Isnin, 8 Julai 2013

Pot luck party last minute ;D

Assalamualaikum,

Last minute aku punya plan nak buat pot luck party kat kedai kak maria sebab dah lama sangat kitorang plan nak makan ramai-ramai kat luar tapi asyik tak jadi, tertangguh dan sebagainya. So, kalau tak boleh nak makan kat luar, apa kata kita bawak makanan ke kedai?

Yeah, sebab itu aku panggil Pot luck party. Setiap seorang kena bawa makanan dari rumah. Dalam kepala otak dah terfikir-fikir nak masak apa eh. Oly cakap nak buat Triffle sebab memang dah lama pun dia nak buat benda tu tapi tak terbuat-buat. Kak maria pulak tak tahu lagi nak masak apa, aku pula dalam kepala dah terfikir-fikir nak buat roti piza je tapi macam tak best ah bawak makanan yang 5 minit pun dah siap tuh. Tak thrill langsung nak hidang kat orang padahal diri sendiri yang suggest party tu. 

Pastu kak maria google resepi, sambil aku mintak dia suggest makanan yang aku patut bawak, "Kecuali Pavlova, korang nak makan ape?" aku tanya. Pikir punya pikir at last kak Maria cakap, buatlah Makaroni bakar, and so aku pun.. yeah, why not aku cuba buat benda tu kan sebab aku pun tak pernah makan benda tuh.

Jadi keputusan diambil, Ini lah rupa Makaroni bakar yang dibuat pada pagi yang kelam lagi kabut sebab nak siapkan kerja beading yang tak siap lagi sikit tu, lepas tu nak basuh pinggan, nak mandi kemudian baru kelam kabut nak masak, nak check resepi kat laptop lagi, nak kejar masa sebab nak pergi kerja lagi..  dah la first time nak buat benda ni.

pheww.. memang comot betul jadual kerja aku -__=' at last, bila makaroni dah masuk dalam oven aku terus tinggalkan dan pesan pada mak tolong tengokkan lepas tu pecut pergi kerja. Ho ho.. 
tengahari aku balik rumah kejap ambil bawak datang kedai.


Nasib baik rasa dia boleh diterima tekak walaupun presentation tak berapa bagus. Hoh hoh hoh ;p


Masa aku cakap nak buat 'Pot luck party' ni, konon-konon yang ada dalam kepala otak aku temanya adalah western food, tak payah buat makanan berat, bawak dessert je. Sebab bukan ramai pun yang nak makan pun kan? Kitorang berempat je termasuk kak Liza, lepas tu Qila dengan kak Su. Berenam.

At last, kak maria cakap mak dia nak masak nasik, mak Qila nak masak laksa, kak liza masih lagi pening memikirkan tentang western food 'ape benda yang nak dimasak?' Nahhh.. sekarang western entah kemana, jadi ala carte je penyudahnya.



Mak kak maria masak nasi dengan lauk pauk.






Mula-mula cakap dengan kak liza, party (ceh, party lah sangaaattt.. ;p) start pukul 3, tapi last minit cakap start pukul 1 lebih pulak, udah kak liza kelam kabut nak masak, hahaha.. sian die. Sibuk pikir pasal western food (si Mariyatul Kaftiyah punya idea tuh) end up dia sempat buat Samosa je, dengan sambal tumis bilis. Hi hi hi >___< *gelak serba salah*




"Triffle-strawbery-kelam-kabut-oly" namanya. Yang ini pun kelam kabut jugak Oly buat sebab dia baru balik dari cameron hari ahad tu sampai rumah pukul 3 pagi. Pagi-pagi dah kena masak benda ni sebab nak bawak pergi kerja pulak. 

Nampak tak aku punya plan last minute tu? Semua orang pun kelam kabut nak prepare makanan. Duh. Tapi yang paling penting, semua orang makan dengan gembira. Yeay!



 Kak Liza bawak satu family, 





dengan tetamu jemputan kak Ona dan kak Su yang lepas makan terus balik kerja. By plan enam orang terus jadi entah berapa orang entah. Dah jadi macam pot luck party dengan family pulak. Berkat agaknya tuh, hahaha ; D



Terus adik-adik kak maria dengan anak-anak kak Liza jadi kawan. Hah, kan ke dah mengeratkan silaturrahim tu? Esok-esok jadi biras pulak mak cik dengan kak Liza, oooppss...


Si mata sepet yang cuba membulatkan mata dan si mata bulat  O__O



Ohsem triffle! Makan sampai licin.




And ohsem Makaroni cheese baked. Ehem.



And ohsem... eh, kak liza tak ada dalam gambar.



Okeh, and ohsem beaders/tailors group members! yeah.. err.. kecuali mak cik kakchik. Hewhewhew..




Walaupun buat party last minute yang biasa-biasa je, tapi alhamdulillah, akhirnya matlamat tercapai yeay!. Lepas ni dah boleh arrange pot luck party ramadhan pulak erk? Ajak lagi ramai member erk? Bawak lagi banyak makanan erk? 


Wah, wah, wah... kena cari tempat yang lagi luaslah kalau macam tu. Atau pun kena sewa satu khemah. Hemm.. *usap dagu*

Tiada ulasan: