Jumaat, 8 Mac 2013

miss MPH so badly


Aku tak tau sejak bila 'melawat' kedai buku itu dah jadi suatu perkara yang wajib aku lakukan tapi aku baru sedar yang sekarang aku dah rindu kedai buku MPH so badly. Kenapa MPH? Kenapa bukan Popular atau Konikuya atau kedai buku lain?

Entah. Mungkin sebab antara MPH dengan Popular, bagi aku MPH lagi best dan menenangkan. Antara MPH dengan Konikuya (betulkan Konikuya namanya? Aku agak keliru disitu) MPH lagi dekat dan boleh dicari dimana-mana, sebab yang aku tau Konikuya ada kat KLCC je, kat tempat lain aku tak tau. 

Aku sedar yang aku terlalu sibuk dengan kerja menjahit sampaikan masa menulis aku jadi tak konsisten. Juga aku akui yang kalau aku tak sibuk menjahit pun belum tentu aku akan menulis dengan konsisten. Tak kisahlah apa pun alasannya, aku cuma rasa yang aku dah penat. Penat dan runsing selagi manuskrip Iman Harraz tak siap. Penat sebab aku stuck dengan yang itu sampaikan aku tak boleh mulakan dengan cerita yang baru. Runsing sebab PBKL dah dekat tapi aku mungkin akan pergi ke sana lagi dengan status yang sama. READER dan bukan WRITER. 

Tapi aku sedar satu hal, kalau aku dah mula rasa rindu pada bookstore tu maksudnya aku dah mula alami simptom-simptom writer's block. Mungkin belum sampai ke tahap yang kronik sampai aku tak boleh nak menulis langsung, cuma aku dah mula hilang mood dan hilang tumpuan. 

Aku dah bukak dah ms Iman Harraz, tapi aku tulis sikit lepas tu merayau ke facebook, ke blog, ke twitter, ke youtube dan sebagainya sebab aku tak boleh fokus. 

Duduk dalam kedai buku, menyelak helaian demi helaian kertas, membaca satu demi satu tajuk, beralih dari satu rak ke satu rak yang lain, macam satu terapi buat aku. Entahlah.. it's just something yang best untuk dilakukan. Tapi aku tak boleh nak buat sebab MPH yang paling dekat yang aku tau cuma ada kat Ipoh. Yes Ipoh! Kau tau dah berapa lama aku tak pergi Ipoh eventhough Ipoh dengan Sungkai baru berapa jam je??

Yes! Aku anak dara yang suka terperap kat rumah dah tu tak pandai nak keluar jauh-jauh kalau tak ada member yang bawak, padahal boleh je kalau nak bawak kereta pergi sendiri. 

And yes, Aku tak berani keluar jauh-jauh seorang diri. Sekian.



p/s : Habis tu dulu naik bas sorang-sorang ulang alik dari Banting ke Sungkai boleh pulak sorang-sorang? wkwkwk. ;p

Tiada ulasan: