Sabtu, 23 Mac 2013

Careless is my middle name.


Assalamualaikum.

Aku tak tau lah kalau aku memang cuai dalam segala perkara atau tidak tapi aku memang sangat pasti dan sedar bahawa aku sangat cuai apabila melibatkan kereta. Macam.. aku dengan kereta langsung tak ada tarikan kimia yang boleh membuatkan kami serasi.

Situasi 1. Baru je berlaku petang semalam.

Macam biasa petang-petang aku mesti pergi kelas menjahit tapi hari ni aku pergi dengan Oly sebab dia nak suruh aku temankan dia pergi beli barang kat cosway. Kebetulan masa aku dah nak pergi tu mak pun tengah siap-siap nak pergi kedai jugak, aku tanya mak nak tumpang tak, mak cakap tak nak sebab mak nak tumpang abah. Okey aku dengan Oly pun teruslah gerak, singgah Cosway bla..bla..bla.. 

Masa kat simpang dah nak sampai kelas, aku tetiba tertanya-tanya mak dah sampai ke belum? Hari hujan ni.

Aku : "Agak-agak mak dah sampai ke ha?" *cakap pada Oly sambil menoleh ke arah kedai abah, dengan kereta yang aku perlahankan.* tak tau pulak yang Oly pun tengah pandang arah yang sama untuk aku.

Sepatutnya aku kena tengok sekali imbas je tapi sebab hari hujan so aku tak nampak kedai abah dah buka ke belum, so aku tanpa sedar pergi perhati kat kedai tu sebab tak puas hati. Bila aku pandang depan tiba-tiba nampak ada myvi betul-betul depan kitorang. Terus aku tekan brek, myvi tu pun tekan break.

Statik. Kancil bertemu Myvi tapi masing-masing dok diam kat situ, Tak ada mana-mana pihak yang Hon atau jerit atau angkat tangan or whatsoever. Aku dah macam..

"Apa kite nak buat ni?"  aku expect Myvi tu berundur ke, terus ke tepi ke apa ke, tapi dia pun statik jugak. Disebabkan aku tengah terkejut so aku tak boleh nak fikir apa aku patut buat, nasib baik ada Oly.

"Undur dulu, undur dulu.." kata Oly. 

Elok aku tukar gear undur, Myvi tu pun berundur. Agaknya dia pun terkejut kot. Then dia jalan dulu, aku angkat tangan pada driver perempuan tu (nasib baik perempuan) sebab aku rasa aku yang salah, tapi dia buat muka seposen. I was like.. 

Huwaaa... ;(

Sampai kelas terus termenung. Masih terkejut. Tapi tak lama. 15 minit lepas tu terus buka buku nota buat pola baju kurung moden dan merayap ke kedai bila hujan dah renyai, mencari jajan dan makan dengan gembira. Hu hu hu


Situasi 2.

Masih dengan Oly. Masa tu aku ajak Oly teman aku pergi pasar malam sebab nak cari barang. Nama je pasar malam tapi kami pergi petang lepas habis kelas. Alang-alang dah keluar kelas awal, kak maria mintak tolong bagikan kain pada Qila, pekerja dia kat kedai dia lagi satu. Handbag aku letak kat seat belakang dengan phone sekali kat dalam tu, masa odw nak pergi kedai Qila, enset aku berbunyi. Aku suruh Oly tolong jawabkan, tapi Oly cari-cari tak jumpa, dah tu aku pun letak phone tempat lain suruh Oly cari tempat lain. 

Sampai depan kedai Qila, aku stop kereta dan cari phone dalam beg (Dalam kepala masa tu dah fikir mak yang tepon sebab tu kelam kabut nak angkat) rupanya kak maria nak ingatkan hantar kain pada Qila. Dia takut aku terlupa. Fine.

Then akulah yang kena keluar kereta sekarang? Okey apa aku nak buat tadi? Tarik handbreak? eh, tak payahlah. Terus aku lepaskan break dengan clutch, lepas tu melompat kereta ke depan dua kali *Note : kat depan tu ada tiang letrik sebatang* Aku dah macam.. 

O'ooo..,,  O__o

Oly yang tengah taip mesej terus panik. Cepat-cepat aku free gear, tarik handbreak. lepas tu.. gelak. Dua-dua gelak sakan dalam kereta mentertawakan kecuaian sendiri. Nasib baik 'anak kancil' ni tak hentam tiang letrik kat depan tu, kalau tak memang saja cari pasallah.

Haish.. terus nak salahkan handset yang berbunyi. Boleh camtu? amhp@&grff..

Situasi 3.

Masih lagi dengan Oly. Aku tak tau kenapa setiap kali ada insiden kecik berlaku, Oly mesti ada sekali. Time aku drive sengsorang, tak ada apa pun.. hu hu.

Macam biasa, nak pergi kelas. Dah parking kereta, dah free gear, dah tarik handbreak, dah matikan enjin, dah capai handset, dah siap-siap nak capai beg, tiba-tiba oly cakap kereta berjalan. Cepat-cepat tarik handbreak lagi sekali bagi ketat. Pun gelak sakan memikirkan kalau tak sedar langsung mau lepas tu kereta termasuk dalam longkang kecik kat depan ni. 

"Tulah Oly pelik, eh kenapa tong sampah tu makin lama nampak makin dekat, rupanya.. hahahah.." Kata Oly.


Ada satu lagi kecuaian yang aku memang selalu buat. Lupa turunkan handbreak! Boleh pulak bila dah terlupa tu, signal merah kat dashboard pun boleh tak perasan. Hem..Mariyatul Kaptiyah.. Mariyatul Kaptiyah.. *Suara kepit kak Maria*



Hik hik *senyum tersipu-sipu* malu. >__<

Tiada ulasan: