Jumaat, 6 Julai 2012

flyaway...

Kenapa orang selalunya memilih untuk TIDAK keluar dari zon selesa yang dia sedang diami? Yelah, dah ada kerja ok-ok, gaji good-good, masa depan insyaallah terjamin, tiap-tiap bulan duit masuk dalam akaun walaupun-untuk-melihat-jumlah-angka-itu-meningkat-naik walaupun satu angka, mungkin kena tunggu dua tiga tahun kemudian, tetap ada sesetengah orang yang masih bersyukur dan... tak terfikir atau tak mahu untuk keluar dari zon selesa itu, kan? Kan?

Ya betul!

Kerana untuk keluar dari comfort zone itu sama seperti bila kita harus memulakan perhubungan yang baru. Harus 'mencari' semula, menyesuaikan diri, memahami dan.. pendek kata 'memulakan'
 sesuatu yang baru dengan meneruskan dengan sesuatu yang dah sedia ada adalah dua perkara yang berbeza.

Aku adalah manusia yang sangat takut untuk keluar dari zon selesa itu, tapi bila sampai satu tahap yang aku dah buat keputusan untuk terbang bebas sedangkan aku sendiri masih takut untuk kembangkan 'sayap' dan tak tahu arah mana yang ingin aku tuju, tapi aku masih.. masih bertekad untuk keluar dari zon itu. Titik.

Kadang-kadang yang kita perlukan cuma keberanian dan keyakinan. Juga percaya dan sentiasa ingat, rezeki Allah itu ada dimana-mana, tinggal nak cari dan usaha je, kan? >__<



i'll spread my wings and i'll learn how to fly,
i'll do what it take, till i touch the sky,
- breakaway, kelly clarkson




1 ulasan:

hanna aleeya berkata...

hanna juga takut keluar dari zon selesa.. = =''