Rabu, 26 Jun 2013

Amatuer tailor



Assalamualaikum



You know, the best way to learn is by WORKING WHILE LEARNING.

Aku belajar menjahit dah berbulan-bulan dah, tolak kelas cuti-aku sendiri cuti bila job beading masuk-malas-tension bila asyik kena tetas benang sebab salah jahit-lapar-sembang-dan sebagainya. Tapi aku rasa macam aku masih belum mahir menjahit hatta sepasang baju kurung pun. Jadi bila kak maria offer untuk tolong dia menjahit sepanjang ramadhan ni, aku fikir itu adalah cara yang terbaik untuk aku improve ilmu menjahit aku. 

And ya, kak maria cakap sehari aku kena target siapkan sehelai kain dan aku KENA pakai mesin elektrik (sebelum ni aku pakai mesin manual yang kena kayuh kaki tu je) walaupun takut nak pakai mesin elektrik sebab dia laju dan tak yakin untuk siapkan sehelai kain dalam masa sehari, tapi.. itulah cara pembelajaran sambil bekerja kan?

Aku sahut cabaran itu dan WAH SERONOKNYA SEHARI DAH BOLEH SIAP HAMPIR SEPARUH KAIN!! Nampak tak? Nampak tak tahap keterujaan aku tu? Kalau dulu, sehelai kain pun ambil masa bermnggu-minggu tauuu.. ;p

Masa aku dengan Norli tengah sibuk menjahit, kak su (kakak Norli) datang singgah sebab nak ajak Oly balik (since dah pukul enam petang) dia cakap apa tau?  

"Kalaulah masa belajar korang buat macam ni, konfem happy kak maria tengok." 
"Belajar?" aku tanya
"Yelah, masa belajar dulu kejap-kejap keluarlah, apalah. Sekarang ni tekun je menjahit."
"Anggap jelah kami ni mata duitan.. haha." balas Oly.



Tak. Kite bukan mata duitan. Kalau Oly tak taulah.. hahaha ;p

Tiada ulasan: