Selasa, 12 Februari 2013

Cia and Todak's wedding day

Assalamualaikum, 

Semalam pergi wedding cia, she's married with Todak (@Faizal) member aku masa kat ILP (klik sini untuk cerita selanjutnya) Perkara pertama yang aku buat sebaik saja aku sampai adalah cari cia kat bilik dan nak tengok baju yang dia pakai.


kenapa?

SEBAB AKU YANG JAHIT MANIK KAT BAJU TU hewhew (okey, dibantu juga oleh adik aku ieka.) 
p/s : Oh, sila jangan salah faham. Cia bukan hantar baju tu personally pada aku dan suruh aku manikkan, tapi aku memang jahit manik untuk 'Bridal' yang cia ambil tu. Paham tak? Paham tak apa yang aku cuba terangkan ni?



Selalunya aku tak pernah cuba pakai baju yang aku jahit, tapi sebab aku tau itu baju cia so aku sajelah nak try.. ambik berkat orang tua-tua kata. Muahaha ;p

Lepas tu dah bergambar apa semua, aku pun keluarlah menuju ke khemah, lepas tu tiba-tiba aku ternampak ada dua orang budak lelaki yang mukanya sangat familiar. Seorang pakai baju merah, sorang lagi pakai baju putih, terus aku cakap kat ieka.. eh, eh budak ILP! 

Aku nak tegur tapi takut diorang tak kenal aku plus aku cuma kenal 'muka' diorang tapi aku tak ingat diorang punya nama. Lepas tu nampak Anuar, masa tu dah tak terkejut sangat sebab Nuar mesti datang on behalf of todak punya kan, sebab aku tau dulu time study diorang duduk sebilik. Lepas tu ternampak Burn pulak, ok masa tu memang aku teruja sikit, sebab tak sangka burn pun datang. Well, wedding Jiha tak nak pun kau datang kan.. nak panggil Burn tapi dia tak dengar, lepas tu tiba-tiba ternampak sorang budak perempuan ni, terus aku lebih excited! Hey budak ni, budak ni! Aku kenal dia.

Salam-salam terus tanya kau datang dengan siapa, bla, bla, bla, lepas tu.. 

Aku : Eh, aku lupa la nama kau siapa..
Dia : Syafiqah ... *tak ingat nama penuh*
Aku : tak.. nama pendek..
Dia : Didi, dulu aku sebilik dengan Jiha
Aku : Hah! Didi..

Wah, macam ni rupanya perasaan teruja bila jumpa kawan lama kat kampung halaman sendiri. Ala-ala rasa macam nak cakap kat diorang, 'Welcome to Sungkai' gituew..  Padahal dulu bila jumpa setakat hai-hai-bye-bye je pun bila jumpa.



Weh.. aku pun tak ingat la nama kau.. - Didi. ;p

Tapi the best part bila pergi wedding kawan sekolah adalah, boleh jumpa balik kawan-kawan sekolah sejak zaman tadika sampai habis tingkatan lima yang dah dua tiga tahun tak nampak batang hidung, kat fesbuk pun tak jadi friend sebab tak tahu nickname diorang then bila jumpa, 
'Woah.. handsomenya dia sekarang..' 
'weh, apasal dia dah tembam?' 
'Muka dia nampak matanglah, dulu macam muka budak-budak'   
'Waaa.. comelnya anak dia' 
bla.. bla.. bla..
dan soalan biasa,

'Kau bila nak kahwin?'

Mana yang aku rasa tak malu nak tegur tu aku tegurlah, tapi ada yang aku rasa macam tak rapat sangat dulu tu seganlah nak tegur padahal nak je sembang dengan semua orang dan tanya perkembangan diri masing-masing. ;p




Kalau ada seorang makhluk yang aku tak malu nak tegur pun hanyalah Burn. Sebab tahap curiosity aku sangat tinggi mengapakah dia ada disini? Dan juga kerana diantara mereka berlima yang datang majlis tu, hanya Burn yang aku kenal.

Err.. tak, maksud aku hanya Burn classmate aku, Programming. Diorang yang lain budak Network, selain todak budak Cadd.



Alkisahnya.. Burn, Nuar dengan Todak duduk sebilik dulu. Oohhh... *angguk faham*



Tetiba kamera pun buat hal, flash terlebih. Tak bagi kerjasama betullah kamera ni. ;(



The groom and the bride in red. Sesuai sangat dengan tahun baru cina kenzz..




Dearest cia and todak, happy wedding day! (padahal dah lepas sehari) Semoga Allah panjangkan jodoh korang jauh ke syurga. Dan sebagai peminat Ana raffali, (walaupun aku tahu ramai yang tak minat dia) aku dedikasikan sebuah lagu dalam doa, atau doa dalam lagu ini untuk korang. 

Jauh ke syurga.






Dan, dan.. make a bunch of child! >__<

XoXo,

Sabtu, 9 Februari 2013

miaKaftiya on twitter!



Assalamualaikum. Hai! Eh, twitter? 

Mia?

Twitter? Apa kes?




Aku memang macamni, bila rasa tak mahu tu, memang tak mahu langsung, tapi bila tetiba rasa macam.. "Eh, nak buat twitterlah" lepas tu terus sign up twitter, lepas tu tak tau apa yang nak di'tweets'kan. -__-

Tapi tak apa, walaupun kite tak ada encet canggih yang boleh bantu kite untuk tweet anywhere, anytime, and everything, kite masih boleh tweet something yang bagus-bagus macam promote cerita-cerita terbaru di blog sekaligus meluaskan jaringan pembaca kita, awak.. 

Haa... itulah gunanya teknologi. Manfaatkan sebaiknya. Untung-untung bukan luaskan jaringan pembaca je, tapi luaskan jaringan si pengarah filem/drama mencari cerita-cerita terbaru untuk di kaca-tv-pawagam kan, untung-untung diorang offer kita jadi penulis skrip, awak.. 

hewhewhew, Ok tak! Tipu je. Tak terfikir ke arah itu pun. 

So, for those of you yang ada twitter, Followlah kita sebab kita tak ada kawan kat dunia baru yang maha asing itu dimana ada burung biru yang asyik suruh kite "tweet-tweet" >_< runsing aje tau.

Oklah, malas nak membebel, till then, 



XoXo
Mia dan burung biru, tweet-tweet ;p

Sabtu, 2 Februari 2013

peplum in fitting room

Assalamualaikum, 

Aku bukanlah seorang yang pandai bermain dengan fesyen, malah aku langsung tak peduli dengan peredaran fesyen semasa. Datanglah Dian pelangi, Maysaa, Turban etc, semuanya aku tak ambil peduli. Malah aku tak berminat pun, kadang-kadang tu sakit mata juga tengok colourfull sangat! 

Tapiii... 

Kali pertama aku tengok Peplum (Yang kadang-kadang aku tersasul tersebut PAVLOVA, *cth: Nanti nak pakai PAVLOVA pergi..* sekian.) aku terus jatuh cinta. Aku jadi macam, wah, comelnya PEPLUM! Terus rasa macam nak jadi fashionista..

Hebat tak...?? ^__^

Oleh itu, pada suatu hari, aku dan kawan-kawan telah pergi berjalan-jalan.. baiklah, hakikat sebenarnya aku dan kawan-kawan Ieka telah pergi berjalan-jalan sambil mencuci mata melihat Peplum sambil mencuba pakai di fitting room lalu ambil gambar, sangkut balik kat tempat asalnya dan terus keluar. 

Beli? Siapa kata aku nak beli? Aku nak cuba pakai je la.. hewhewhew




Ieka dan kawan-kawannya. Dari kiri Nani, Intan dan Nur Atikah ( Gula-gula kapas). Uniknya kisah persahabatan diorang ni, dah berkawan sejak sekolah tadika. Lagi unik lagi, ayah Nani buka kedai jam, Bapak Intan buka kedai makan dan Abah, (which is our dad) bukak kedai runcit, ketiga-tiga kedai ni dalam satu deret yang sama, cuma berselang seli dengan kedai-kedai lain jelah. Masih berkawan sehingga sekarang walaupun masing-masing dah terpisah, seorang di kedah, seorang di penang dan seorang lagi di Johor. Bila cuti sem, berkumpul kat mana-mana rumah dan kongsi cerita..

Tak macam aku, tak ada kawan. Bila nak ajak keluar berjalan-jalan terpaksa ajak adik-beradik sendiri. Habis tu kalau nak ajak BFF, seorang kat puchong, sorang kat Ipoh, sorang lagi kat KL, cemana gayanya tu?


Forever alone! ;(

Tapi best woo keluar dengan budak-budak, nanti kita pun nampak muda juga. hewhew >__< Misi utama aku cuma nak keluar jejalan je sebab aku rasa macam aku dah lama tak keluar, asyik-asyik ulang alik, rumah-kedai-mesin jahit-jarum sembat-wedding dress-manik- and all those things. Kekadang kita perlukan sedikit ruang untuk bersosial.. ;-p

Tapi Intan ada misi dia sendiri, mencari baju untuk dinner katanya. Alang-alang Intan dah plan nak pergi cari peplum, aku pun haruslah ambil kesempatan sama. Jadi, sementara Intan mencari peplum untuk dibeli, aku mencuba peplum dengan gaya gedik santai macamlah nak beli padahal nak lepaskan gian teringin nak pakai je.


Sebelum transformasi.



Baju pertama. Sebab aku cakap aku teringin nak pakai je so aku tak ambil peduli sangat pun dengan corak polkadot warna hijau lembut yang nampak kusam ini, Mula-mula aku fikir ini Pelum, tapi setelah aku berfikir dengan lebih mendalam, aku rasa ini bukan peplum, ini mungkin dress biasa, cuma sekali pandang nampak macam Peplum. Btw, lepas balik rumah dan tengok balik gambar ni, aku rasa rugi tak beli. Infact, aku langsung tak ambil peduli tentang harganya..



Baju kedua. Kata diorang sweet, tapi nampak agak 'meriah'. Tapi aku tak berapa suka sebab buat badan aku nampak gemuk. Mungkin sebab dia punya flow tu terlalu berat dengan jenis kain yang agak tebal. Aku tak boleh nak fokus sangat pada baju ni sebab kak leng sibuk call dan tanya macammana nak send email, haish.. pening aku nak fikir antara baju di badan dan how-to-compose-email di kepala otak.



Baju ketiga. Cantik kan? Dalam gambar memanglah cantik, tapi warna asalnya bukan macam ni, merah tu nampak macam kusam, tapi sebab aku kata aku nak try sahaja so aku ambil jugalah baju ni. Tapi siffon memang cantik kalau buat peplum, bagi effect badan nampak kurus dan 'ringan'. Sekali lagi diorang menyakinkan aku yang baju ni cantik, tapi sekali lagi hati aku mengingatkan, aku cuma nak cuba pakai je, bukan nak beli..

Oh, Intan jumpa peplum dia kat kedai ni. Akhirnya..


Lepas tu bergerak ke kedai yang seterusnya, Sebab Intan dah jumpa baju dia, so dia dah tak nak cuba baju lain, so aku pun malaslah nak cuba lagi, tengok-tengok jelah lepas tu keluar, then diorang ajak balik sebab mission complete. Tapi entah macammana entah, tiba-tiba Ieka suruh aku tengok balik baju kat kedai terakhir tadi. Intan cakap baju tu cantik, rugi kalau tak beli. Aku pun fikir, biar aku menyesal sebab dah cuba berbanding menyesal sebab tak cuba langsung. So, kitorang pun patah balik dan pergi kedai tu, ambil baju yang berkenaan dan cuba pakai.



Lebih kurang sama dengan baju kedua tadi. Buat badan aku nampak berisi. Effect tak menarik, tebal. Fine, tak berkenan.



Lepas tu Ieka ambil baju pink kat sebelah rak baju biru tadi pulak, suruh aku cuba, padahal hati aku bermati-matian cakap aku tak nak beli, aku nak cuba je... tapi sebab orang dah hulur, aku pakai jugalah.. tetiba terus macam, WAH COMELNYA BAJU NI! siap pusing-pusing depan cermin tengok dia punya kain mengembang ala-ala cerita hindustan lepas tu hati terus terpaut sebab dia COMEL. 

Aku suka sesuatu yang flowy. Yang bila kita berjalan, kain tu nampak kembang kuncup macam dalam cerita hindustan masa diorang tengah menari-nari. Ada sense of feminine di situ.. ^__^
Aku rasa Intan terpaksa cakap 'cute' bila aku tanya baju ni ok tak sebab dia dah penat nak follow aku mencari peplum lagi tapi tak beli pun, sebab tu muka dia macam tu. hewhewhew ;p Muka penat.

Tapi sekali lagi hati aku mengingatkan yang aku nak cuba pakai je, bukan nak beli, jadi mulalah hati aku berbelah bahagi. Nak beli ke tak nak? Ok ke tidak? Warna apa yang cantik? Bla.. bla.. bla..



Ieka bagi pilihan warna, aku cuba juga, tapi hati aku rasa macam pink lagi membuatkan aku nampak SHOMEL, disokong pula oleh Intan lalu aku mengambil keputusan untuk memilih..




INI.

Yes, Akhirnya aku keluarkan juga duit untuk membeli Peplum yang dah lama menjadi raja dalam hati walaupun tak rancang pun nak beli. Haish, aku rasa ini dah memang rezeki akulah sebab hakikat sebenarnya, aku.. err.. aku.. belum bayar yuran kelas menjahit lagi tapi dah terlanjur membeli PEPINK (Peplum Pink) hu hu hu..

Memandangkan baju itu kosong je, mungkin boleh patch lace kat pinggang lepas tu tabur manik sikit-sikit, ataupun jahit bunga or reben something kat situ bagi nampak menarik sikit, ye dak? Ha'ah.. lepas tu entah bila baru kan terlaksana, baju kurung mak ngah dengan cia pun tak bermanik lagi, ada hati nak manikkan baju sendiri. ;-p

Tapi satu nasihat aku untuk mereka yang nak beli peplum, Cuba dulu baru tahu, sebab ada setengah shape badan yang MUNGKIN tak sesuai dengan potongan Peplum. Mungkin bukan body shape yang jadi masalah, tapi patern peplum itu sendiri yang buat ianya tak sesuai. 

Bak kata Intan, "Nasib baik aku tak beli online weh.." Rupanya sebab ada sesetengah pattern tu tak sesuai dengan bentuk badan kita. Btw, it just an opinion. Sekali lagi, aku bukanlah penganalisa fesyen, apatah lagi Fashionista. *wink!

>__o

till then,




XOXO
Mia & PePink