Sabtu, 26 Januari 2013

Behind the Mr. Pavlova & Gula-gula kapas

Assalamualaikum.

Azam kecil aku pada tahun baru yang dah tak berapa nak baru ni adalah nak LEBIH RAJIN MENULIS dan alhamdulillah, bulan januari dah berjaya siapkan dua cerpen. Syukur.. puas hati, dapat lepas gian menulis selepas tiga cerpen yang aku rancang sebelum ni tak siap-siap. 

Reason? 

Macam tak bagus nak salahkan sesuatu bila aku tak dapat siapkan sesuatu hal yang lain, tapi aku rasa mungkin ianya boleh jadi salah aku juga, atau mungkin proses penyesuaian diri bila tiba-tiba aku terjebak dalam bidang jahitan manik dan lepas tu aku tak tahu nak bahagikan masa macammana, end up dengan aku fokus pada satu kerja je dan tinggalkan kerja yang lain.

Menjahit dan menulis bukanlah satu kerja yang boleh dibuat serentak dalam satu masa macam sambil menjahit sempat aku tengok cerita korea kat dailymotion atau sambil menulis sempat aku baca status kat facebook. Menjahit dan menulis kedua-duanya memerlukan khidmat kedua-dua belah tangan jadi aku memang harus memilih di antara keduanya.

oleh itu, tahun ini adalah tahun membahagikan masa menulis dan menjahit dan cerpen pertama selepas hampir setengah tahun tidak keluar dengan cerita baru dimulakan dengan,..



Cetusan ideanya simple je. Aku cuma tiba-tiba terfikir, "Eh, nak tulis satu cerita guna tajuk Pavlova lah." lepas tu biarkan je sebab tak ada jalan cerita yang related. Tak lama lepas tu, aku berada dalam situasi aku 'dihakimi' kerana luaran aku. Terus aku macam.. "okeh, nak tulis satu cerita untuk kupas tentang 'isu' inilah" lepas tu dengan rasa yang membuak-buak aku pun tulis satu babak yang berkaitan dalam buku nota, lepas tu barulah aku fikirkan jalan cerita penuh.

Isunya adalah,

"Jangan nilai seseorang itu dari luarannya sahaja dan salahkan agama Islam bila seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan penampilan luaran dia." 

Tapi macam biasalah, bila dah siap, ianya takkan jadi seperti apa yang aku mahu tapi aku puas hati sebab readers boleh ambil isi cerita ni dari sudut yang berbeza. Contoh, tahap kerumitan lelaki boleh diibaratkan seperti pavlova yang nampak mudah tapi rumit. Tak kisahlah lelaki itu ayah kau ke, abang ke, suami, tunang, pak we, kawan lelaki atau sesiapa saja lelaki yang ada dalam hidup kau. 

^__^



Cerita kedua yang baru je siap ni, terinspirasi dari ayat Norli, (kawan sekolah, kawan pergi kelas menjahit dan partnership menjahit manik) Masa tu kat kelas menjahit, kami sembang-sembang lepas tu macammana entah tiba-tiba tersebut pasal gula-gula kapas dan Oly terus cakap,

"Pada oly, cinta ni macam gula-gula kapas, manis masa kat dalam mulut, tapi hilang bila dah ditelan.." 
"Maksudnya?" Aku tanya.
"Yelah macam cinta monyet.." oly tak habis cakap lagi aku terus menyampuk,
"Nak buat ceritalah!" aku tersengih.
Oly tambah, "Cinta gula-gula kapas."
"Tak nak cinta, nak guna gula-gula kapas je.."

Tapi lepas tu aku tak terus tulis cerita ni sebab aku belum faham, kenapa cinta tu macam gula-gula kapas? Cinta monyet? Apa kaitannya? Aku ambil masa jugaklah untuk related kan sesuatu situasi dengan gula-gula kapas. Dan tak lama lepas tu, Allah ilhamkan aku sesuatu..

"Perempuan selalu harap untuk dapat suami yang soleh, yang boleh membimbing mereka ke jalan Allah. Yang boleh mendukung mereka ke syurga, yang akan menjadi Imam dalam solat mereka, yang akan jadi pemimpin dalam keluarga.

Tapi perempuan selalu lupa, sebelum mereka jumpa lelaki soleh yang bernama suami yang kononnya akan membimbing mereka ke pintu syurga, mereka sendiri perlu berusaha untuk menjadi wanita solehah, yang akan menjadi makmum yang baik dalam solat, yang akan memudahkan tugas sang suami."

kalau korang rasa macam biasa dengar ayat ni, mungkin korang pernah terbaca mana-mana kat facebook sebab kebanyakan kata-kata Ayien pada Ikah dalam cerita ni pun hasil daripada mata aku yang pernah terbaca ayat-ayat UAE atau entah ayat siapa punya, jadi kredit kepada sumber-sumber yang berkenaan. Anggap jelah Allah pilih aku untuk kumpulkan sebahagian daripada kata-kata nasihat itu dalam bentuk cerita yang lebih mudah untuk difahami.

Jadi apa kaitannya cinta dengan gula-gula kapas?

Cinta, kalau bersandarkan sesuatu selain Allah akan mudah hilang bila sesuatu yang  jadi sandaran cinta itu hilang. Macam bila gula kapas dalam mulut dah cair, manisnya hilang.

Tapi, kalau cinta yang disandarkan kerana Allah, sekalipun ada sesuatu yang merubah pasangan itu (like, gemuk, cacat, tak ensem/cantik lagi, etc), rasa cintanya masih ada kerana Allah. Macam gula-gula kapas yang walaupun kita dah telan, rasa baki manis tu masih melekat kat tekak. (maaf kalau aku salah sebab aku dah cari gula-gula kapas sebelum publish cerita ni tapi tak jumpa jadi aku dah tak ingat apa rasanya bila kita telan gula-gula kapas tu. ;( )


btw, Zuhayra Nasrin tu anak buah kedua aku. Zuwairy, abang sulung aku. Atikah tu, adik aku, Ayien dan Iqba kawan-kawan Atikah. Aku saja guna nama diorang sebab aku ada masalah bila tulis cerita aku tak tahu nak guna nama apa, so cerita ini adalah rekaan semata-mata, tak ada kena mengena dengan mereka. 

Dearest kawan-kawan Ieka, (kalau korang terbaca entri ini) jangan buat apa-apa spekulasi terhadap mereka bertiga okeh. hewhew >__<

till then,
mia.



Publish! Eh.

Tiada ulasan: