Khamis, 17 Januari 2013

my mak is a babysitter



Assalamualaikum,

Mak kite sekarang dah jadi babysitter! Wallah, itu pun nak excited lelebih kew? v__v  Ianya macam dah ditentukan yang mak memang akan jaga si budak rambut kerinting ini walaupun sebelum ni mak belum pernah ada rekod jaga anak orang. Rasanya..


Aku tak tahu apa nama penuh dia, boleh jadi Dalisya atau Alisya tapi mak dia cakap nama dia Icha. Baru setahun lebih, 

Minggu-minggu pertama, dia asyik menangis je, maybe sebab dia tak biasa dengan persekitaran baru. Dia tak nak dengan orang lain, dia asyik berdukung dengan mak je, walaupun dah berdukung, masih menangis! Haish, sampai kekadang aku pula yang tension, risau, tak best dan segala macam hal. Alhamdulillah, berkat kesabaran emak, dua tiga hari lepas tu, dia dah ok, dah tak menangis, cuma dia belum sepenuhnya nak dengan orang lain kecuali mak. 

Alkisahnyalah kenapa aku harus jadi suri rumah untuk dua tiga hari tu.



Apa je yang mak nak buat, mesti buat depan mata dia. Tak boleh berdiri, tak boleh hilang dari pandangan mata dia, kalau tak, dia menangis. Masih dalam proses menyesuaikan diri tu.



Tengok! Baiknya Icha tolong opah..

Mula-mula aku keliru juga nak suruh dia panggil mak apa? Opah ke, mak cik ke? Mak je ke? Yelah, sejak dah ada anak buah ni, tambah-tambah lagi umur dia pun baru setahun, rasa macam pelik pulak kalau dia panggil mak, mak cik kan? Kan?

So, 'opah' is better.



Lama-lama bila dia dah biasa tengok muka yang sama setiap hari, barulah dia boleh biasakan diri. Icha dah tak nangis dah! Yeay..



Sebab mak dengan ayah dia cikgu, jadi awal-awal pagi dah hantar Icha ke sini. Rutin setiap pagi MUST-DO



Duduk kat pintu, tengok ayam. Dua tiga hari pertama, mesti nak tengok dengan mak. 



Hari-hari seterusnya, dah pandai bawak diri, tengok sengsorang.



Bila dah ngam dengan Nizar, dari duduk tepi pntu, bawak berjalan keluar pulak. 


Icha jenis yang tak mudah dipujuk dengan mainan ke apa ke. Masa dia tengah menangis tu, bagilah sebesen mainan Nizar pun, dia tak layan! Beriya lah aku pasangkan lagu-lagu untuk budak-budak kat laptop, Itshy bitsy spider, upin ipin, teletubies, semua dia tak layan! Adoii.. syaza yang baru 7 bulan tu pun pandai layan upin ipin tau...


Tapi dia suka main Ben10 magnet yang lekat-lekat kat peti ais tu (Nizar punya)





Peti ais tu dah jadi tempat mainan dia dah. Apa-apa jelah Icha asalkan kamu bahagia.. muahahah.


TAPI ada dua benda yang Icha memanggg sangat suka!


Satu, MAKAN. Selalunya makan bersuap tapi masa ni dia nak makan sendiri. Walaupun dia tak pandai bercakap, tapi bila dia nampak makanan atau nampak aku tengah makan mesti dia akan hulur tangan dan cakap, "Nak! Nak!" aku tak pernah dengar dia sebut apa-apa perkataan pun selain tiga huruf itu.

NAK. *hulur tangan sambil berlari meluru ke arah ude.* ;[



Sebelum Nizar pergi sekolah dia rajinlah layan Icha dulu. Kekadang dia tak nak pergi sekolah sebab nak main dengan Icha. Hamboii.. pak cik nih. (Kekadang dia gelarkan diri dia pada Icha, 'Pak cik' sebab Syaza dengan Ayra panggil dia pak cik. Tapi kekadang dia gelar diri dia 'abang'. Haish, aku pun kekadang konpius, tergelar diri sendiri mak ude.)



Kesukaan Icha nombor dua. MENARI. 



Pantang dengar lagu kat tv, mesti nak berjoget. Tu.. nampak tak kaki dia tu, nampak tak? Nampak tak? v__v



Macam itulah tangan dia bila nak mintak sesuatu. Okey, Icha tamau ambik gambar, Icha nak tuar.



cepatlah ude.. Icha nak tuuuaarrr.... *monolog*



Darwisy. Abang Icha. Baru tiga tahun tapi dia dah masuk sekolah sama dengan nizar, so dia ada kat rumah tengahari je. Sementara tunggu ayah dia datang ambil diorang sekali.

Pendek kata, nak jaga anak orang ni kena komitment yang tinggi. Kena sayang anak orang lebih daripada anak sendiri, kena jaga betul-betul macam jaga nak Raja. Hewhew..




Till then, ude nak pergi kelas menjahit. Icha duduk rumah diam-diam, tunggu ayah datang ambik, >__<


XOXO,
mia & Icha


Publish! 

Tiada ulasan: