Ahad, 14 April 2013

Peplum : behind the story




Cerpen ketiga untuk tahun ini. -- baca

Idea untuk tulis Peplum dah ada lama, lepas aku siapkan  cerpen : gula-gula kapas lagi tapi biasalah aku, lepas siapkan satu-satu cerita aku mesti nak rehat lama-lama sebab rasa macam dah lega sekurang-kurangnya aku dah publish dua cerita sebelum ni.

Okey, disebalik Peplum ni lebih kurang macam kisah benar aku sendiri yang tak ada keyakinan diri dalam kebanyakan perkara termasuk nak pakai Peplum padahal dah beli sehelai tapi masih tergantung dalam almari belum berpakai. (Aku akan pakai jugak, tapi nanti.) 

A part yang paling kelakar sekali, bila kak maria cakap, 

"Kelakar akak baca kau punya sinopsis yang kau post kat facebook tu. Peplum pun boleh jadi isu. Lucu rasa.." 

Haha, sebab sebelum ni aku dah pernah tulis cerita guna tajuk Pavlova dengan Gula-gula Kapas, sekarang Peplum pulak. Mungkin bagi dia benda tu macam.. Peplum? Jadi tajuk cerpen? Macam pelik je kan, tapi bagi aku itu identiti aku.

Mudah kan, bila pakai Peplum orang akan ingat miaKaftiya dengan kisah si Delisya yang tak ada keyakinan nak pakai peplum sama macam dia tak ada keyakinan nak luahkan perasaan suka dia pada Akhbar, dan pendam perasaan tu selama 11 tahun.

Semudah aku merangka jalan cerita dan motif cerita tu ditulis.

Semudah orang untuk mengingat dan mengaitkan cerita-cerita yang aku tulis dengan kehidupan orang-orang yang membaca.

Semudah aku berkongsi apa yang aku alami dan apa yang aku rasa.

Till then, kalau rasa nak baca, Nah, 

Baca di Ilham.Karangkraf -- Peplum
Atau di blog ceritaMia -- Peplum


Kalau rasa sudi lagi, droplah sepatah dua kata pendapat korang tentang cerita ni kat ruangan komen yang disediakan tu. >__<


1 ulasan:

Haruno Hana 하나 berkata...

makin femes peplum ni.. tapi tak pernah beli lagi.. hehe :)