirkan betapa sy suka sgt2 dgn n3 kak mia ni. haha. jgn risau, skrg xsmpy 2o buah yg terjual, tp one day mana tau kan?

##mcm iklan bantal kapok kat tv tu...lama2 kaya dgn buku sendiri kak mia an?

heheh. peace~

RazFiRa berkata...

amboi hensemnye Harraz.. hehehe

xpe mia, mula2 mmg x ramai, tapi klu org dah suka nnt jadi ramaila.. hehehe

mcm kump hujan dulu, indie jgk, x ramai org kenal.. tp bile lagu dah best, trus jadi mainstream & rmi org minat

good luck ;)

mia kaftiya berkata...

Hanna - hihi antara ramai2 harraz lovers, memang hannalah yang palinggg setia! sanggup tunggu Harraz eh? <3 <3

Mimi : luv u 2 lah mimi, hekhek ;p hemm.. itulah, akak selalu percaya rezeki setiap org berbeza2, ini rezeki akak, so terima dgn hati terbuka, btw.. aminn utk 'doa' mimi tu. hihi..

Razfira - thank youuuu.. ;)

dd berkata...

ble bku imn hrz nk djual?

mia kaftiya berkata...

dd bila dah di open for order. ekekeke.. insyaallah nanti 'yang entah bila' sebab masih dlm proses nak siapkan manuskrip, sikit je lagi.. ;))