Sabtu, 27 April 2013

Peplum and the awesome feedback!

Assalamualaikum

Aku rasa mesti ada sesetengah orang yang jadi kawan aku kat facebook yang perasan aku selalu post link Peplum dengan komen-komen terbaik dari penulisan2u akan rasa menyampah tahap gila babeng 'apehal minah ni, nak promote cerita pun tak payahlah macam nak menunjuk sangat' or whatsoever reaction or.. whatever.

Tapi sebab aku teruja dan tak sangka yang cerpen Peplum yang pernah jadi bahan ketawa orang lain tu boleh dapat feedback yang sangat awesome dari readers yang tinggalkan komen kat penulisan2u. Kau faham tak maksud aku kat situ? Pernah jadi bahan GELAK, dapat AWESOME feedback?

Yes. Unexpected.

Beberapa hari sebelum aku post Peplum kat blog, kat Ilham, dan kat penulisan2u, aku selalu ingatkan diri aku, let's the readers decide cerita ni bagus atau tak. Kelakar atau tidak, dengan semangat yang hampir-hampir terbang melayang sebab aku dah rasa macam.. teruk sangat ke cerita aku kali ni? Kelakar sangat ke?    Nah, sekarang ini jawapan dari readers yang sangat awesome sebab sudi baca dan tinggalkan pendapat diorang.

Okey, yang baca dan tak tinggalkan pendapat pun, awesome jugak.. -__O


Sebahagian daripada 35 ulasan, yang terbaik setakat ini.














Segala ilham yang mendatangkan manfaat kepada kamu sebagai readers, itu datangnya daripada Allah untuk aku kongsikan dengan orang lain. Kalau korang suka dengan cerita-cerita tulisan aku, feel free untuk kongsikan dengan orang lain dan doakan agar aku sentiasa menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain dan untuk diri aku sendiri.

Terima kasih. ;)



Rabu, 17 April 2013

Kematangan dalam penulisan.




                Aku teringat yang seorang guru dalam bidang penulisan ni pernah cakap yang maksud ayat dia lebih kurang macam inlah..”kematangan dalam penulisan tak boleh dicapai sekelip mata. Bukan pada karya pertama, mungkin juga tidak pada karya kedua. Ia bergantung pada indivdu dan mungkin makan tahun.” Sama macam popularity tak datang pada setiap orang tu dengan sekelip mata. Mungkin ambil masa bertahun untuk seseorang penulis itu dikenali.

                Dan sekarang.. nah, aku dah faham maksud dia. Siapa yang follow cerita aku dari dulu sampai sekarang? (Okey, tahu tak ada siapa nak mengaku. Entah-entah langsung tak ada) Secara peribadi aku dapat nilai kematangan aku dalam penulisan CERPEN. Tak boleh nak cakap pasal novel sebab sebiji novel pun belum siap lagi.

Dulu.

-          Tulis cerita cinta yang cliche.

Lelaki + Perempuan (both stranger) terjumpa. Salah seorang dari gender itu akan TERTARIK kepada yang seorang lagi. (Konflik) Misi untuk dapatkan her/him. (Endng) Yeay! Berjaya. Mungkin got married atau got couple.

And the readers happly ever after reading the ending.. [# Cinta Bas Mogah]


Bila dah bosan dengan jalan cerita yang sama ubah sikit jadi..

-          Blind date.

Lelaki  +  Perempuan (both stranger) dipertemukan oleh seseorang dengan tujuan tertentu. (Konflik) selesaikan misi kenapa-mereka-dipertemukan. (Ending) Mission accomplish! And both of them attracted to each other.

And the readers puas hati sebab misi itu Berjaya dilaksanakan. Dan the writer pulak puas hati sebab Berjaya balas dendam pada orang-orang yang sangat annoying di alam reality dengan menjadikan watak mereka sebagai watak yang dibenci oleh pembaca.

Beware with writers yo!  [#Temujanji Pertama]


Bila rasa macam tak ada tempat mengadu dan rasa perkara tu macam tak berbaloi untuk diceritakan, aku mula tulis cerita dengan niat,

-          Meluahkan perasaan

Lelaki + Perempuan (Stangers/non-Strangers) bertemu dalam satu situasi yang membolehkan ianya dikaitkan dengan situasi sebenar penulis. (Konflik) Perkara sebenar yang si penulis sedang alami. (Ending) Penulis Berjaya meluahkan perasaan dan konflik itu selesai di-alam-maya-ciptaannya.

Apa yang penting readers mesti kena puas hati membaca sehingga ke hujung cerita walaupun si penulisnya masih belum jumpa jalan penyelesaian untuk konflik dalam hidup dia tu.  [#Cupcakes]


Bila dah matang sikit, tulis cerita berdasarkan naluri dan bukannya perah idea dan cari jalan cerita.

Naluri
.
Tiba-tiba dapat naluri tentang sesuatu macam tiba-tiba terbayangkan camera canon + sungai + kampong halaman etc lalu terus tulis tanpa mempedulikan jalan cerita yang lengkap. Penyudahnya jalan cerita entah apa-apa. Readers baca pun menyampah je rasa. [#Bunga Lalang]


Sekarang.

Aku rasa yang aku mula sedar matlamat aku dalam penulisan sejak aku tulis BUKU BURUK.  Sejak readers bagi komen yang membina dan diorang cakap diorang dapat sesuatu daripada cerita itu. Sejak itulah aku rasa satu kepuasan yang luar bicara. Rasa macam kerdil, rasa macam.. “Alah, bukannya aku punya idea tu pun, Allah yang bagi.” Bila baca statement tu rasa macam menyampah tahap poyo gila baban je aku ni kan, tapi serius itulah yang aku rasa setiap kali aku baca komen-komen buku buruk.

Macam.. speechless! Cuma boleh sebut Alhamdulillah je.

Tak macam masa aku baca komen TEMUJANJI PERTAMA. Ya masa tu aku rasa bangga, rasa nak tersenyum je sepanjang hari, rasa macam aku ni hebat sangatlah boleh tulis cerita macam tu tambah-tambah lagi certa tu aku tulis based on kisah aku sendiri kan, lagilah aku rasa.. WAH HEBATNYA AKU!


Tapi sekarang sebelum tulis apa-apa cerita, mesti akan pentingkan perkara-perkara ini dulu

-          Motif?
Kenapa cerita ini ditulis? Apa moral value yang ada di dalamnya?

-          Berjiwa pembaca
     Aku nak tulis sesuatu yang orang boleh faham, yang orang selalu alami/boleh alami, yang orang boleh mesra dengan watak-watak tu. Yang bila diorang baca, diorang akan rasa macam dioranglah watak dalam cerita tu.

-          Nama ringkas.
     Aku tau kebanyakan penulis guna nama yang sedap-sedap sebab  nama adalah perencah cerita, tapi aku cuba guna nama-nama yang I’ll just pick anyone name asalkan nama tu sesuai dengan peribadi watak. Nama yang orang mudah ingat (aku tak taulah kalau diorang tetap susah nak ingat) yang bila diorang nak tinggalkan komen, diorang tak perlu scroll balik ke atas sebab nak pastikan ejaan nama tu betul ke tidak. ;)

-          Endng bersesuaian

Kalau dulu ending mesti nak buat watak-watak tu kahwin atau couple sebab kalau tak buat macam tu, nanti readers cakap cerita tergantung, dah tu aku pun mulalah susah hati sebab readers tak puas hati. Tapi sekarang aku dah faham formula ‘I am the writer and you’re the readers. You must read what I’ve write’ Okey, itu ayat kasar, nanti semua readers benci aku dah diorang tak nak baca cerita aku dah. Tsk..tsk.. Ayat yang lebih sopan lagi santun bak kata seorang senior ‘kita tak tulis apa yang orang suka baca tapi kita boleh cuba buat diorang suka dengan apa yang kita tulis’

Jadi kesimpulannya, in reality, strangers yang baru berjumpa beberapa minggu takkan boleh terus couple atau kahwin dengan mudah, kan? Dalam (cerpen) Peplum contohnya, takkanlah Izham dengan Delisya yang baru berjumpa beberapa kali tu pada akhir cerita boleh terus kahwin, tak logik ye dak?

Aku mungkin akan alami tahap kematangan yang lebih lagi apabila usia aku semakin meningkat nanti, itupun kalau aku masih menulis. Proses kematangan dalam penulisan takkan berlaku kalau kamu tak mula menulis sekarang!


#Semua '#contoh' cerpen yang aku cerita kat atas ada dalam salah satu setiap buku ini. Orang panggil apa? ZIne? Nah, ni Zine aku.


Zine 1 : Cerita Cinta miaKaftiya -- For more info, HERE



Zine 2 : Kisah Hati - Antologi cerpen miaKaftiya --for more info, HERE


Note : Harga mungkin berubah mengikut kos penerbitan. Untuk lebih info, kindly email me at : miakaftiya@gmail.com

Thank you. >__<

Ahad, 14 April 2013

Peplum : behind the story




Cerpen ketiga untuk tahun ini. -- baca

Idea untuk tulis Peplum dah ada lama, lepas aku siapkan  cerpen : gula-gula kapas lagi tapi biasalah aku, lepas siapkan satu-satu cerita aku mesti nak rehat lama-lama sebab rasa macam dah lega sekurang-kurangnya aku dah publish dua cerita sebelum ni.

Okey, disebalik Peplum ni lebih kurang macam kisah benar aku sendiri yang tak ada keyakinan diri dalam kebanyakan perkara termasuk nak pakai Peplum padahal dah beli sehelai tapi masih tergantung dalam almari belum berpakai. (Aku akan pakai jugak, tapi nanti.) 

A part yang paling kelakar sekali, bila kak maria cakap, 

"Kelakar akak baca kau punya sinopsis yang kau post kat facebook tu. Peplum pun boleh jadi isu. Lucu rasa.." 

Haha, sebab sebelum ni aku dah pernah tulis cerita guna tajuk Pavlova dengan Gula-gula Kapas, sekarang Peplum pulak. Mungkin bagi dia benda tu macam.. Peplum? Jadi tajuk cerpen? Macam pelik je kan, tapi bagi aku itu identiti aku.

Mudah kan, bila pakai Peplum orang akan ingat miaKaftiya dengan kisah si Delisya yang tak ada keyakinan nak pakai peplum sama macam dia tak ada keyakinan nak luahkan perasaan suka dia pada Akhbar, dan pendam perasaan tu selama 11 tahun.

Semudah aku merangka jalan cerita dan motif cerita tu ditulis.

Semudah orang untuk mengingat dan mengaitkan cerita-cerita yang aku tulis dengan kehidupan orang-orang yang membaca.

Semudah aku berkongsi apa yang aku alami dan apa yang aku rasa.

Till then, kalau rasa nak baca, Nah, 

Baca di Ilham.Karangkraf -- Peplum
Atau di blog ceritaMia -- Peplum


Kalau rasa sudi lagi, droplah sepatah dua kata pendapat korang tentang cerita ni kat ruangan komen yang disediakan tu. >__<