Isnin, 22 Julai 2013

The hard part of writing.

Assalamualaikum,

Berkenaan Manuskrip Tuan Muda Iman Harraz, aku tahu dah lama korang (Harraz's Lovers) tunggu kemunculannya di pasaran, aku tau dah ramai yang bertanya bila nak terbit, aku akui dah ramai yang push supaya aku siapkannya cepat. Hakikat yang paling perit aku sendiri dah tak lalu nak peram mss ni lama-lama, tapi haruslah korang tahu bahawasanya,

nak buat pengakuanlah kononnya. ;p

Setiap kali aku buka mss TMIH, ada je yang aku nak ubah, ada je yang aku rasa aku tak puas, ada je watak yang aku nak matikan, ada je watak yang aku rasa aku perlu tambah, ada juga watak yang aku twist-kan. Kalau cakap pasal brainstorming, memang dah berpuluh-puluh kali aku brainstorm aku punya otak semata-mata untuk mendapatkan satu sisi penceritaan yang memuaskan hati aku and yet memuaskan hati korang jugak (harapnya) 

buat then again, aku end up dengan twist itu ini, brainstorm macam tu macam ni, lepas tu baru hadap mss sehari, tinggalkan tak berusik berhari-hari, kadang berminggu-minggu. Lepas tu bila hadap balik aku dah lupa apa yang aku dah 'twist-brainstorm' kan sebelum ni. Dah aku kena fikir balik, ambil mood balik and the formula goes on and on tapi mss tak siap-siap jugak.

Nak tahu dah berapa banyak file yang aku simpan sebagai mss baru?  Dah enam. ENAM. Ubah itu, ubah ini tapi semuanya sekerat jalan. Penat ah, kekadang rasa macam nak give up sekejap, nak mulakan dengan cerita yang lain pulak, tapi.. rasa sayang pulak. Walaupun pada asalnya TMIH cuma sekadar enovel kosong seorang penulis amatur yang menulis tanpa apa-apa ilmu penulisan, tapi aku rasa macam aku ada hutang dengan Harraz's lovers sekalian yang aku perlu tunaikan.

Hutang itu adalah jadikan enovel Tuan Muda Iman Harraz sebagai novel. Agar semua orang yang follow cerita tu kat blog, boleh pegang dan baca lagi cerita tu dalam bentuk novel.

Sebelum aku mulakan dengan file yang ketujuh pulak, aku fikir yang tak settle tentang cerita tu adalah dia punya ending. Jadi apa yang aku perlu selesaikan adalah dia punya ENDING. Dah tu wahai mia Kaftiya yang comel-ker, apa kata kita mulakan semuanya sekali lagi, go through the story dan tamatkan ia dengan sebaik-baiknya?

Yes, itu yang aku perlu lakukan. 

Tamatkan ia. 










2 ulasan:

Hanna Aleeya berkata...

ganbatte, kak mia. i'm harraz lover ya jadi jangan biar hanna tunggu lama sangat nak tengok tmih ada kat pasaran. hee

Tanpa Nama berkata...

Yes, that's right...opening novel tu senang tp ending dia, kne brainstirm dlu...same with the klimaks...mnyakitkn hati btl =___=