Jumaat, 2 Ogos 2013

that awkward lagu raya moment

Assalamualaikum,

Oleh kerana tahun ni aku jadi tukang jahit yang perlu siapkan tempahan baju raya orang sebelum raya menjelang, aku rasa macam nak sepak-sepak je dj radio tu sebab pergi pasang lagu raya masa ramadan baru 15 ke 16 hari.

 Hoi, raya lambat lagi yang kau pergi pasang lagu raya tu dah kenapa?

aku yang agak emo ketika itu hanya mampu meluahkan perasaan tak puas hati pada kak Maria dan Oly jelah. Huhu..

Lepas tu bila ramadan dah masuk hari yang ke 20, udah aku pulak yang lebih-lebih excited tak sabar nak raya. Alasannya, tak sabar nak makan. Boleh? Pagi-pagi bila datang kerja je perut aku dah berbunyi kelaparan padahal subuh-subuh tu dah bagun sahur pun, bukannya tak bangun. Kadang-kadang niat aku agak terpesong sekejap bila aku rasa macam nak meneguk barang seteguk dua air sebab dahaga sangat. Kadang-kadang bila aku rasa sakit kepala sebab kena aircond (tetiba kena aircond pun boleh sakit kepala?) terus aku fikir, alangkah bagusnya kalau aku boleh minum untuk hilangkan rasa sakit kepala ini. 

o__O ??

Gila. 

Lepas tu selalunya kalau macam tahun-tahun lepas, bila dah nak dekat raya, of course lah aku memang tak sabar nak pergi shopping, tak sabar nak fikir design untuk baju raya, tak sabar nak tolong mak buat biskut raya, tapi buat masa sekarang, aku langsung tak ada nafsu nak pergi shopping, malas pun ada sebenarnya. Aku takut kalau aku pergi shopping nanti, lepas tu penat, niat puasa aku terpesong pulak. Terus air sejuk terbayang-bayang di fikiran. Ish, tak boleh! Tak boleh! 

Baju raya pun, berbulan-bulan lepas sebelum raya aku dah plan raya tahun ni nak buat peplum, dah beli kain dah pun, tetiba bila dah sibuk jahit baju orang lain, lepas tu aku tahu kebarangkalian untuk baju-raya-peplum aku untuk siap sebelum raya sangatlah tipis, maka aku memutuskan untuk pakai je baju kurung yang aku dah jahit tapi tak pernah pakai dulu tu. Lepas tu nak sambung jahit baju kurung moden yang aku jahit sekerat jalan sebelum ni. Eh, tetiba ada dua pasang baju raya pulakk??


Pendek kata untuk persiapan raya tahun ini, MASIH BELUM ADA PERSIAPAN. Cuma sekali sekala ketupat dan rendang menjengah di fikiran saat menjahit kain. Juga biskut makmur dan batang buruk. Juga.. err..err.. dah kenapa tetiba tak sabar nak makan pulak nieh?. =__='



Selamat Hari Raya in advanced daripada kami bertiga,  ;D




i miss Neslo and roti canai also. -__-

Tiada ulasan: