Khamis, 14 Mac 2013

Kenapa rajin memasak itu best?


Assalamualaikum, soalan cepumas untuk anda. 

KENAPA RAJIN MEMASAK ITU BEST?

Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di bawah ini. Terima kasih.


Baiklah, ini jawapan dari aku. >__<


Kenapa rajin memasak itu best sebab 'memakan' itu lagi best! Kalau buka blog ke, facebook ke lepas tu nampak orang dok cerita pasal kek Pavlova lah, Red Velvet lah, Durian crepe lah and all those food yang menggiurkan deria rasa mulalah hati tak tertahan nak rasa SEDAP SANGATKAH MAKANAN ITU?? 

Kalau duduk kat bandar, bolehlah segera menuju ke restoran yang dikenalpasti ada menjual makanan-makanan tersebut, habis kalau duduk kat kampung macam aku ni, nak terjah ke mana pula untuk mendapatkan makanan-makanan yang digembar-gemburkan-sangat-sedap itu? O__o

Haaa... kat situlah highlight kenapa rajin memasak itu best! Sebab bila rajin memasak, boleh makan macam-macam makanan yang kelihatan enak seperti yang dipaparkan di dunia maya itu. RAJIN dengan PANDAI adalah dua perkara yang berbeza, kalau pandai memasak tapi malas nak masak tak best jugak, tapi kalau tak pandai memasak tapi RAJIN masak, itu best!

Aku tak pernah sedar yang adik-adik aku mungkin akan teruja bila melihat aku duduk di dapur dan melakukan sesuatu selain membasuh pinggan, masak meggi atau goreng telur sebab hakikatnya aku masak sebab aku yang nak makan, aku masih belum sedar bila diorang tanya, "uda nak buat apa tu?" bagi aku itu cuma soalan biasa yang tak ada apa-apa makna, tapi sekarang aku dah faham kenapa orang yang pandai dan rajin masak itu memang wajar untuk disayangi lebih-lebih.

Hashtag : Tapi diorang tak sayang aku pun?

Adik kak Maria, Salmi which is sebaya aku dan satu sekolah dengan aku dulu (Tapi aku tak kenal dia masa kat sekolah dulu, agak memelikkan kerana dia boleh kenal aku tapi aku tak kenal dia dulu, huh?) adalah contoh gadis yang rajin memasak. lepas tu bila dia masak something kat rumah, adik Salmi iaitu Sarah pulak mesti akan datang kedai dan hantar makanan tu untuk kakak diorang ni, (kak maria) secara tak langsung aku dengan Oly yang merupakan pelajar-jurusan-jahitan di situ haruslah dipelawa untuk makan sekali. Tapi oleh kerana kami memang suka makan, aku dapat merasai bahawa betapa nikmatnya mempunyai seorang ahli keluarga yang rajin masak.

Okey, rasa macam nak ada seorang ahli keluarga macam Salmi so that bila aku teringin nak makan something aku boleh suruh dia tolong buatkan. hewhew, tapi malangnya aku cuma ada kakak yang masak ikut mood lepas tu bila mintak tolong dia masakkan sesuatu..



dia jawab..


Huh!?

Terus macam berharap Salmi ada kat rumah dia sekarang supaya dia boleh buatkan untuk aku. Muahaha.. Dasar mengambil kesempatan! ;p

Sebab tu walaupun aku tak pandai masak, terpaksa rajinkan diri mencuba resepi baru sebab aku tau kalau bukan aku sendiri yang buat alamatnya memang sampai ke entah bila baru aku dapat makan benda yang aku mau itu. 

Beli? Memang mudah, tapi aku ni jenis yang.. "RM70 untuk sebiji kek? Ala.. aku nak rasa je pun, bukan nak makan sampai kenyang."  Sekurang-kurangnya kalau buat lepas tu menjadi lain kali boleh buat lagi, dan lagi dan lagi sampai dah muak nak buat sendiri barulah beli bila ada apa-apa majlis cam hari jadi ke apa ke..

Lagipun, inilah masanya kita nak asah bakat memasak kan? Takkan nak tunggu dah nak kahwin baru nak google  resepi  segala bagai. Kan? Aku pun nak jugak jadi macam mak Hanis Zalikha, si aunty Nani Rostam tu, pandai segala serbi, (walaupun aku bukan follower setia dia tapi kekadang aku baca jugak blog dia)  


Bak kata Ikah,


Okey, terus berkobar-kobar semangat untuk menjadi seorang multitasker. ^__^

Kekadang aku harap mak aku sendiri jadi macam Aunty Nani Rostam tu tapi sebab mak tak pandai fesbuk, blogging apatah lagi, google? Pun tak.. dah tu macammana dia nak cari resepi-resepi dessert semua ni, maka aku harus terima hakikat yang mak tak bising-bising bila aku tak tolong masak kat dapur pun dah patut kena bersyukur sebab Oly dengan kak Maria konfem dah kena bebel dengan mak diorang kalau tak tolong masak. Makanya, kalau mak dah masakkan masakan kampung untuk kami, biarlah aku pula yang masakkan makanan barat untuk mak. >__<


Kalau ikah cakap kat mak nak makan laksa, petangnya atau esoknya terus ada laksa atas meja. cuba kalau aku cakap nak makan pavlova, konfem mak tanya aku balik, pavlova tu apa??



Pavlova tu sejenis manisan yang bahan utamanya ialah putih telur dan suka meragam juga sangat cerewet. DItambah lagi dengan whipping cream yang kadang-kadang ude tersilap pukul laju-laju lepas tu dia tak jadi kembang, tapi pecah dan tak boleh digunakan. Tapi sebab ude tak nak membazir, ude letak je kat atas pavlova yang tak menjadi tu untuk dimakan oleh kita semua. 



Eh, pavlova-tak-jadi dah habis? Makan sampai licin huh? 

2 ulasan:

Razfira berkata...

so kesimpulannya kena la rajin memasak kan? hehe

Rosiela Roslan berkata...

betul... aku pon kena rajin2 masak jugak... tapi jenis aku.. aku suke buat kek,coklat puding2 all about pencuci mulut aku suke.. tapi klu bab lauk pauk... fuhhh~ xbape minat la...

eh nok aku ada bukak page coklat nnt follow tau klu boleh tolong promote yer... ezzahrosiela.blogspot.com