The one who love dreaming

suka blog ini?

Isnin, 20 Ogos 2012

Kahwin-paksa

Malam raya ketiga. Aku tak mengantuk dan tak rasa nak tidur. Merewang kat facebook tapi tetap bosan dah tu tak tau nak buat apa aku rasa macam aku nak jugak kongsikan kat sini apa yang aku dapat dalam mimpi aku dua tiga minggu lepas. Ya, mimpi yang memberi aku suatu pengajaran. Macam dapat ilmu dari mimpi ada jugak aku rasa..

Mimpi aku bermula begini..

KAHWIN PAKSA

Aku dipaksa/terpaksa/disuruh or whatsoever aku pun dah tak berapa nak ingat tapi yang pasti lebih kurang macam itulah situasinya dan aku terpaksa akur walaupun hati aku memberontak (aduh.. skema giler mimpi aku tu.. wkwkw ;p) tapi yang pasti dalam mimpi tu aku memang dapat rasa sangat, sangat, sangat rasa macammana peritnya bila kita terpaksa kahwin dengan seseorang yang kita tak suka, memang sangat sangat sangat sangaaaatttt menyakitkan hati! Sungguh.

Bila terjaga dari tidur aku masih dapat rasa 'perasaan' tu tapi aku lupa gila gila gila punya lupa siapalah lelaki malang yang kena kahwin dengan aku tu... hewhewhew.. tapi pengajaran yang aku dapat dari mimpi tu adalah... oh sebelum tu nak cakap pada penulis-penulis yang sudah/sedang/dalam perancangan menulis cerita tentang tema kahwin paksa aku minta maaf sangat sangat okeh, entri ini bukan berniat untuk memerli sesiapa mahupun mempertikaikan apa-apa, cuma nak berkongsi pendapat dari mimpi tu je, chill ok?

Ok, pengajaran yang aku dapat dari mimpi itu adalah.. kalau nak tulis cerita dengan tema kahwin paksa ianya bukan hanya tentang you tidur sofa, I tidur atas katil. I hate you, you love me, tidur bilik asing-asing, berlakon depan family. Bagi aku itu formula yang akan selalu digunapakai untuk mereka yang sukakan tema ini semata-mata diulangi SUKA, berbeza kalau mereka menulis dengan 'rasa' diulangi RASA. Kalau boleh diberi contoh dalam novel Adam dan Hawa by Aisya Sofea, kenapa Ain larikan diri dari Adam selepas diorang dikahwin? Kenapa Ain tak hukum Adam dengan cara duduk serumah tapi bersikap dingin dengan Adam? Sebab 'RASA' itu. Dalam novel Sepi Tanpa Cinta by Damya Hanna kenapa Fakhrul tinggalkan Haziqah dan jatuhkan hukuman gantung tak bertali? Sebab RASA itu.

Rasa marah. Rasa benci. Kenapa aku pulak yang kena kahwin dengan dia??

Perkahwinan dua watak dalam dua novel kat atas ni tak semudah yang kita baca dalam novel sekarang. Oh, sorry! maksud aku, 'dalam sesetengah' novel sekarang (haish, serba salah nak tulis ni.. *blushing*) sebab bila difikirkan logik dan setelah mengalami mimpi itu, memang aku rasa aku takkan semudah itu akan terima perkahwinan yang diaturkan atas sebab-sebab tertentu dan dipaksa pulak tu. Ok, aku bukan cakap tentang universal, mungkin bagi sesetengah orang akan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang... simple. Disuruh kahwin? So kahwin jelah. Tak kenal? Tak cinta? Lepas kahwin boleh kenal, boleh bercinta. Itu bagi orang lain, tapi bagi orang yang lain pulak mungkin jadi agak payah jugak.

So pendek kata, kalau nak tulis cerita yang bertemakan kahwin paksa, fikirkan dulu secara rasionalnya. Rasakan dulu feel itu (oh, maaf.. aku bukan sesiapa. Tapi aku cuma berkongsi pendapat. Ampuuunnn...) mungkin orang cakap tulis novel dengan tema ni memang evergreen tapi bagi aku yang dah biasa baca tema ini masa zaman sekolah dulu teringin jugak nak baca cerita-cerita yang fresh, yang ada roh, yang ada pengajaran walaupun dengan tema "kahwin-paksa" bukan setakat copy-ubah-ikut-acuan-sendiri formula yang sama sampai buat aku fobia nak beli novel dengan tema tu lagi.

Sekurang-kurangnya, janganlah cipta satu 'alasan rapuh' semata-mata untuk jadikan ianya incident pencetus untuk watak-watak itu dikahwinkan lalu berlakulah perkahwinan tanpa cinta dan the formula goes on... memang seronok bagi budak-budak yang baru nak kenal novel, tapi agak membosankan bagi pembaca yang dah baca berpuluh/beratus/beribu buah novel. Formula tu dah basi.

Buat masa sekarang, apa yang aku cari dalam novel dengan tema kahwin paksa itu adalah realiti kehidupan berumah tangga. Biar readers sedar, perkahwinan bukan macam jahit manik pada baju pengantin, ianya lebih besar dan lebih bermakna dari itu (eh, eh.. terselit ayat manik-manik cinta pulak, hahaha.. ;p) Serius, hidup sebagai seorang gadis berumur 23 tahun yang sepupu sebaya, kawan-kawan dan saudara mara yang dah berumah tangga adalah rujukan aku bahawa perkahwinan itu tak seindah macam digambarkan dalam novel, lagi-lagi kahwin paksa.

Jadi, penulis out there (dan yang sedang menulis entri ini) mari sedarkan pembaca kita sesuatu yang mereka tak sedar tentang kehidupan mereka melalui penulisan kita. ;) peace!

p/s : Aku adore kak shai selepas dia sedarkan aku tentang sesuatu yang berlaku di sekeliling aku melalui novel-novel dia. Dan sejak itu aku sedar, penulis yang hebat bukan sekadar dia mampu mencipta konflik yang rumit dan jalan cerita yang bombastic! Tapi penulis yang hebat adalah apabila dia berjaya memberi inspirasi kepada pembacanya.. ;)


5 ulasan:

hanna aleeya berkata...

Haha. Hanna pun pernah mimpi kena kahwin paksa. Rasa yang sangat perit bila kita kena kahwin dgn org yg kita tak kenal dan kita tak cinta.

Mmg byk novelis menulis tntg kahwin paksa dan secara amnya jalan cerita yg sama namun masih mampu menarik minat pembaca. Harharhar. Org mmg suka baca cerita macam tu.

Tapi apa yg kak mia tulis betul sgt2! Turut menyedarkan hanna meskipun hanna rasa tak pernah tulis pasal kahwin paksa. Rasa ja.

psstt.. kak, bila nak kahwin? :p

mia kaftiya berkata...

hannnaaaa.. cuba jgn tanya soalan sensitif tu! *cekak pinggang* hewhewhew ;p

Subashini VJ berkata...

True waht ever you saud above there memang betul, sebab saya pun fobia nak baca novel yg ade tema paksa2 yg macam tak mature...sebelum ni saya masih bole baca but whn at a time keluar bnyk novel2 kahwin paksa yg macam you said you tidur atas sofa and i tidur atas katil and so gaduh macam budak2...i get tired and felt up... sekarang i just buy novel after baca isi dia sikit sampai saya puas hati then oni buy it... Walaubagaimana pun ade jugak penulis yg mengubah corak penulisan , and that really good ;)

AMALINA YAAKUB berkata...

rindu nak baca novel yang mampu buat kita menangis sehari suntuk sebab novel tu dan rindu nak baca satu novel yang boleh kita ketawa macam orang giler hahaha, rindu nak baca novel yang mampu kita merasai watak watak itu wujud dan rasa dekat dengan kita.

kenapa kebanyakkan novel sekarang ni macam nothing macam penulis tulis sekadar nak jual buku ja bukan sebab menulis melalui hati dan pembaca boleh rasainya.

teheee banyak pulak tercomment. btw kak mia selamat hari raya :)

mia kaftiya berkata...

selamat hari raya jugak. btw akak pun harap akak dapat tulis smething yg mampu beri inspirasi pada pembaca.. tp mungkin bkn sekarang, masih dlm sesi pembelajaran.. hehe >__<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...