Jumaat, 31 Ogos 2012

For those of you who know them


            

Aku teringat dulu ada seorang kawan lelaki aku ni masa kat ILP yang suka peluk tiang koridor dan tersengih-sengih macam kerang busuk bila nampak aku, lepas tu dok panggil entah marya, entah maya bila aku lalu kat sebelah dia. Kesengauan dia buat aku keliru. Hahaha.. ;P

            Teringat dia pernah belanja makan aiskrim sebatang seorang untuk aku dengan lagi dua orang kawan perempuan aku dan tolong kirimkan salam aku pada seorang budak lelaki yang aku-tak-minat-pun-tapi-kenal-gitu-gitu-jer yang kebetulan ada kat dalam kiosk masa tu.

            Teringat yang dia tolong ambilkan gambar sorang budak lelaki lain yang aku suka masa kat dalam dewan kuliah waktu ada event-apa-entah-tak-ingat padahal aku tak suruh pun, O__o

            Teringat yang dia yang bagi nombor telefon budak lelaki sama yang dia tolong ambilkan gambar tu dan suruh aku mesej budak tu and like seriously, memang aku takkan tebalkan muka untuk buat kerja memalukan itulah kan, ;-P

            Teringat yang dia suka tersengih-sengih macam kerang busuk sambil panggil ‘maya’ kat mana-mana we bumped..

            Teringat pada satu malam di hari jadiku, untuk memanfaatkan free call yang maxis bagi, aku pun call lah dia bersilih ganti dengan call kawan baik kat kampung, call mak, call akak dan tak lupa bagi roommate pinjam untuk call abang angkat dia >__<  lepas tu sambil sembang-sembang dengan kawan perempuan kat kampung tiba-tiba dia mintak tolong aku carikan someone untuk dia, (aku tau waktu tu dia cuma main-main, sama macam aku suka suruh anybody carikan pak we untuk aku) tapi sebab aku anggap ianya serius, jadi aku cadangkan kawan perempuan kat kampung tu untuk berkenalan dengan kawan lelaki yang suka sengih-macam-kerang-busuk kat ilp ni.


            Teringat yang kawan lelaki ni kata ok dan aku send nombor kawan-perempuan kat kampung dan sejak itu mereka berbalas-balas sms, dan seterusnya yang aku sendiri pun tak berapa nak ambil tahu dan..

            Setelah sekian lama, akhirnya aku dengar berita gembira dari mereka.

            Well, aku bukan matchmaker, malah tak pernah terlintas untuk jadi seperti itu, tapi kebetulan yang tak disengajakan itu, yang Allah panjangkan jodoh buat mereka ini, buat aku rasa… gembira.


Happy for them!
            


Zeriousssly, rasa macam baru semalam aku cakap kat todak, aku ada kawan yang sedang mencari kawan, dan aku tak fikir orang lain lagi selain kau, kau ok x? (dialog asal dah tak ada dalam memori simpanan otak)

>__<

Rabu, 29 Ogos 2012

Kita punya raya, meriahnya raya.. ;)


Biasanya raya pada tahun-tahun lepas memang agak membosankan bagi aku. Duduk rumah tunggu orang datang tapi tak datang-datang jugak tetamunya, tunggu orang bawak keluar pergi beraya, tak ada sesiapa pulak yang nak bawak, pendek kata setiap kali raya aku mesti termenung depan pintu berharap prince charming datang membawaku keluar beraya bersama-sama, tapi prince charming tu tak muncul-muncul juga. Mungkin dia sibuk pergi majlis tari menari mencari calon isteri agaknya.. =__='

Tapi Alhamdulillah, syawal kali ni agak bermakna sikit sebab akhirnya.. inilah yang dikatakan hari raya! People comes, I goes eh, eh. Maksud aku, orang datang beraya aku pun pergi keluar beraya.. barulah syiok! *angkat ibu jari tangan* bukannya duduk rumah terbungkang depan tv lepas tu termenung fikir nak beraya ke mana dengan siapa, naik apa... yada yada yada... *mata ke langit*

So, hari raya pertama sama jugak macam raya sebelum ni, haruslah bergambar dengan family setakat siapa yang ada kat rumah je. Seriously nama je adik beradik ada 10 orang, menantu ada dua orang, cucu ada seorang, setiap kali raya ingat senang ke nak kumpulkan semua? Memang tak lah kan...


tolak akim yang escape ke rumah tok, along and kak fyda kat tapah, ini je la yg tinggal...


btw, ini kali kedua aku beraya as... 'orang-tak-bekerja-makan-gaji' tapi bulan puasa ni agak baik sikit sebab aku ada job jahit manik so, walaupun time raya tu payment aku dah tinggal sikit, tapi bolehlah.. spend sikit budget untuk duit raya. 









eh, nak ambik duit raya pun kena posing dulu ke? ;p


Beraya dengan ahli baru, Syaza Raihana.. ;)



Tengok tu, sukew Zaza Aina beraya dengan mak-mak dia.. hewhewhew.. Dari kiri, mak kude, mak helang dan mak landak! Ho ho ho (a.k.a - mak uda, mak yang, mak ndak ;p)



lepas tu heading to rumah tok (belah mak) kat kampung, tak jauh mana pun, dalam 15 agaknya dah sampai.

macam biasa, tolak yang pergi rombongan beraya, yang sibuk di dapur, yang sibuk di depan tv, yang tertinggal di kedah dan melaka.. muahahaha.. yang entah dimana-mana, maka tinggallah banyak ini...




hormon gila glemer aku naik mendadak masa raya kali ni. Itu yang sanggup menyelit asalkan muka aku termasuk dalam kamera. Ish, ish, ish



Candid. Memang hobi aku usap hidung la aku rasa. Semua gambar candid pasti akan memaparkan aku sedang memegang hidung. Masalah resdung yang bermaharajalela.... ;(. 



having chit chat di dapur sementara menunggu rombongan raya sampai. Lepas tu ingat nak ajak mak dan diorang-diorang semua pergi beraya kat kampung tu, tapi lepas satu, satu hal, lepas sorang, sorang pulak datang, penyudahnya pukul tiga hari dah nak hujan uchai pun dah call cakap nak datang beraya dengan ana dan.. terkuburlah keinginanku nak pergi beraya,so aku kena bergerak pulang ke rumah semula.




Uchai = member ILP, hometown = bidor. Ana = Schoolmate, villagemate, dan ILPmate. Tapi nama je villagemate, entah dah berapa tahun sejak habis belajar dan ternampak dari jauh kat tepi jalan, baru raya kali ni kitorang duduk bertentang mata. Whawhawha.. patetic giler.  ;p




kan aku dah cakap, tak payah nak plan tempat jauh-jauh semata-mata nak buat reunion, time raya pun boleh...



Raya kedua. Wahhh.. raya macam blessed gila bila masa aku tengah 'kejelesan' melihat ika bersiap-siap nak ikut kawan-kawan dia pergi beraya, manakala aku tak tau nak beraya ke mana, cia call and ajak aku pergi beraya bersama. Weeehooo...  macam pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal. eh, eh?


Kecuali budak dua orang yang pakai baju kelabu ni, yang lain semua ex-schoolmates aku dan cia adalah wanita yang bertudung merah. Wah, 'wanita'lah sangat... >__<



Rumah Mar, baju hijau. Dalam sepetang aku dah ke Bikam, Besout 1, Sabar Jaya, Hampir-hampir.. lima buah rumah ke? Lupa dah, sampaikan aku terlupa yang Jiha (ilpmates) cakap nak datang rumah petang tu, memang sakan berjalan. Tapi kalau Jiha call mesti aku akan ingat punya..

Jieha, apasal tak datang beraya hari tu? I miss you very the much, much, much loo.. ececece.. 



Raya ketiga reunion dengan kiah dan kak yana pulak. Ekcelly dari raya pertama tu kitorang dah plan nak pergi rumah diorang, orang kata reunion orang perak.. ecece..


Drebarnya Uchai le, aku dengan ana topup duit minyak je, tapi tak puas hati betul tak dapat pergi rumah jiha kat tapah, ceritanya dia terkandas dalam kesesakkan lalu lintas kat bidor. Huhuhu.. 



oleh sebab itu, kami pun patah balik dan terus menuju ke bandar Teluk Intan. Menuruti kehendak Uchai nak berkaraoke selama sejam, Huaarrrggghh.. *mengantuk* aku bukan stock suka menyanyi sebab suara tak sedap, kerana itu karaoke bukanlah sesuatu yang 'mengujakan' aku. Membuatkan aku makin mengantuk adalah.. ;p



Walaupun dah banyak kali bergambar kat menara condong ni, tapi bergambar adalah sesuatu yang sangat mengujakan lantas menghilangkan rasa mengantuk kerana bergambar di menara condong adalah sesuatu yang sangat, sangat, sangat memerlukan kretiviti.

KENAPA?


jadi bagaimanakah caranya agar kami dapat bergambar bersama-sama berlatarbelakangkan menara condong? v__v




bagaimanakah caranya agar kiah dapat bergambar dengan cun berlatarbelakangkan menara condong? v__v



bagaimanakah aku.. *haip, nak bergambar ke nak mesej?* v__v



Akhirnya kami cuma dapat bergambar berlatarbelakangkan fakta berkaitan menara condong... ;P
p/s : Ramai tanya, itu anak ana ke? Jawapannya, adik ana. i mean, adik angkat. >__<



Raya keempat, aku tak kemana-mana tapi aku duduk rumah tunggu tetamu datang je, dan tetamu seterusnya adalah pian dan epul budak multimedia. Apa? Dimana? Bagaimana? Dan.. ok sebelum korang tanya lebih lanjut biar aku terangkan. Kampung pian kat trolak timur a.k.a tak jauh pun dengan rumah aku (ok tipu, sebenarnya trolak timur sangat jauh berbanding trolak utara.. ;p) tapi masih dalam kawasan sungkai what.. 

Dan epul.. dia ikut beraya ke kampung pian, so diorang datanglah beraya ke sini. ;)



mereka dan anak-anak mereka.. whahwhawha. ;P (ok, tipu, adik-adik pian je)


Raya kelima. Open house time, tapi tak open sangat pun sebab ramai ajak saudara mara je, aku pun tak ajak kawan-kawan datang sebab tau korang mesti tak datang punya.. hu hu hu..

tapi yang bestnya, ada buyer untuk buku kisah hati. <3 nbsp="nbsp" p="p">


Mak ngah ida, adik mak yang bongsu. Honestly speaking, thank you for ur support, tak kisah lah support dengan cara membeli ke, bertanya ke, mengambil tahu mahupun dengan...



mempromosikan diri sendiri.  ;-)


Mak teh, adik ipar mak. thank you jugak, later bila novel i dah keluar, insyaallah barulah i boleh bagi you all baca percuma,  i mean, them. My family members, bukan you all, yang duduk jauh dan membaca entry ini, korang kenalah beli sebagai tanda support. hewhewhew.. >__<


Penutup entry dan penutup raya adalah pada hari ahad, seminggu selepas minggu pertama raya, majlis pertunangan kak maria. You know kak maria? Manik bling-bling tu? Yes, inilah orangnya yang bagi job kat aku masa aku sedang "berehat" di rumah semasa bulan puasa. You know what, jahit manik lagi cepat dapat hasil daripada tanam anggur yang tak berbuah-buah sebab tak sesuai dengan iklim ;P




Kalau korang baca cerpen manik-manik cinta aku, aku pernah cakap yang aku tak tau apa impian perkahwinan kak maria.. tengok, dia pilih biru turquoise (tak reti eja) padahal 'Nida-watak-dalam-manik-manik-cinta' tu dia pilih warna putih! >__<

btw, happy e-day kak maria. Moga cepat naik pelamin...

p/s : terima kasih kawan-kawan sebab jadi sebahagian daripada meriahnya raya aku. wehee..

Selasa, 28 Ogos 2012

Official entry : Kisah Hati, Antologi cerpen miaKaftiya



WHAT IS KISAH HATI?

Kisah hati adalah buku yang mengandungi kompilasi cerpen-cerpen yang aku tulis sejak aku baru belajar menulis dulu sehingga kini, cuma dalam Kisah Hati aku cuma masukkan ENAM buah cerpen daripada cerpen-cerpen yang ada. Iaitu,

1. Suri di hati Sufi
2. Biola
3, Bunga Lalang
4. Dia yang aku tunggu
5.Imaginasi cinta
6. Cupcakes


SIAPA YANG DESIGN KULIT BUKU KISAH HATI?



Nurartikah Ali. 
Asalnya aku buat satu permintaan di group 'Blog e-novel' untuk minta tolong pada sesiapa yang pandai design cover untuk designkan satu cover untuk aku, memandangkan masa tu aku memang dah sangat, sangat buntu tak tau nak guna konsep dan gambar apa. As you know, we (e-novel writers) agak kreatif dalam menghasilkan cover untuk cerita-cerita kami sendiri. Kalau korang tanya macammana kitorang boleh buat cover yang cantik-cantik tu? Jawapannya, kami tak perlu jadi expert dalam graphic design, mahupun mahir menggunakan photoshop, yang kami perlukan adalah sense of creativity untuk mencari gambar-gambar menarik dan sesuai untuk tema cerita-cerita kami melalui google/devianart and whatsoever yang boleh mendatangkan gambar, dari situ kreativiti untuk menggunakan gambar itu terpulang pada hak individu. Letak tajuk, nama pena, dan editlah ikut-suka-hati kemudian, taraaa.. siaplah cover e-novel. 

So, memang ramai yang dah tolong buatkan cover Kisah Hati. Serius cakap memang cantik-cantik belaka tapi aku harus pilih cuma satu dan setelah menimbang tara segala aspek dan perkara akhirnya cover rekaan Tikah jadi pilihan hati aku dan cover itulah yang aku guna untuk buku Kisah Hati. ;-)

As reward, aku akan bagi satu copy buku ni pada dia. t__t


KENAPA TAK HANTAR PADA PUBLISHER?

Aku pergi sana sini sepanjang proses nak siapkan buku ni dan untuk cari kedai yang boleh tolong buatkan buku kisah hati jadi seperti buku yang ada di pasaran, dan setiap kali itulah aku ditanya dengan soalan "kenapa tak hantar pada karangkraf? Alaf 21? yada.. yada.." Kalau korang tanya kenapa aku tak nak hantar manuskrip novel aku pada mana-mana publisher? Jawapan aku, sebab aku masih belum puas hati dengan jalan cerita dan aku perlukan masa untuk siapkan manuskrip tu sampai aku puas hati. Tapi nak jawab soalan kenapa tak hantar Kisah Hati pada publisher memang susah aku nak jawab.

Aku tak ada keyakinan yang sebuah buku antologi cerpen daripada penulis picisan yang jumlah readers tak seberapa akan diterima oleh penerbit untuk diterbitkan. Kalau penulis yang dah sedia ada nama dan novel mereka bestseller pun tak ada buku antologi cerpen sendiri, takkanlah aku yang bukan sesiapa ni nak hantar kot? Rasa macam tak kena je... =_='

Ada, ada satu buku antologi cerpen tajuknya 'Tentang cinta' kalau tak silap, itu gabungan daripada beberapa orang penulis yang mempunyai nama besar dalam dunia penulisan. NAMA BESAR. GABUNGAN. ANTOLOGI CERPEN. See? Even diorang pun bergabung untuk satu buku cerpen, takkanlah aku yang bukan sesiapa ni nak demand lebih-lebih kot? Serius, aku tak ada keyakinan itu. v__v

BERAPA HARGA SENASKAH?

RM17. Mahal? Ya, kalau boleh aku nak jual dengan harga mampu-beli, dalam RM10, ke RM5 ke.. tapi aku tak boleh. RM17 adalah harga paling murah aku boleh bagi, kalau tidak aku sepatutnya jual RM20 ke, RM22 ke.. tapi yelah, tak layak buku picisan ni nak diletak harga semahal itu. ;-)

MACAMMANA NAK BELI?

Just pm/mesej/call/bagitau/email atau apa saja cara kau korang rasa komunikasi itu boleh berlaku hatta membeli melalui kawan sekalipun, dan nanti aku akan beritahu macammana nak beli. Oh ya, bagi yang duduk jauh, macam biasalah kena charge postage, RM6 untuk pos laju. 

RM17 (+RM6) = RM23

Buku ini exklusif. Buat masa sekarang ianya tidak dijual di mana-mana kedai, hanya melalui aku, kecuali kalau aku bagi buku ni pada seseorang untuk serahkan pada seseorang yang lain. Itu namanya beli atas kawan yo! >__<


RAJINNYAAAA.....??

Aku pergi sana sini dan berjumpa dengan orang-orang yang tahu tentang projek Kisah Hati ni diorang mesti spontan akan cakap, "Rajinnya.." Err.. sebenarnya bila kita buat perkara yang kita suka, tak terasa pun perkara itu sebagai satu beban. Rajin menulis? Sebenarnya aku pun kadang-kadang ada penyakit malas jugak, cuma.. entahlah, aku tak faham kenapa orang mesti akan bagi reaksi, "Rajinnya.." *dengan nada kagum.* 


Sementara aku sedang diberi peluang untuk belajar menjual karya-karya aku sendiri, apa kata korang support dengan membeli? Nanti bila dah ada publisher yang nak tolong pasarkan karya aku, masa tu aku rasa tugas aku cuma kerah idea dan taip, taip dan taip. Dah tak adanya aku nak pening-pening kepala fikir budget, fikir kenderaan nak keluar, fikir kedai nak dituju, fikirkan cara bagaimana buku ini akan jadi seperti ini atau ini? Fikirkan bagaimana nak dapatkan budget banyak ini dengan jumlah buku sebanyak ini, bla.. bla.. bla.. 

Sebab tu aku hargai pembeli dengan minta diorang bergambar dengan buku-buku aku sebab nanti bila aku tengok balik gambar-gambar lama, aku akan ingat.. oh dulu Makngah ida beli Kisah Hati, atau Oh, dulu mak teh beli cerita cinta miakaftiya (ccmk) senyap-senyap dari uncle aidid, atau oh, pertama kali aku ada pembeli lelaki, si Wahidon Azlan tu rasanya budak ILPKLS kot tu, atau Oh, Nida yang menang segmen Iman Harraz so dia dapat buku ccmk, dan lain-lain...


Kau faham tak? Faham tak? Perasaan tu? ^__^





So, ada sesiapa lagi yang nak beli? *garu hidung*


Isnin, 20 Ogos 2012

Kahwin-paksa

Malam raya ketiga. Aku tak mengantuk dan tak rasa nak tidur. Merewang kat facebook tapi tetap bosan dah tu tak tau nak buat apa aku rasa macam aku nak jugak kongsikan kat sini apa yang aku dapat dalam mimpi aku dua tiga minggu lepas. Ya, mimpi yang memberi aku suatu pengajaran. Macam dapat ilmu dari mimpi ada jugak aku rasa..

Mimpi aku bermula begini..

KAHWIN PAKSA

Aku dipaksa/terpaksa/disuruh or whatsoever aku pun dah tak berapa nak ingat tapi yang pasti lebih kurang macam itulah situasinya dan aku terpaksa akur walaupun hati aku memberontak (aduh.. skema giler mimpi aku tu.. wkwkw ;p) tapi yang pasti dalam mimpi tu aku memang dapat rasa sangat, sangat, sangat rasa macammana peritnya bila kita terpaksa kahwin dengan seseorang yang kita tak suka, memang sangat sangat sangat sangaaaatttt menyakitkan hati! Sungguh.

Bila terjaga dari tidur aku masih dapat rasa 'perasaan' tu tapi aku lupa gila gila gila punya lupa siapalah lelaki malang yang kena kahwin dengan aku tu... hewhewhew.. tapi pengajaran yang aku dapat dari mimpi tu adalah... oh sebelum tu nak cakap pada penulis-penulis yang sudah/sedang/dalam perancangan menulis cerita tentang tema kahwin paksa aku minta maaf sangat sangat okeh, entri ini bukan berniat untuk memerli sesiapa mahupun mempertikaikan apa-apa, cuma nak berkongsi pendapat dari mimpi tu je, chill ok?

Ok, pengajaran yang aku dapat dari mimpi itu adalah.. kalau nak tulis cerita dengan tema kahwin paksa ianya bukan hanya tentang you tidur sofa, I tidur atas katil. I hate you, you love me, tidur bilik asing-asing, berlakon depan family. Bagi aku itu formula yang akan selalu digunapakai untuk mereka yang sukakan tema ini semata-mata diulangi SUKA, berbeza kalau mereka menulis dengan 'rasa' diulangi RASA. Kalau boleh diberi contoh dalam novel Adam dan Hawa by Aisya Sofea, kenapa Ain larikan diri dari Adam selepas diorang dikahwin? Kenapa Ain tak hukum Adam dengan cara duduk serumah tapi bersikap dingin dengan Adam? Sebab 'RASA' itu. Dalam novel Sepi Tanpa Cinta by Damya Hanna kenapa Fakhrul tinggalkan Haziqah dan jatuhkan hukuman gantung tak bertali? Sebab RASA itu.

Rasa marah. Rasa benci. Kenapa aku pulak yang kena kahwin dengan dia??

Perkahwinan dua watak dalam dua novel kat atas ni tak semudah yang kita baca dalam novel sekarang. Oh, sorry! maksud aku, 'dalam sesetengah' novel sekarang (haish, serba salah nak tulis ni.. *blushing*) sebab bila difikirkan logik dan setelah mengalami mimpi itu, memang aku rasa aku takkan semudah itu akan terima perkahwinan yang diaturkan atas sebab-sebab tertentu dan dipaksa pulak tu. Ok, aku bukan cakap tentang universal, mungkin bagi sesetengah orang akan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang... simple. Disuruh kahwin? So kahwin jelah. Tak kenal? Tak cinta? Lepas kahwin boleh kenal, boleh bercinta. Itu bagi orang lain, tapi bagi orang yang lain pulak mungkin jadi agak payah jugak.

So pendek kata, kalau nak tulis cerita yang bertemakan kahwin paksa, fikirkan dulu secara rasionalnya. Rasakan dulu feel itu (oh, maaf.. aku bukan sesiapa. Tapi aku cuma berkongsi pendapat. Ampuuunnn...) mungkin orang cakap tulis novel dengan tema ni memang evergreen tapi bagi aku yang dah biasa baca tema ini masa zaman sekolah dulu teringin jugak nak baca cerita-cerita yang fresh, yang ada roh, yang ada pengajaran walaupun dengan tema "kahwin-paksa" bukan setakat copy-ubah-ikut-acuan-sendiri formula yang sama sampai buat aku fobia nak beli novel dengan tema tu lagi.

Sekurang-kurangnya, janganlah cipta satu 'alasan rapuh' semata-mata untuk jadikan ianya incident pencetus untuk watak-watak itu dikahwinkan lalu berlakulah perkahwinan tanpa cinta dan the formula goes on... memang seronok bagi budak-budak yang baru nak kenal novel, tapi agak membosankan bagi pembaca yang dah baca berpuluh/beratus/beribu buah novel. Formula tu dah basi.

Buat masa sekarang, apa yang aku cari dalam novel dengan tema kahwin paksa itu adalah realiti kehidupan berumah tangga. Biar readers sedar, perkahwinan bukan macam jahit manik pada baju pengantin, ianya lebih besar dan lebih bermakna dari itu (eh, eh.. terselit ayat manik-manik cinta pulak, hahaha.. ;p) Serius, hidup sebagai seorang gadis berumur 23 tahun yang sepupu sebaya, kawan-kawan dan saudara mara yang dah berumah tangga adalah rujukan aku bahawa perkahwinan itu tak seindah macam digambarkan dalam novel, lagi-lagi kahwin paksa.

Jadi, penulis out there (dan yang sedang menulis entri ini) mari sedarkan pembaca kita sesuatu yang mereka tak sedar tentang kehidupan mereka melalui penulisan kita. ;) peace!

p/s : Aku adore kak shai selepas dia sedarkan aku tentang sesuatu yang berlaku di sekeliling aku melalui novel-novel dia. Dan sejak itu aku sedar, penulis yang hebat bukan sekadar dia mampu mencipta konflik yang rumit dan jalan cerita yang bombastic! Tapi penulis yang hebat adalah apabila dia berjaya memberi inspirasi kepada pembacanya.. ;)


Jumaat, 17 Ogos 2012

Happy Hari Raya and.. i forgive you..

Selalu bila raya orang selalu wish selamat dan minta maaf, tapi lepas minta maaf buat balik dosa yang sama dan tunggu sampai raya seterusnya baru nak minta maaf balik, padahal sehari sebelum raya pun dah buat salah pada orang sekeliling, tak minta maaf pun? 

Jadi.. oleh sebab itu, apa kata kita buat pembaharuan, sebelum kau minta maaf kat orang lain apa kata kau maafkan orang lain dulu. Jadi, bagi korang yang mengenali aku sebagai Mariyatul Kaftiyah mahupun mia kaftiya, kalau mungkin korang ada terbuat salah dengan aku, terkutuk, terbenci aku secara tak sengaja, tercemburu dengan aku dalam tak sedar lalu mendatangkan dosa di atas segala perkara yang tak disengajakan itu, aku maafkan. ;) 


Jadi boleh tak korang maafkan aku walaupun korang mungkin tak sedar aku pernah terbuat sesuatu yang korang tak tau. Aku  mungkin pernah bercakap sesuatu tentang korang dibelakang dan secara tak sengaja ianya dah jadi satu umpatan. Aku pernah mengeluh tentang kerenah korang, aku pernah cemburukan korang atau apa saja yang aku mungkin pernah cakap, tulis dan perbuatan aku yang mengguris hati korang, aku minta maaf.okeh?


Oh ya, kalau korang memang orang perak, dalam perjalanan ke perak, tersinggah di perak jangan lupa singgah rumah aku kat sungkai. Kalau ikut highway mesti nampak punya signboard SUNGKAI tu. (ehem.. bukan sungkai = berbuka ya kawan-kawan sabah/sarawak. hahahaha.. kalau ika tak bagitau orang sabah/sarawak panggil berbuka tu "sungkai" sebab kawan dia orang sabah, mungkin sampai sekaranglah aku terpinga-pinga asyik baca status harraz's lovers yang asyik sebut sungkai je, hakhakhak.. serius kelakar! ;p)

cepat pm aku kat facebook kalau korang memang dah plan nak datang perak, boleh mintak alamat dengan no  tepon, pintu rumah teman sentiasa terbuka menantikan kehadiran anda sekalian walaupun bukan rumah terbuka. >__<




Selamat Hari Raya Aidilfitri... p/s : adik-adik boleh kumpul duit raya banyak-banyak lepas tu nanti boleh beli buku Kisah Hati kak mia! eh, eh.. ;-p

Rabu, 8 Ogos 2012

wordless wednesday


KISAH HATI, ANTOLOGI CERPEN MIA KAFTIYA

Saiz : separuh kertas A4 (lebih kecik. Kalau tak percaya ambik kertas A4 pastu lipat dua, itulah saiz buku ini >__<)
Harga : RM17 (+RM5 postage = RM22)
Jumlah Mukasurat : 160 m/s 
Kandungan : 1. Suri di hati Sufi
2. Biola
3.Bunga Lalang
4. Dia yang aku tunggu
5. Imaginasi cinta
6. Cupcakes

Nak order / beli ?? Sila pm/mesej/call/email/inform me at,
miakaftiya@gmail.com
facebook search : mia kaftiya

aku tak janji yang aku boleh beri yang terbaik sekaligus mampu mempu memuaskan hati anda semua, tapi satu yang aku mampu katakan adalah aku telah cuba yang terbaik, dan ini adalah apa yang mampu aku sediakan. ;-)


Rabu, 1 Ogos 2012

macammana kamu tulis ni? - mak



masa aku sedang membaca cerpen baru Hanna aleeya-Berapakah harga cintamu   mak masuk bilik dan selak-selak buku ccmk yang aku letak atas kotak yang dah jadi meja untuk aku letak barang, sambil mak membaca tajuk-tajuk cerita di dalam buku itu.

mak - "mana kamu dapat tajuk ni? Anak dato janggut, buku buruk.. kamu karang sendiri ke?"

tumpuan aku pada pembacaan dah mula lari. Kenapakah mak harus bertanyakan soalan seperti itu?

aku - "habis tu takkan curi pulak kot.."
mak - "ye la.. macammana kamu boleh tulis?"

dalam hati aku jawab, ilham dari Allah, tapi kat mulut aku diam tak bersuara. Akhirnya aku cuma boleh 
cakap, "bakat.."

mak - *masih menyelak ke tajuk 'Kerana Bas Mogah'* "nanti mak nak bacalah, orang tanya mak tak tau nak jawab apa.."
aku - *blushing* 

dengan sesetengah orang, aku tak mahu diorang baca cerita yang aku tulis sebab aku malu. Contoh : mak, mak-mak saudara yang dah tua (sebab aku masih ada mak-mak saudara yang masih muda ;p) dan.. beberapa orang lagi yang belum dikenalpasti.

Tapi seriously weh, tolong jangan tanya aku "macammana aku boleh tulis" sebab aku sendiri pun tak tau, It's come naturally.. Alhamdulillah, ini pun dipanggil rezeki jugak kan? ^__^