Selasa, 11 Jun 2013

Sunway Lagoon huh?

Assalamualaikum.

You know, me Mariyatul Kaftiyah yang penakut, yang blur, yang pemalu dan pendiam lagi ayu dan baik-la-sangat ni sangat tak suka aktiviti lasak. Juga sangat penakut dengan laut dan hutan, juga kegelapan. Lebih-lebih dengan hidupan liar. And yes, dalam SENARAI WISHLIST yang aku tulis dalam buku nota untuk tatapan aku hanya tersenarai perkara-perkara seperti ;

1. Novel TMIH
2. Daki Bukit Broga
3. Buka Manik-manik cinta
4. Pergi galeri lukisan
5. Jakarta
6. Langkawi
7. Beli barang kemas
8. Makan burger bakar abang burn.

Setakat ini itu jelah wish aku, belum ditambah entah apa pulak impian aku akan datang. Tapiii.. selain daki-bukit-broga aku tak pernah terfikir nak buat benda-benda extreme lain macam Bungee jumping ke, scuba ke, daki gunung everest ke apa-apa jelah termasuk pergi waterpark.

And yes, Water park tak pernah termasuk dalam ingatan atau impian untuk aku kunjungi sehinggalah satu hari kak Maria-the tailor (Sebab ramai sangat nama Maria dalam hidup aku, aku mesti nak letak tag kat situ, hewhew) mesej aku dan cakap, "Nak pergi sunway tak?" and i was like.. Sunway? *terus terbayang ice skating. Oh, kena masukkan dalam wishlist sebab dah lama teringin nak main benda tu*

By then aku menolak pelawaan dia sebab rasa segan la kena pergi dengan family dia, then the offer berpindah kepada orang lain. Beberapa hari lepas tu kak Maria offer lagi, so masa tu aku terus fikir,

First chance is opportunity, second chance is Rezeki. 

Jadi adakah patut aku membiarkan peluang kedua itu terlepas begitu saja? Sudah tentulah tidak! Jadi aku menerima pelawaan itu tanpa rasa ragu. Lagipun bila lagi nak merasa masuk Sunway Lagoon, ye dak? 

So ya, si budak penakut ini akhirnya sampai di Sunway Lagoon and like seriously, kau dah masuk kat situ free-free takkan kau tak nak main permainan yang ada tu sampai puas kan? Yaaa.. walaupun sebenarnya aku tak teringin pun nak main. -__- *muka pasrah

Dalam banyak-banyak permainan tu aku cuma larat main tiga permainan je, yang paling tak boleh blah, aku main VUVUZELA-the-world's-largerst-vortex-water-ride kot? WORLD. LARGEST. Kau nampak tak, si penakut ni main permainan air terbesar yang dah rasa macam duduk dalam tu like no end.




Okey, ini permainan kedua yang aku main lepas yang pertama aku main yang badan corak ular tu. Jadi walaupun aku sebenarnya takut sangat nak naik benda ni tapi sebab dah sampai kat situ, bila kak Maria, Sarah dengan Salmi nak sangat main, takkan aku nak duduk kat bawah main kat kolam mandi dengan Yaya dan Iman kot? Tapi sebab aku masih lagi takut tapi buat-buat berani, sambil panjat tangga nak tunggu giliran tu macam-macam kata positif yang aku cakap dalam hati macam..

Come on Mariyatul Kaftiyah, anggap jelah ini sebahagian daripada bahan untuk manuskrip ke, cerpen ke.
Alah, azab Allah lebih teruk daripada main benda ni.
It was nothing, masa ni lah kau nak cuba buat semua benda pun..
bla.. bla.. bla..


So bila dah sampai turn, aku boleh la rileks lagi, tapi baru je pelampug tu berjalan tak sampai tiga minit aku dengan Sarah dah menjerit tak hengat dunia. Kak Maria dengan Salmi rileks je. Hadoi.. sumpah aku rasa menyesal sebab naik benda ni. Tau apa rasanya? Rasa macam jantung nak terkeluar dari badan, lepas tu badan terhentak-hentak sebab pelampung tu meluncur macam laju sangat. Bila aku buka mata aku nampak Salmi lepas tu aku menjerit, aku tutup mata balik. Buka lagi mata nampak Salmi lagi, menjerit lagi sampai aku dah tak larat, then aku pejam mata dan diam sambil beristigfar HAHAHAHA.. masa tu aku cuma rasa badan aku melayang-layang dan terhentak-hentak dengan suara Sarah yang tak renti menjerit. 


HOI SUMPAH KITE DAH TAK LARAT!



part yang kitorang keluar dari lubang tu memang SEMUA menjerit sebab lubang tu curam sangat. Seram dowh..


Bila dah habis main tu rasa macam phew.. LEGA. Bila mak ayah kak Maria tanya aku macammana main? Seronok? Jawapan aku, Penat. Setiap kali aku habis main satu permainan, diorang tanya "Macammana?", jawapan aku mesti PENAT, LETIH. Rasa macam hoi tak ada jawapan yang lagi sedap telinga mendengar ke yang kau nak bagi pada orang yang dah bagi kau tiket percuma tu??

Tapi nak buat macammana.. dah memang betul kite penat menjerit.


Sekarang baru aku faham kenapa orang menjerit setiap kali main permainan ni sebab aku sendiri pun menjerit tak hengat dunia!. Bukan sesaja nak menjerit ok, tapi spontaneous kau akan terjerit sendiri. ;o


 Sampai bila diorang nak main lagi Vuvuzela tu untuk kali kedua, sungguh-sungguh aku menolak. Aku dah tak larat nak menjerit. Last time, masuk rumah hantu pun aku dah malas nak layan sangat. Sarah sorang je feeling menjerit. Bila Zombie tu nak datang dekat, aku lari tarik tangan orang ni, tarik tangan orang tu, lepas tu pandang lantai sebab tak nak terkejut tengok benda bukan-bukan. HAHA.


Bila tengok Zombie tu kat luar, tak ada la rasa seram ke apa, tapi bila kau dah masuk kat dalam tu, benda tak seram pun boleh jadi seram. 20 minit pulak tu masa kat dalam tu, lagilah aku rasa aku perlu simpan suara agar tidak terkeluar lagi. Hoho


Tapi sayang, tak ada ambil gambar sebab enset beg duit sume tinggalkan kat dalam kereta. Huhu. Tapi apepun, thank you mak cik kak Chik (wah, kak chik sangat.. >__<) pak cik and kak Maria sebab ajak dan bawak kite pergi the most extreme waterpark ever tu *dalam hidup aku la* . Mostly, Alhamdulillah for the oppurtunity that You gave me Allah. ^__^

Tak sangka si budak penakut ni dah buat satu lagi perkara extreme dalam hidupnya selepas jungle trekking berbelas tahun yang lepas. >__<



"Masa main vuvuzela tu, akak tengok ko, tengok Sarah. Yang Sarah, jerit gini-gini, yang ko mula-mula ko jerit, lepas tu ko diam, muka ko pucat tapi ko macam tengah bertakafur.." kak Maria

HAHAHAHA.. *gelak sampai menangis.*

 (Aku baca Astagfirullah, untuk tenangkan diri. Cubalah! Berkesan untuk alihkan perhatian daripada menjerit sampai ke penghujung permainan,  konfem anak tekak kau sakit tak terperi) 

1 ulasan:

Cik Eka berkata...

Kita rasa kan. Sejak kita dah kerja ni,kita rasa makin berani. Kita dah berjaya mencabar diri. Dulu takut. Skang ni brani. Brani berkayak,naik viper tube boat,pastu brani g camping dlm utan. Dr sblum ni nanhadoo.
Tapi tringin gak naik bnda ni. Hahaha