Isnin, 28 Januari 2013

Resepi : Cheezy fries.

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsi resepi yang aku dapat dari blog Hanis Zalikha (ekcelly dah lama dah dapat, tapi baru nak share), tapi Hanis cakap nama resepi ni 'Malay baked chili cheese fries' tapi memandangkan nama itu terlalu panjang untuk aku sebut, sehingga membuatkan bila orang tanya, "Nak buat apa tu?" aku jadi malas nak jawab. Kang kalau aku sebut, "nak buat malay baked chili cheese fries", mesti orang akan tanya balik "apa tu?" kan? kan? Jadi resepi versi miaKaftiya ini adalah.. 

Cheezy fries.



Bahan dia sangat simple, Apa yang kau perlukan cuma,

Fries
cheese (yang diparut. Ada dijual yang dah siap diparut. Suggestion : Mozarella)
sambal cili 

*jangan tanya aku macammana nak buat sambal cili sebab itu benda basic macam kau nak buat sambal ikan bilis, sambal petai, sambal... etc. Bezanya dalam sambal tu tak ada benda-benda yang aku sebutkan tadi.

Langkah demi langkah.


1. Mula-mula panaskan oven. Kalau ikut oven aku, aku panaskan suhu 210cls dalam masa 10 minit, sambil tu aku gaulkan fries tadi dengan garam dan rempah kari daging dan minyak pati ikan. (Tak wajib pun, ini dipanggil kita yang masak dia, bukan dia yang masak kita, so korang bolehlah kerjakan fries itu ikut suka hati korang. setakat lumur-lumur dengan garam pun dah ok kot..



2. bakar fries ni dalam oven, ikut suhu tadi dalam masa 10 minit, tapi sementara tunggu ieka siapkan dia punya sambal, aku tambah lagi masa 10 minit. pendek kata kau bakar jelah sampai kau rasa fries tu masak kat dalam oven tu.




3. Bila fries dalam oven dah masak, sambal cili dalam kuali dah ready, boleh keluarkan fries dalam oven, buat lubang kat tengah-tengah dia lepas tu letak sambal cili tadi.

Kemudian...


Tabur mozarella cheese kat atas tu. Kalau nak lebih heaven, taburlah bebanyak. Tapi sebab nak dapat cheese macam tu kat pekan sungkai ni sangat payah dah tu semalam aku beli sepeket je sebab nak save budget, so aku tabur ala kadar je sebab nak buat lagi nanti, jadi haruslah simpan sikit cheese tu kan, kaannn..?

Dah siap tabur, masuk balik dalam oven dalam 5 minit camtu. Motif? Nak bagi cheese tu cair dan lepas tu tunggulah dengan sabar di tepi oven setiap detak selama lima minit. Bila oven dah berbunyi.. 'Tingg..' haruslah buka oven cecepat dan makan di waktu itu juga.

Oh, jangan lupa panggil adik-adik kat dalam bilik tu suruh keluar.


Nah, inilah rupa dia, Cheezy fries. 



bila makan secara berjemaah, ia akan jadi seperti ini. 




Dah kalau nak tengok versi asal si Hanis tu punya, kliklah link ini (http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/10/malay-baked-chili-cheese-fries.html
Selamat mencuba! ;)


1 ulasan:

Dear Bella berkata...

wah... menarik dan nampak sedap...