Selasa, 12 Februari 2013

Cia and Todak's wedding day

Assalamualaikum, 

Semalam pergi wedding cia, she's married with Todak (@Faizal) member aku masa kat ILP (klik sini untuk cerita selanjutnya) Perkara pertama yang aku buat sebaik saja aku sampai adalah cari cia kat bilik dan nak tengok baju yang dia pakai.


kenapa?

SEBAB AKU YANG JAHIT MANIK KAT BAJU TU hewhew (okey, dibantu juga oleh adik aku ieka.) 
p/s : Oh, sila jangan salah faham. Cia bukan hantar baju tu personally pada aku dan suruh aku manikkan, tapi aku memang jahit manik untuk 'Bridal' yang cia ambil tu. Paham tak? Paham tak apa yang aku cuba terangkan ni?



Selalunya aku tak pernah cuba pakai baju yang aku jahit, tapi sebab aku tau itu baju cia so aku sajelah nak try.. ambik berkat orang tua-tua kata. Muahaha ;p

Lepas tu dah bergambar apa semua, aku pun keluarlah menuju ke khemah, lepas tu tiba-tiba aku ternampak ada dua orang budak lelaki yang mukanya sangat familiar. Seorang pakai baju merah, sorang lagi pakai baju putih, terus aku cakap kat ieka.. eh, eh budak ILP! 

Aku nak tegur tapi takut diorang tak kenal aku plus aku cuma kenal 'muka' diorang tapi aku tak ingat diorang punya nama. Lepas tu nampak Anuar, masa tu dah tak terkejut sangat sebab Nuar mesti datang on behalf of todak punya kan, sebab aku tau dulu time study diorang duduk sebilik. Lepas tu ternampak Burn pulak, ok masa tu memang aku teruja sikit, sebab tak sangka burn pun datang. Well, wedding Jiha tak nak pun kau datang kan.. nak panggil Burn tapi dia tak dengar, lepas tu tiba-tiba ternampak sorang budak perempuan ni, terus aku lebih excited! Hey budak ni, budak ni! Aku kenal dia.

Salam-salam terus tanya kau datang dengan siapa, bla, bla, bla, lepas tu.. 

Aku : Eh, aku lupa la nama kau siapa..
Dia : Syafiqah ... *tak ingat nama penuh*
Aku : tak.. nama pendek..
Dia : Didi, dulu aku sebilik dengan Jiha
Aku : Hah! Didi..

Wah, macam ni rupanya perasaan teruja bila jumpa kawan lama kat kampung halaman sendiri. Ala-ala rasa macam nak cakap kat diorang, 'Welcome to Sungkai' gituew..  Padahal dulu bila jumpa setakat hai-hai-bye-bye je pun bila jumpa.



Weh.. aku pun tak ingat la nama kau.. - Didi. ;p

Tapi the best part bila pergi wedding kawan sekolah adalah, boleh jumpa balik kawan-kawan sekolah sejak zaman tadika sampai habis tingkatan lima yang dah dua tiga tahun tak nampak batang hidung, kat fesbuk pun tak jadi friend sebab tak tahu nickname diorang then bila jumpa, 
'Woah.. handsomenya dia sekarang..' 
'weh, apasal dia dah tembam?' 
'Muka dia nampak matanglah, dulu macam muka budak-budak'   
'Waaa.. comelnya anak dia' 
bla.. bla.. bla..
dan soalan biasa,

'Kau bila nak kahwin?'

Mana yang aku rasa tak malu nak tegur tu aku tegurlah, tapi ada yang aku rasa macam tak rapat sangat dulu tu seganlah nak tegur padahal nak je sembang dengan semua orang dan tanya perkembangan diri masing-masing. ;p




Kalau ada seorang makhluk yang aku tak malu nak tegur pun hanyalah Burn. Sebab tahap curiosity aku sangat tinggi mengapakah dia ada disini? Dan juga kerana diantara mereka berlima yang datang majlis tu, hanya Burn yang aku kenal.

Err.. tak, maksud aku hanya Burn classmate aku, Programming. Diorang yang lain budak Network, selain todak budak Cadd.



Alkisahnya.. Burn, Nuar dengan Todak duduk sebilik dulu. Oohhh... *angguk faham*



Tetiba kamera pun buat hal, flash terlebih. Tak bagi kerjasama betullah kamera ni. ;(



The groom and the bride in red. Sesuai sangat dengan tahun baru cina kenzz..




Dearest cia and todak, happy wedding day! (padahal dah lepas sehari) Semoga Allah panjangkan jodoh korang jauh ke syurga. Dan sebagai peminat Ana raffali, (walaupun aku tahu ramai yang tak minat dia) aku dedikasikan sebuah lagu dalam doa, atau doa dalam lagu ini untuk korang. 

Jauh ke syurga.






Dan, dan.. make a bunch of child! >__<

XoXo,

1 ulasan:

Razfira berkata...

comel makeup pengantin