Khamis, 3 Januari 2013

Kenapa mereka pilih bidang penulisan?

Kesinambungan daripada Segmen yang aku pernah buat sebelum ni, (Segmen miaKaftiya : Kenapa aku pilih bidang penulisan) aku dah berjaya kumpulkan beberapa cerita daripada penulis-penulis enovel dan penulis novel. Semasa entri ini ditulis, beberapa orang penulis enovel itu sudah pun keluar dengan novel pertama diorang. Woot woot.

Sebenarnya aku harap untuk kumpul lebih banyak cerita daripada penulis-penulis di Malaysia ini tapi memandangkan ada sesetengah tu malu, tak yakin, rasa belum layak untuk digelar penulis  (sekalipun mereka adalah penulis enovel), mungkin sibuk dengan manuskrip mereka, atau tak ada idea untuk menulis entri begini, akhirnya setelah berjaya memujuk dan juga 'memaksa' beberapa orang penulis akhirnya, nah 6 entri dari penulis yang menceritakan pengalaman dan tujuan mereka memilih bidang penulisan. Sebenarnya ada 7 entri tapi entri satu lagi tu owner dia terdelete atas sebab apa entah, so jadilah 6 entri sahaja.


KENAPA MEREKA PILIH BIDANG PENULISAN??




... kerana Ria minat menulis. Dan sejak dulu lagi Ria seorang yang suka mencipta cerita dalam kotak fikiran.. (baca sini)





....Sebab aku minat. Sebab minat tu jugak aku harap aku dapat bagi something untuk orang yang membaca.. (baca sini)


Semuanya sudah ditentukan sejak awal lagi. Mari kita mulakan dengan tahun 1986... (baca sini)





Apa yang buat aku nak jadi penulis ialah knowing that all these deep dark thoughts of mine can be read and enjoyed by people... (baca sini)


Kenapa pilih bidang penulisan? Jawapannya aku pun tak tahu... (baca sini)


Kalau tanya kenapa aku pilih bidang ni, aku sendiri pun sebenarnya nak angkat bahu dengan muka blur tu... (baca sini)

The best part bila kita baca cerita diorang, pengalaman diorang, kita akan terinspirasi dan sedarbahawasanya, untuk mereka berada di tempat mereka sekarang ini bukan semudah petik jari terus siap sebiji novel dan terus dioffer untuk diterbitkan. Kalau aku rasa tulis novel itu susah, apa yang mereka rasa lebih susah sebenarnya. Ya, aku memang rasa lebih bersemangat lepas baca pengalaman diorang. 

Macam yang aku janjikan sebelum ni, entri terbaik boleh pilih salah satu daripada 3 buku terbitan aku sendiri kan? Kan?



Jadi entri terbaik bagi aku yang buat aku rasa, 'this is the best entri that i've ever read diantara entri-entri lain yang ada' adalah..


 Mentang-mentanglah aku pembaca tegar kak Shai, so walauapapun aku akan tetap memilih entri kak Shai sebagai entri terbaik? Sudah tentu tidak! Aku pilih entri kak Shai sebab pengalaman dia bagi inspirasi pada aku bahawasanya menulis itu tak susah, asalkan kau tahu apa yang kau nak tulis. 

Untuk menulis bukan sekadar lelaki kacak, perempuan kaya mahupun tentangan keluarga (itu yang selalu buat aku rasa susah) tapi ia boleh jadi sesuatu yang mudah, tapi tak pernah kita ambil peduli. Menulis kisah orang putus cinta pada hari kekasih dan trauma pada tarikh itu setiap tahun pun dah boleh buat cerita tu jadi sangat menarik kalau kita TAHU apa yang kita tulis. *wink*

So kak Shai, sila pilih salah satu daripada buku di atas. Kita sebenarnya nak bagi hadiah yang lebih baik, tapi tak ada benda yang lebih baik yang kita ada selain buku-buku itu, hewhewhew. ;p

Untuk penulis-penulis lain di luar sana, tak kisahlah awak dah jadi official writer atau belum (macam aku) kalau sudi kongsikanlah cerita anda dengan menulis satu entri dan bagi link entri tu pada aku, nanti aku akan up satu lagi entri khas untuk publish entri-entri korang tu.

Sesungguhnya, sangat ramai pembaca di luar sana yang nak baca kisah-kisah korang. Tak percaya? Untuk entri ini saja dah beberapa orang mintak aku senaraikan link entri-entri diorang yang dah join segmen ni. 6 entri tak cukup.. WE WANT MORE! WE WANT MORE! 

Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk join segmen ini, layari -- Segmen miaKaftiya : Kenapa aku pilih bidang penulisan

2 ulasan:

Husna Humairah berkata...

wah, nak try join lah!

Husna Humairah berkata...

join ! nah link http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/01/segmen-miakaftiya-kenapa-aku-pilih.html :D