Khamis, 12 Julai 2012

memang flyaway habis!

hari sabtu lepas, aku ajak ika teman aku pergi KL, ada event kat rumah kawan baik dan dengan syarat tertentu yang aku harus 'payung' ika. Aku pun, tak ada hal lah, memang kalau aku nak ajak adik beradik temankan, mesti aku yang kena belanja kan..

Dan yeah, aku bayarkan tambang bas, tambang putra, tambang komuter, pendek kata semua tambang aku bayarkan, tapi...


tapi.. kat Central Market, Ika yang bayarkan duit jam tangan aku. 



Kat Midvelley, ika yang belanja makan big Apple lepas penat kitorang pusing bangunan tu sampai rasa macam nak pengsan sebab tak jumpa foodCourt tapi perut dah masuk angin. Aku musykil, kemanakah menghilangnya Foodcourt kat Mid itu? Atau adakah ingatan aku yang dah mula menghilang kerana sangat jarang pergi sana?



kat Tanjung Malim, ika juga yang belanja makan Pizza sebab nak lepaskan gian teringin nak makan Domino's tapi kat Mid tu ramai sangat yang tengah beratur membeli.

Jika dikira-kira antara bayar duit tambang bas dan segala tambang itu dengan makan di restoran mewah yang menawarkan tax yang agak tinggi, agak-agak duit siapakah yang paling banyak habis??

Yeah, betullah tu jawapan korang!. 


Masa kat Midvalley, masa tengah bersesak-sesak keluar dari komuter, nak masukkan coint dalam mesin, tetiba aku ternampak ada seorang perempuan ni, tengah berjalan sambil pegang novel Pemilik Hati. Aku dengan reaksi spontan teruja gila babeng, terus..

"eh, dia pegang novel Ayumi Syafiqah!" aku cakap kat ika dengan sengihan melebar. Memang lebar tak boleh blah. 



Aku terfikir kalaulah 'nanti'  aku nampak orang pegang novel aku sendiri, agak-agak apakah reaksi spontan yang bakal aku lakukan?

Mungkinkah..

1. Aku terjerit dan cakap Iman Harraz! Sehingga didengari oleh si manusia itu dan dia terpinga-pinga lalu aku tersipu-sipu malu?

2. Tersenyum melebar sepanjang jalan dan mood hari itu terus bertukar ceria seperti hujan bunga yang turun di kuala lumpur..

atau..

Ok, aku tak sepatutnya berangan tak sudah sedangkan aku dah stop menjenguk manuskrip iman harraz hampir seminggu sebab nak fokus pada buku Kisah Hati... :( Semoga Allah mempermudahkan urusan aku menyiapkan manuskrip dan proses-proses selanjutnya yang aku tak pasti apa dugaan yang akan aku lalui nanti, amin..

Btw, during the event, aku telah berjumpa dengan dua.. tiga orang kawan lama. Cuma aku harap agar dapat jumpa lebih ramai lagi, tapi yalah.. dapat jumpa mana yang ada ni pun dah macam rahmat besar sebab bukan senang nak berkumpul semula lepas masing-masing bawak haluan sendiri, ye dak?




Alan, kau tak payah posing like a  BIGGGG boss sangat, boleh kannn?? ^__^ ho ho..


 Wei, jomlah buat reunionnnn....... *muka sedih* aku malas ar nak cakap yang aku rindu korang sebab nanti korang kembang lak kan, tapi oklah.. aku memang rindu, aku rindu mek, ezza, kak wan... *dan sila sebut nama sendiri*




yeah, aku jumpa Uchai yang tak habis-habis dok bahan aku 'cinta muka buku' helloo.. bila masa kita cakap kita suka lagu Najwa Latif tu?? Tak ada kena mengena langsung okeh. Btw Uchai, kalau rasa dah puas menyingle, boleh la try tackle Kak Ros si kakak angkat Lan tu. Dia solo lagi kottt.. ;p



dan of course aku jumpa Heroin of the event, kak Nisa yang asyik call dan tanya "mia datang tak? Mia sampai pukul berapa? Nanti mia nak tido kat rumah siapa? bla.. bla.. bla.." ekcelly kalau bukan kak Nisa yang bersungguh-sungguh mengajak dan kalau bukan sebab ika ada dan dia nak teman, aku tak rasa yang aku akan gagahkan diri untuk pergi sana. Tapi yeah, sesungguhnya Allah telah mempermudahkan urusan aku untuk pergi majlis kak Nisa tu, hehe.. <3

Tahniah kak Nisa, forget the rest sebab sekarang awak tu dah jadi tunangan orang. Oh, nanti kita datang hari kenduri nak jadi pengapit tau! hewhewhew.. ;p



Dengan Alan tak payah nak rindu sangatlah, rasanya sebulan dari sekarang muka dia dah terjengul kat pintu rumah aku. Btw Lan, datang raya nanti bawa duit raya lebih sikit, adik-adik aku ada lima orang, termasuk aku dah jadi enam, yang paling penting sampul untuk aku isinya kena la lebih sikit. Nak jadi adik ipar aku kannnn.. ho ho ho.. ;-p



p/s : kalau ada yang nak tanya kenapa yaa nampak macam sama tinggi dengan aku, jawapannya adalah kerana yaa pakai kasut tumit tinggi yang dia sendiri pun tak tau berapa inci. Yeah, itu jawapannya. ;-p hehehe..




masa ni dah ramai jiran-jiran yang dah balik, kitorang pun sepatutnya dah nak balik, tapi entah macammana entah.. si Uchai dengan Syah sedap pulak duduk bawah pokok rambutan bersembang bagai dengan si Faris adik kak Nisa tu, dah tak pasal-pasal aku dengan Yaa terrrbungkus nasi dan lauk bawak balik.

Haish, asalnya nak tapau tauhu sumbat je pun, tetiba mak kak nisa baik hati tapaukan semua lauk. Thank you mak cik! hewhewhew


Pukul lima lebih baru bergerak pulang dari puchong dan singgah Titiwangsa sebab ada event Berita Harian. Keluar dari kereta dah dengar suara orang lelaki menyanyi. Ika cakap Imran Ajmain, aku cakap.. aku cakap siapa eh? Lupa la, tapi Ika teka balik dia kata Anuar Zain.. sampai kat depan pentas semua salah, Fourteenlah! Diorang nyanyi lagu baru sebab tu kitorang tak cam suara siapa.. ho ho.

Btw, aku kenal Izu Islam dengan mamat ensem yang muka putih melepak tu je. Habis Fourteen, Band the malaya (kalau tak silap namanya itulah) pulak buat persembahan. tapi masa tu ika dah sibuk nak cari tandas, Yang bestnya, keluar dari tandas Ika nampak Shahiezy Sam (tetiba aku tak reti eja nama dia.. ) tapi aku tak nampak sebab diorang jalan laju sangat. Senang je nak alert kalau nak tengok artis, tengok orang Rela pakai baju hijau. Escort artis la tu..

(eh, eh, perlukah aku tulis detail sebegitu?)


yang lagi best! Masa kitorang da nak balik sambil nak jalan ke kereta tu, aku nampak Fizz Fairuz diescort ke kereta dia. Yang lagi best kereta Fizz selang beberapa baris je dari kereta Syah, oohh.. aku dengan Ika pun macam orang jakunlah tertoleh-toleh ke belakang, tengok nombor plat dialah, tengok jenis keretalah. Padahal bukan minat sangat pun dengan Fizz tapi saje nak menggedik kann.. hahaha.. ;-p



sepanjang tiga hari dua malam aku menumpang di rumah Yaa, aku dah rasa macam tak nak balik sebab aku belum puas berjalan-jalan kat KL. Bayangkan eh, pergi midvalley dengan niat untuk cuci mata tapi hanya dihabiskan dengan memandang ke atas mencari signboard surau dan foofcourt yang tak dijumpai. At last jumpa surau kat ceruk mana entah sampai tersesat ke  The Garden dan tak jumpa jalan keluar lalu terpaksa menghabiskan masa menunggu Yaa di Garden yang ada air pancut tu dan memerhatikan orang yang lalu lalang dan fesyen mereka.

How sweet kan? =__=' 



Tapi oleh kerana aku tak mahu jadi gelandangan di kota lumpur ini, maka aku tetap harus naik bas dan pulang ke perak yang cuma mengambil masa satu jam. Sebelum kembali ke rumah dan menjalani rutin baru sebagai si penuai padi *bak kata Uchai* kami melepakkan diri di pekan tanjung malim sambil membaca novel lama Hlovate yang aku beli di PuduRaya atau bahasa urbannya, Pudu Sentral gituee..

Ok, confession. Yang sebenarnya aku bukan peminat Hlovate, satu-satunya novel dia yang aku pernah baca cuma 5 tahun 5 bulan dan aku beli novel ni sebab aku dah baca review pasal novel ni. Tapi sampai hari ni pun aku belum cari masa untuk sambung baca.

Sibuk sangat menuai padi kan..pheww.. >__-




who next? yaa ke mia? ;-p



Tiada ulasan: