Selasa, 10 Julai 2012

Segmen mia Kaftiya : Kenapa aku pilih bidang penulisan?


Assalamualaikum. Sebenarnya aku dah lama tulis 'kisah kenapa aku sendiri pilih bidang penulisan' ni dalam kertas dan baru je terjumpa balik kertas tu jadi aku salin balik dan publishkan disini untuk tontonan orang yang nak membaca. Lepas tu tiba-tiba rasa macam nak tau kenapa penulis-penulis lain mengambil keputusan atau bahasa penulisannya apakah "inciting insiden" yang membawa kepada penulis-penulis sekalian mengambil keputusan untuk menjadi seorang penulis?

Tak kisahla kalau sekarang awak (yes awak, sang penulis yang sedang membaca entri ini) sudah ada novel di pasaran ke, atau baru je nak belajar menulis cerpen, atau sedang belajar menulis novel (macam kite ;p) atau menulis buku berunsur motivasi atau biografi atau apa-apa pun, asalkan awak bergelar seorang penulis, sekalipun cuma seorang penulis blog, kalau sudi marilah kongsikan dengan kita dan orang-orang lain di blog anda.

Macammana?

Macamni caranya..

1. Tulis tajuk "Segmen mia kaftiya : Kenapa aku pilih bidang penulisan".

2. Kalau rajin, (K.A.L.A.U - RAJIN) boleh tempelkan gambar header mia di atas entri anda) tapi kalau letak lagi bagus, seragam.


3. Tuliskan kisah anda sepanjang yang anda mahu ceritakan. Lagi panjang lagi best nak baca, lagi mendalam isinya, lagi menambah inspirasi kepada orang-orang yang membaca, kan? Kan?


4. Dah siap tulis entri boleh letak LINK entri awak itu diruangan komen ini atau tagkan saja link entri anda di facebook mia. Itupun kalau yang dah jadi member facebook kitalah, kalau belum jadi member boleh add. Jangan risau kita memang rajin mengapprove (lepas tu menyesal sebab main approve entah manusia mana yang asyik mengganggu.. hurmm ;( eh tapi masih boleh add ;D )


5. Biasa kalau buat segmen mesti ada hadiah kan? Tapi kita tak ada hadiah yang menarik nak dibagi, habis istimewa dan menarik bagi kita pun cuma buku-buku cetakan kita sendiri. Jadi untuk kisah yang paling menarik dan yang kita suka, boleh pilih salah satu daripada buku terbitan kita sendiri macam kat bawah ni,







Tapi sebelum tu, jom mulakan dengan kisah kita dulu.







Masa zaman aku ‘awal’ remaja dulu, aku pernah keliru dengan apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku pernah rasa kehilangan, rasa  kosong (sambil nyanyi lagu najwa latif). Rasa hilang sesuatu yang aku sendiri tak tau apa bendanya.

Rupanya itu cuma proses biasa yang kebanyakan remaja akan alami, proses untuk mencari jati diri dan mengenali siapa diri aku sebenarnya selain nama aku Mariyatul Kaftiyah, anak emak Hasnitah binti Musa dan anak abah, Baharudin bin Ban. Aku anak nombor empat daripada 8 adik beradik (dulu, masa zaman sekolah. Sekarang dah 10 orang..)

Aku suka makan nasi goreng, cita-cita aku nak jadi Interior designer (believe it! sebab dulu aku sangat-sangat rajin mengubah susun atur dalam bilik. Dalam sebulan adalah dua kali aku ubah sampai bilik elok-elok lapang tros jadi sempit. hoho.. ; p)


Pengurus salon (believe it again. Sebab dulu aku suka main sikat-sikat rambut orang lepas tu aku cakap pada cousins yang aku nak kerja kat kedai salon, then kak Zura cakap baik kerja jadi pengurus Salon, bukak salon sendiri )


Doktor haiwan ( jangan percaya sebab aku tak suka haiwan pun tapi terikut-ikut dengan cita-cita kak Zura hekhek)  dan aku ada ramai kawan tapi aku tak tau siapa sebenarnya kawan baik aku, aku suka bahasa inggeris (sebab aku suka dengar lagu-lagu westlife.. *sambil nyanyi lagu flying without wing*)  tapi aku tak faham kenapa aku susah nak faham subjek addmath? ( bored.. =__=)

            Untuk mengisi kekosongan dalam diri, untuk meluahkan sesuatu yang tersimpan dalam hati, dalam fikiran, aku selalu cuba buat macam-macam benda. Aku ubah susun atur bilik dalam sebulan hampir dua kali. Aku melukis sekalipun aku tau aku tak pandai, jadi aku tekap gambar dari buku sekolah/ buku warna/buku cerita adik-adik dan jadikan ianya frame gambar yang akhirnya akak dan ika cakap sangat menyemak dalam bilik dengan segala benda itu semua. Aku buat kad dari kotak sebagai pengeras dan tekapkan dengan gambar-gambar yang aku dah lukis.  Ada yang aku simpan, ada jugak yang aku bagi kawan baik. ( ya, masa tu aku baru kenal erti kawan baik. Ana dan Syima, korang masih simpan ke harta karun yang aku bagi tu??)






Aku simpan barang-barang recycle macam kotak pizza, gambar rama-rama kat kertas lukisan, kotak bekas pensil tekan yang banyak ada kat kedai tempat aku kerja part time sebelum sambung belajar dulu. Aku tak tau nak buat apa dengan semua benda tu tapi aku percaya yang nanti benda-benda ni semua akan berguna jugak, walaupun orang kata sampah. Setiap hari aku spend masa untuk duduk tepi almari dan kerjakan benda-benda tu semua. Idea kreatif la katakannnn…. ;p


asalnya kotak piza, tapi end up jadi kotak simpan barang. hoho hebaq tak? hebaq tak? ;p



Aku tak tau apa tujuan aku buat semua benda tu tapi dengan cara itu aku terasa kekosongan dalam diri aku dah terisi. Aku rasa puas, lega, seronok. Seolah-olah aku cuba mengexpresikan diri aku melalui benda-benda tu semua.

Lama-lama bila aku dah bosan nak buat benda-benda remeh tu semua, aku cari benda lain pulak. Masa itulah idea kreatif dalam kepala otak aku ni nak keluar dalam cara yang lain pulak. Bukan melalui cara lukis, gunting dan tampal, tapi sesuatu yang.. lain?

Aku nak menulis sekalipun aku sedar tulisan tangan aku sangatlah buruk. Sampai sekarang masih buruk.. aku ingat lagi masa akak cerita pak we dia dapat banyak epal masa event kat sekolah dia (sekarang dah jadi suami) dalam kepala otak aku berlegar-legar sesuatu yang nak keluar tapi aku tak reti nak keluarkan macammana. Macam.. huruf-huruf yag berterbangan tapi tak ada pen dan kertas untuk dicoretkan. At last aku simpan idea tu dalam kepala diam-diam dengan harapan satu hari nanti aku dapat expresikan ia dalam gaya aku sendiri.

Sampailah satu hari aku baca dan faham satu perenggan dalam bahasa inggeris dalam 30 days journal writing projek yang cikgu-cikgu bahasa inggeris buat, ayatnya berbunyi begini.



            “at least once a week memorize a poem, a joke, or a song. This will help to keep your mind in shape, and will increase your brain power in time. Keep a pen and a paper in every room of your enviroment so that when you think of an idea you can jot it down immediately”

Para ke dua.
.

Start dari situ apa saja idea yang aku dapat, yang aku fikirkan aku akan tulis serta merta. Siapa kata aku suka berangan jadi aku terus boleh jadi penulis? So wrong.. aku takkan jadi seperti sekarang kalau dulu aku tak mulakan langkah pertama dulu.

Setiap nota pendek yang aku catat aku combine kan dan cuba! Cuba! Dan cuba jadikan ia sebagai satu jalan cerita yang lengkap. Cerita pertama yang aku tulis di atas kertas tanpa berlengah sampai dapat satu mukasurat kertas adalah gadis penjual bunga. Dari situ aku dan orang-orang sekeliling mula sedar dengan bakat yang aku ada.

Makin aku stress dengan exam spm, makin kerap aku menulis sebab nak hilangkan tension. Dan aku terus menulis sampailah aku masuk ilp. Sepanjang tempoh itu aku memang stop menulis terus tapi aku tetap take note special event kat ilp dengan harapan nanti aku dapat jadikan ianya sebuah rangkaian cerita.

Habis belajar aku sedar yang aku dah buang banyak masa, masih berada di takuk lama, dan lepas tu aku pasang azam nak jadi penulis. Sampai sekarang, hampir-hampir capai ke peringkat yang aku impikan..

Rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada yang baru menulis terus tulis novel dan novelnya terlaris di pasaran, ada yang macam aku, cuba dan gagal, ada juga yang cuba, gagal dan berhenti..

Aku cuba untuk tidak berhenti sebab aku dah jumpa apa yang aku cari. Dulu aku mungkin tak pandai melukis guna pensil, tapi sekarang aku boleh melukis atas kain menggunakan manik-manik je.. satu lagi benda magik dalam diri yang dah berjaya aku temui. Yeay!

Dan begitulah sebab kenapa aku memilih bidang penulisan sebagai... profession? Part time job? Entah, yang pasti sebab itulah aku mula menulis. Aku tau mungkin ramai yang tak tau dan pelik, cemana aku tiba-tiba boleh menulis? Siap ada dua buku keluaran sendiri lagi dan akan coming up dengan satu lagi buku baru kan? Kan?

Hah.. ni ada lagi persoalan yang orang pernah tanya dan mungkin tertanya-tanya. Daripada nama asal Mariyatul Kaftiyah yang dipanggil Mariya dan atul, juga mia. Macammana aku boleh end up dengan nama pena Mia Kaftiya?

Asalnya, dulu masa kat ILP, masa tu tengah hot dengan virus YM dan myspace. Kan untuk username kita kena letak first nama dengan last name kan? Masa itulah, sebab aku tak tau nak letak nama apa, aku letak je, First name - marya. Last name - kaftiyah. tapi aku tak tau pun yang username aku yang akan keluar kat list kawan-kawan adalah -marya kaftiyah- Nak dijadikan cerita, Kak Niza roomate si kak su iaitu jiran sebelah bilik aku ni suka tegur aku marya kaftiyah setiap kali kami terserempak kat pintu bilik masing-masing. Dari situlah aku tau yang nama aku appear sebagai itu kat list kawan-kawan lepas tertengok YM jieha tak silap.

Dan sejak itulah daripada marya, bertukar jadi mia bila diorang mula panggil aku mya, singkatan daripada marya. Dan secara spontannya aku terus menggunakan nama mia kaftiya. Bukan sebagai nama pena semata-mata tapi sebagai  nama facebook. Tapi entah macammana sebab dah serasi dengan nama tu, teruslah jadi nama pena. Gitueww ceritanya.


Penulis lain apa kisahnya pulak? Ceritalah. Si budak-busy-body ini tak sabar-sabar nak membaca kisah anda. Dan oh, segmen ini tak ada tarikh tutup, tapi janganlah dah sebulan dari sekarang baru nak join... *merajuk nanti* ;}

Last but not least, penyertaan anda sangatlah dihargai. Tak sabar nak baca kisah awak, dan awak pulak! <3 <3



kehidupan adalah proses pembelajaran, ilmu yang boleh didapati dimana-mana saja tanpa perlu dibayar. Tinggal kita untuk cari dan kutip ilmu itu disepanjang perjalanan hidup kita.. – mia kaftiya”


13 ulasan:

hanna aleeya berkata...

nak joinlah segmen ni.. tehee

MiMi berkata...

serius teringin nak join! haha. tp b4 that, nk make sure segmen ni tader deadline kan kak? heehe. ceritanya mmg selalu ada dlm kepala... mmg dah slalu menulis semua tu dlm ketas conteng. tp ayat2 yg nak ditulis dlm n3 tu susah nak keluar. kena cari masa sesuai..hehe.

ps: tgk gambar satu frame kak mia tu,..serius teringatkan both my sis. heheh! dgn sticker mickey mouse tu,..sbijik dgn diorang punya stuff! heheh!

mia kaftiya berkata...

hanna : silakan, sangat tak sabar nak baca kisah hanna. hewhew..

mimi : memang tak de deadline sbb tau, kalau ada deadline nanti semua org pun malas nk join sbb kena rushing. haha..

Oh, frame yang kuning merah tu? O'ooo.. hehehe ;p

arin sayuthi berkata...

kalau dah buat story tu.. then nk letak kat mane?email pada awak ke?

mia kaftiya berkata...

kalau ada blog, bleh terus tulis satu entry kat blog awak sendiri lepas tu bg link entry tu kat kita.

tapi kalau tak ada blog, boleh jugak emailkan pada kita kat miakaftiya@gmail.com >__<

Teenager Housemaid berkata...

alamak macam best je segmen ni..
tapi, saya belum layak digelar penulis lagi...:(

tapi segmen ni memang menarik..suka baca kisah mia..
:)

Kaseh Esmiralda berkata...

nice...cik kaseh pun nak join jugak boleh... >_<

yad'z berkata...

wah bersegmen lahh.. hehe

mia kaftiya berkata...

cik kaseh, tak payah tnya, memang dijemput pun.. hahaha

Husna Humairah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Husna Humairah berkata...

btw, belaja kt ILP mana? tahun bila? my dad kerja situ. hekhek..

Husna Humairah berkata...

http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/01/segmen-miakaftiya-kenapa-aku-pilih.html siappppppp! join dah. harap sudi baca :')

btw, sorry. takde gambar, takde header akak. takboleh nak copy paste lah.

che zuraida berkata...

Salam..awk blh x nk bli cntoh mnuskrip novel awk.?utk sy bt rujukan