Rabu, 24 Julai 2013

The BEST part of writing.

Assalamualaikum,

Orang kata perasaan kali pertama itu yang paling istimewa, yang paling best dan yang paling buat diri teruja., Macam sebelum ni kali pertama aku menang pertanding menulis cerpen, walaupun hanya tempat ketiga. (sini)  Kali pertama aku buat buku aku sendiri atau orang panggil 'zine' dan jual hasil karya aku tu. Kali pertama tulis enovel. 

Pendek kata semua perasaan kali pertama yang aku alami sepanjang tempoh aku menjadi penulis online, semuanya mengujakan dan sangat istimewa. Tapi sepanjang tempoh itu, walaupun orang lain dah sibuk-sibuk panggil aku 'cik penulis', 'novelist', miaKaftiya-novelist-terkenal' lah apa semua tu, jauh di sudut hati, aku rasa yang aku belum layak lagi untuk pegang title PENULIS itu sendiri. Bagi diri aku sendiri, ada satu level lagi yang aku belum sampai untuk melayakkan aku memanggil diri aku sendiri sebagai penulis.

Sehinggalah....



Sehinggalah surat perjanjian sampai ke tangan aku. Dengan perkataan (PENULIS) ditulis di bawah nama aku, dan disepanjang surat perjanjian kat dalam tu. That time, aku rasa inilah level yang aku perlu capai untuk membolehkan aku menggelar diri aku sebagai penulis. Yeah, 

Kite dah jadi penulis ke awak? Kenapa rasa macam tak nak percaya?? hikhikhik *soalan mintak penampau* 

Jadi penulis? Untuk karya apa? Buku apa? Terbitan apa?

Untuk cerpen Gula-gula kapas. Buku Antologi orang berdosa - Islamku sekadar pada IC. Terbitan Group Buku Karangkraf.



Yaaaa... walaupun cuma sebuah buku antologi, tapi sekurang-kurangnya, itu adalah permulaan untuk aku menapak dalam bidang penulisan. Sekurang-kurangnya mungkin permulaan untuk orang lebih kenal miaKaftiya sebagai seorang penulis. Kan?

Soo... ya, nantikan saja kemunculan buku Antologi orang berdosa -Islamku sekadar pada IC, himpunan cerpen-cerpen islamik daripada beberapa orang penulis dengan 25 buah cerpen di dalamnya dengan harga RM19.90, In Sha Allah akan keluar bulan ogos nanti.


Wah, terlebih-lebih pulak aku punya promosi, kalau korang tak beli memang sengaja lah kannnn.. ;p




till then,

XOXO
mia-yang-sweet-macam-gula-gula-kapas.

Eh?

1 ulasan:

kusyi berkata...

gula2 kapas?? best cerpen ever! haaahaa. mine also in the novel. from kusyi03