Khamis, 8 November 2012

teaser : Jawapan


Kerana sering kali merasakan yang dia mudah jatuh cinta, dan cintanya satu pun tak pernah terbalas, si gadis telah menetapkan satu goal dalam hidupnya bahawa lelaki itu, yang baru dikenali beberapa hari lepas melalui yahoo mesanger, adalah kawan semata-mata. Dia tak mahu menyimpan apa-apa perasaan suka terhadap lelaki itu.

                Tetapi anehnya bila semakin cuba dipupuk perasaan “dia Cuma kawan” semakin dia rasa dia gila bila pantang ada masa terluang, fikiran si gadis akan teringatkan lelaki itu, pantang kreditnya adalah lebih daripada RM5 (memang selalu lebih pun) dia akan mencari alasan untuk menghubungi lelaki itu. Dengan alasan, “saya bosan” “saya bosan” “saya bosan” by then bergayut di telefon macam tak sedar kredit berjalan. Aura lelaki itu terlalu kuat sehinggakan si gadis tak sedar apa yang dia telah lakukan.

                Begitukah kawan?

                Muka dia akan memerah bila mendengar nama lelaki itu. Hati dia akan berdebar-debar apabila melihat nama lelaki itu terpapar di skrin telefon bimbitnya yang berbunyi. Mulutnya akan terus menerus tersenyum semasa sedang bercakap dengan lelaki itu dan yang paling aneh sekali, dia takkan mampu untuk berhadapan dengan lelaki itu sekalipun dia harap sangat untuk bersua muka dan bersembang macam biasa.
                Sungguh! Dia tak mampu.

                SI gadis akan jadi sangat kekok, sangat malu dan sangat.. sangat.. sangat.. kelu. Akhirnya apabila terserempak, paling kuat mereka boleh buat Cuma bertukar-tukar senyuman.

                Kawankah begitu?

                Ya, si gadis tak sedar yang dia sedang mencari jawapan atas sikap anehnya itu. Dia tak sedar mindset yang telah dia tanamkan dalam fikiran itu telah membuatkan dia keliru. Andai nanti dia sudah menemukan jawapan dalam dirinya, adakah dia akan mendapat jawapan pasti dari mulut lelaki itu?

-teaser-JAWAPAN=


p/s : Sila jangan percaya yang aku dah siap tulis cerita ini kerana ini sahaja yang dah berjaya aku tulis. Ini. Sahaja. Sejak beberapa bulan lepas. Hais! Hais! Hais!


1 ulasan:

hanna aleeya berkata...

cayyooo kak mia! bila nak letak full entri? weeeeeeee