Jumaat, 3 Mei 2013

Pesta Buku-13


Assalamualaikum. 

Oleh kerana aku adalah pencinta buku walaupun sekarang aku dah kurang baca buku sebab asyik-asyik habiskan masa ngadap fesbuk je, tapi aku tetap seorang pencinta buku yang juga cintakan sesuatu yang berkaitan dengan buku dan salah satunya adalah PESTA BUKU.

And ya, Pesta Buku Antarabangsa yang terbesar di Asia Tenggara adalah salah satu pesta WAJIB hadir dalam kamus hidup aku. Oleh sebab itu, dari hari pertama pesta buku itu berlangsung iaiutu pada 27hb April 2013, aku dah tak senang duduk dah sebab hati, fikiran, roh aku dah ada kat sana. Cuma jasad aku je yang masih berada di sini dan menyiapkan tempahan-tempahan manik sambil mulut mengadu pada kak Maria (the one who gave me the beading jobs) "KITE NAK PERGI PESTA BUKU, tapi tak ada orang nak temankan!"
"KITE NAK PERGI PESTA BUKU tapi tak tahu nak pergi hari apa.."
"KITE NAK PERGI PESTA BUKU tapi payment tak dapat lagi."
"Kite rasa macam semua orang boikot tak nak pick up phone." *sebab aku call dengan tujuan nak ajak pergi PESTA BUKU*
"Kenapalah rasa macam susah sangat nak PERGI PESTA BUKU ni, rasa macam Allah tak izinkan je."

bla.. bla.. bla..

At last bila aku dah buntu tak tahu nak ajak siapa, aku chat dengan adik aku ika kat fesbuk...

"Cer bagi idea aku nak pergi PESTA BUKU dengan sape? Takde membe ni.." - aku

"Bile nye?" - ika

"Start ari sabtu sampa 5hb."

"Owhh.. aku blek nanti. 1hb."


Fine. Penamat segala kerunsingan! Lepas tu cepat-cepat suruh budak ni pergi beli tiket dan make sure yang dia balik before 1hb. Atau pendek kata, sebelum PESTA BUKU berakhir.

Nampak tak, siapa kata Allah tak izinkan, Allah cuma suruh tunggu sebab... dia nak permudahkan urusan untuk kami pergi nanti. ;-) By plan, haruslah pergi naik bas kan, tapi sehari sebelum tu, Munirah (Sepupu) call dan bagitau yang dia dengan Iwan, (Abangnya) pun nak pergi jugak esoknya (Rabu) so maksudnya kat situ, dah tak payah nak bas, boleh naik kereta je dengan diorang.

Nampak tak? Nampak tak? Tak baik tau buruk sangka dengan Allah.. (Pesan pada diri sendiri) >__o


Baru sampai, terus nampak Hilal Asyraf kat pentas utama. Terus duduk sebab nak tengok diorang buat pelancaran buku, tapi 30 minit lepas tu terus bangun dan berjalan-jalan sebab.. sebab.. agak bosan.

Kami sampa pukul 9.30 pagi. Serius rasa macam mimpi, sekelip mata je dah sampai sini selepas semua yang aku lalui sebelum ni? *Kedip mata banyak kali*



Hall karangkraf adalah tempat yang paling best nak membeli sebab ianya sangat luas, selesa dan bila penat boleh duduk kat mana-mana lantai yang kau suka. Satu kenikmatan yang tiada tolok bandingnya! Promote lebih-lebih sebab bercita-cita nak terbitkan novel under Buku Prima. Ho ho ho ; p




Setahun yang lepas, aku tak pedulikan kak Liza Nur ni sebab aku dah nampak kak Nurul Syahida dengan Zara Amani. Aku siap mintak tolong kak Liza untuk ambilkan gambar aku dengan kak Syai lagi uols. Tapi tahun ni memandangkan aku datang pada hari yang kak Shai tak ada, jadi aku baru sedar diri yang aku tak patut buat macam tu pada kak Liza setahun yang lepas sebab tahun ni dia jugak yang wakilkan 'sign' pada novel 3 hati on behalf of Nurul Syahida dan Zara Amani 



Hu hu hu..  >__<

Statistik pengunjung pada hari Rabu 1hb Mei tu katanya hampir setengah juta orang, patutlah aku rasa macam betul-betul berada dalam lautan manusia. Tahun lepas memang ramai bersesak-sesak tapi seingat aku tak adalah sampai nak naik jejantas nak pergi ke mall kat depan pwtc tu pun sampai kena beratur macam semut?. Rasa macam kagum giler rakyat malaysia pergi pesta buku kot? 


Lebih kagum lagi bila secara tak sengaja terjumpa Prof. Muhaya! O M G.. i adore her u know. hewhew.




Lepas tu terserempak dengan mak ngah Ida, dengan Auni Raudhah yang tengah lena tidur dalam kereta roda  tuh. Rileks je budak pipi macam apam tu tido di tengah-tengah kesesakan manusia sekelilingnya tu kan. ;p



Dari tahun lepas, aku tak pernah jumpa penulis Kaki Novel sebab diorang punya booth susah untuk dijumpai. Bila dah jumpa pun staf kat situ cakap penulis kat ruang legar, lepas tu kena cari pulak ruang legar tu kat mana, tapi sebab aku tau Ayumi Syafiqah memang ada hari tu, maka aku gagahkan juga diri bertanya pada gadis-penunjuk-arah ruang legar kat mana, lepas tu cari jugak booth KN, dan akhirnya..

"Kak mia?" tanya Ayu.

OMG Ayuuuu... akhirnya kita ketemu jua. Nasib baik la hari tu datang naik kereta, boleh la jugak berlegar-legar sampai ke petang, kalau naik Tren, memang dah sah-sah tak dapat nak cari booth KN, (macam tahun lepas)


Status Hati Milik Dia - novel kedua Ayumi Syafiqah.



Masuk balik hall Karangkraf, cari buku manik lalu terduduk kepenatan di situ dengan betis yang kekejangan. Tau penat.. tapi selagi matlamat belum tercapai sanggup lupakan kaki yang kesakitan. Bila dah dapat apa yang dimahu baru tau nak duduk kennz.. ;p





Masa aku pergi hari tu, tak ramai penulis yang aku kenal ada, so aku tak berani nak pergi kat sorang-sorang penulis dan ambil gambar sebab aku tak kenal diorang, jadi segan.. hewhew. Lepas tu dah rasa tak puas hati sebab tak dapat jumpa semua yang aku nak jumpa.. tsk.. tsk.. Bagi aku pesta buku macam hari raya tiap-tiap tahun yang sekali dalam setahun je aku boleh jumpa diorang yang selama ni selalu contact kat facebook atau melalui diorang punya novel. Yang selama ni tak pernah kenal, tak pernah jumpa, walaupun bila jumpa hai-hai, laga-laga pipi ambil gambar sembang dua tiga patah kata kemudian bye-bye pun, tetap buat aku rasa perhubungan itu terjalin. So tahun depan bila jumpa dah cam dah. oh, itu kak shai, Oh, itu Ayumi.. oh, itu kak Liza, itu Nir, itu sekian sekian.

Kalau ditakdirkan terserempak kat mana-mana tepi jalan pun dah tau, eh, eh.. itu 'sekian sekian' lah.. kan dah terjalin silaturrahim tuh? Kan?

Esok, last day pesta buku. Meronta-ronta hati aku rasa macam nak pergi lagi sebab ada kak Shai, kak Maria Kajiwa, Kak Suri (Yang dari tahun lepas tak dapat jumpa) dan lain-lain yang belum dapat dikenalpasti. Tapi nampaknya macam tak ada rezeki je nak pergi lagi. Tsk.. tsk..


Tapi tak apa, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita kan? 



*Senyum pasrah* 

Kini akuuu.. pasraaahhhh.. dengan segalanya.. *nyanyi*


1 ulasan:

Haruno Hana 하나 berkata...

bestnya dapat pergi sana! hehe.. tahun ni Hana tak dapat pergi :) btw, dah baca Status Hati tu ^^ best!