Sabtu, 27 April 2013

Peplum and the awesome feedback!

Assalamualaikum

Aku rasa mesti ada sesetengah orang yang jadi kawan aku kat facebook yang perasan aku selalu post link Peplum dengan komen-komen terbaik dari penulisan2u akan rasa menyampah tahap gila babeng 'apehal minah ni, nak promote cerita pun tak payahlah macam nak menunjuk sangat' or whatsoever reaction or.. whatever.

Tapi sebab aku teruja dan tak sangka yang cerpen Peplum yang pernah jadi bahan ketawa orang lain tu boleh dapat feedback yang sangat awesome dari readers yang tinggalkan komen kat penulisan2u. Kau faham tak maksud aku kat situ? Pernah jadi bahan GELAK, dapat AWESOME feedback?

Yes. Unexpected.

Beberapa hari sebelum aku post Peplum kat blog, kat Ilham, dan kat penulisan2u, aku selalu ingatkan diri aku, let's the readers decide cerita ni bagus atau tak. Kelakar atau tidak, dengan semangat yang hampir-hampir terbang melayang sebab aku dah rasa macam.. teruk sangat ke cerita aku kali ni? Kelakar sangat ke?    Nah, sekarang ini jawapan dari readers yang sangat awesome sebab sudi baca dan tinggalkan pendapat diorang.

Okey, yang baca dan tak tinggalkan pendapat pun, awesome jugak.. -__O


Sebahagian daripada 35 ulasan, yang terbaik setakat ini.














Segala ilham yang mendatangkan manfaat kepada kamu sebagai readers, itu datangnya daripada Allah untuk aku kongsikan dengan orang lain. Kalau korang suka dengan cerita-cerita tulisan aku, feel free untuk kongsikan dengan orang lain dan doakan agar aku sentiasa menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain dan untuk diri aku sendiri.

Terima kasih. ;)



1 ulasan:

Razfira berkata...

ramai orang suka nampaknya.. Alhamdulllah.. teruskan perjuangan!