Jumaat, 27 September 2013

Cabaran jahit dress : Successfull!

Assalamualaikum semuaaaaa..... *mood ceria*

Wah, hari ini kita sangat teruja untuk berkongsi dengan semuaaaaaa yang baca blog ini bahawasanya kita dah berjaya jahit dress yang kita idam-idamkan sebelum ni (klik sini) *Senyum tayang gigi* ;-] 

Wah! Poyo sangat tulis intro macam tu. ;p

Ni nak cerita sikit, sebelum aku betul-betul mahir menjahit, ada beberapa perkara yang aku takut nak buat dan langsung tak ada keyakinan untuk buat antaranya,

Guna mesin elektrik.
Jahit baju dua lapis (Sifon + lining)

Tapi seiring dengan masa, aku tak sedar yang rupanya aku dah berjaya atasi rasa takut/tak yakin tu. Perh.. *tepuk tangan* tak sangka sangat... hikhik. Sebab tu bila aku rasa nak jahit dress, aku memang terus buat je tanpa fikir banyak kali mampu ke tidak ke apa ke.  Sebab tu aku nak tulis detail-detail kat sini step aku jahit baju ni supaya dua tiga tahun akan datang, bila aku baca balik entry ini aku akan ingat balik.. "Ooohh.. macam ni rupanya first time aku jahit baju dulu." >__<



Asalnya aku beli kain pink tu sebab nak buat peplum untuk raya tapi sebab masa tu aku tak berani lagi nak jahit baju-dua-lapis plus tak sempat nak jahit pun sebab sibuk kerja masa ramadhan, so kain tu terbiar sepi je. Kain sifon Nude tu kak Lina punya, lebih kain baju sanding dia dulu. Mula-mula ingat nak beli kat dia pastu bila dah nak siap baju ni dia cakap ambik jelah kalau simpan pun nanti kena soal kat akhirat nanti... muahahaha..



Memula aku draf pola dalam buku nota dulu sebab aku nak tahu gambaran kasar baju tu nanti jadi macammana, so nanti senanglah nak lukis atas kertas minyak untuk buat pola sebenar.



Lepas tu dah siap lukis pola baru boleh potong kain. Atas sekali yang ada salotape tu kertas pola, warna pink tu kain yang dah dipotong, bawah sekali tu kain nude yang akan dipotong. Memang leceh gile buat baju labuh-labuh ni sebab payah nak potong. Letak atas meja pun tak muat so kena potong atas lantai. Huhu

Korang tau kenapa buat baju berlining selalunya tailor charge mahal? Sebab mula-mula kena jelujur dulu dua-dua kain tu lepas tu baru boleh jahit. Kalau potong kain pun, kena potong dua kali. Aku lupa nak ambik gambar aku jelujur. Shessh! Dah miss satu step. ;(

Then lepas tu baru boleh jahit. Pun tak ambik gambar sebab excited sangat nak jahit baju sendiri wooo..  



That moment aku pertama kali jahit getah kat hujung tangan, rasa macam susah giler lepas tu bila dah siap kak maria cakap, tak nak besar macam ni, tak cantik. Sepatutnya aku kena bukak balik dan jahit cantik-cantik, tapi sebab aku dah berani melawan cakap cikgu, aku tak bukak balik pun. Lepas tu sekarang aku menyesal sebab tak bukak balik sebab aku rasa macam tak cantik. Pheww.. ;0



Bila baju dah siap cantum selepas beberapa kali kena tetas balik sebab salah jahit/takcantik/etc aku dengan rasa teruja dan tak sabarnya, terus ikat kain perca warna pink kat pinggang sebab nak tengok rupa dress ni nanti akan jadi macammana.



Nampak tak rupa orang tak reti sabar? Sila abaikan background tu ye.. hewhewhew


That moment aku jahit getah kat pinggang sebab nak bagi dia nampak kedut-kedut tuuuuu.. Hah, memang menangislah aku time ni. Empat kali. *Baca betul-betul* EMPAT / 4  kali aku jelujur-jahit-bukak balik getah kat pinggang tu sebab ia tak menepati kriteria yang ditetapkan oleh cikgu maria kite ye awak.. haha. Memang masa kali ketiga tu aku dah rasa macam, kalau tak boleh jugak aku nak suruh Qila (pekerja kak maria) tolong jahitkan, kalau Qila tak nak, aku sanggup bayar. Tak pun nak merayu pada kak maria tolong jahitkan sebab aku macam dah give up sikit. 



Tapi bila aku fikir balik, aku dah mulakan semuanya sendiri, untuk step yang terakhir takkan aku nak suruh orang lain buatkan pulak, mesti ar tak best sebab aku tak habiskan, So untuk hilangkan rasa kecewa tu, aku pun jahit lah manik dulu..

 
                                        

Bila dah feeling happy tengok baju dah ada manik, barulah aku sambung balik tetas benang kat pinggang, jelujur dan jahit semula. Akhirnya.. berjaya! Yeay. Kalau Dr. Azizan Osman baca entri aku ni konfem dia bangga sebab salah seorang bekas peserta kem dia ni dah habiskan apa yang dia dah mulakan. Sebab katanya formula orang yang berjaya adalah orang yang memulakan sesuatu perkara dan menghabiskannya. tsk..tsk.. emosi sangat. ;p


 

Still. I can't help with the background. ;(



Ikutkan dress ni macam jubah biasa kalau tak ada perincian getah pada pinggang dan hujung lengan, juga crumble pada ketiak.



Dan walaupun rupa baju ni tak adalah 100 % macam contoh baju yang aku nak sebab jenis kain yang berbeza dan cara potongan yang tak sama, tapi setakat ni aku sangat puas hati hokey.. 


Tapi yang tak boleh blahnya, aku tak tau pulak gabungan pink dengan nude akan menghasilkan Dusty pink. Lepas tu untuk projek seterusnya aku dah beli pun kain warna dusty pink. Jadi maksudnya aku akan ada dua baju warna pink belacanlah ni? Dusty pink? Againnnn??




Kurung moden scallop is my next project. *__< wink

till then, 

Rabu, 18 September 2013

D.I.Y Bunga dari kain perca

Assalamualaikum,

Memandangkan pagi tadi aku mcam kebetulan tengah jahit bunga yang dibuat dari kain so aku pun terus jelah ambil gambar dan buat tutorial kat blog untuk rujukan sesiapa yang google Tutorial Bunga Kain/DIY Bunga etc. Semoga entri yang aku tulis ini bermanfaat untuk orang yang memerlukan walaupun trend pakai bunga macam ni macam dah agak lapuk sikit kooott...?? 



Ah, tak kisahlah lapuk ke tidak yang penting, let start the DIY! *semangat*


Memula, you need kain perca. Apa? Tak ada kain perca? Tapi nak cuba buat juga? Takpe, takpe i have an idea, apa kata korang gunting je kain batik mak korang dah nampak macam dah bertahun-tahun mak korang guna tu, ataupun kalau mak korang tak rela kain batik diorang di'perca'kan, korang pergi je kat mana-mana kedai jahit cakap pada tokey kedai tu, nak mintak kain perca sikit. Confem dia bagi sebesar satu plastik sampah.



Okey lepas tu, kain perca tu dilukis bentuk bulat ikut acuan cawan ke, penutup botol ke apa benda jelah. Makin besar bentuk bulat tu maka makin besarlah bunga korang nanti.




lepas tu gunting sekeping-sekeping. Untuk satu kuntum bunga, kita perlukan lima bulatan yang mana satu bulatan mewakili satu kelopak.



Bulatan tadi dilipat dua macam kat atas ni, lepas tu..



Lipat lagi sekali supaya ia akan jadi seperti di atas.




Then ambik jarum dan benang kemudian jelujur kat bahagian yang ternganga tu. 



Ulang langkah yang sama sehingga dapat lima kelopak bunga.



Macam ni. Then temukan antara kedua-dua kelopak tu dan jahit, kemaskan kemudian baru simpulkan benang.



Hasilnya, Taaraaa... bunga comot dari si tukang jahit comel. wkwkwk ;p 



Aku tau korang si bijak pandai ni boleh buat lagi comel dan kemas dari bunga aku ni kan, so kalau nak biarkan macam ni pun dah ok sebenarnya tapi kalau nak tambah aksesori, bolehlah letak butang ke apa ke kat tengah-tengah tu.




Bila dah ada butang baru tertutup sikit kecacatan pada bunga ni. Ha lagi satu, kalau nak buat brooch, letaklah pin kat belakang bunga ni, tapi guna gam tembak biar dia lekat kuat sikit, tapi sebab aku bukan nak buat pin tudung so tak adalah tutorial camne nak letakkan pin tu pulak. 



Lepas tu letak kat atas kepala sendiri ambik gambar syok sendiri sebab teringin kan nak jadi macam Ana Lulu yang warna warni dengan bunga sana sini. ;-p



Selamat mencuba dan kemudiannya berniaga! >__- Till then, 



Xoxo,

Isnin, 9 September 2013

Novel Review : Aku bercerita - Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum,


Perhatian : aku bukanlah pembaca setia RAM, dan 'Aku bercerita' adalah novel dia yang pertama aku baca. Ada sebab kenapa aku teringin sangat nak baca novel ni, sebabnya..

"Ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan . 
Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. 
Lama kelamaan .. andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera,
maka berakhirlah kariernya.."

Rahsia apa yang dia pendam? Sebab aku penyibuk, maka aku pun nak bacalah supaya aku dapat tau rahsia dia tu, tapi setelah berbulan-bulan novel ni ada dalam simpanan, baru semalam aku berjaya habiskan! Akhirnya.. bagi aku berjaya membaca novel ini sampai habis adalah satu kejayaan yang sangat besar sebab aku memang dah selalu sangat buat tabiat baca novel separuh jalan ni.

So, berbalik kepada aku bercerita..

Ia mengisahkan tentang 'aku' yang mengalami gejala writer's block (bahasa pasarnya, writer's block ni macam si penulis tu dia tak ada idea nak menulis dalam satu tempoh tertentu) kemudian dia pergi ke penang dengan tujuan untuk menenangkan diri ke apa entah, lepas tu dalam keadaan separa sedar (dia tidur, pastu terjaga dalam mamai-mamai tu) dia ternampak ada orang sedang guna laptop dia tapi dia tak pasti siapa orang itu.

Yang misterinya, dalam laptop dia akan ada satu cerita baru padahal dia sedar yang bukan dia yang tulis cerita-cerita tu. Sebab dia dalam keadaan writer's block jadi dia telah copy cerita kat laptop tu dalam pendrive dan buang karya asal di laptop. Dalam erti kata lain, dia telah curi karya itu dari laptopnya sendiri.

keadaan begitu berterusan sehinggalah dia dapat kumpulkan lima buah cerita sebelum dia berjumpa dengan penulis cerita-cerita itu sendiri, "Seorang lelaki yang rambutnya pendek sehingga menampakkan kulit kepala, berdahi luas dan berkaca mata. Lelaki yang berkulit tidak berapa cerah, antara gelap dan putih tetapi lebih kepada sawo matang. Lelaki yang sentiasa berpakaian ringkas "

"Siapa kau sebenarnya?" Aku menggagahinya.
"Aku.. Ramlee Awang Murshid." Lelaki itu memberitahu. 

Setakat yang aku faham, walaupun yang sebenarnya aku masih keliru untuk memahaminya, 'AKU' itu hanyalah watak ciptaan RAM sendiri, jadil 'AKU' lah yang telah mencuri short stories RAM selama ni. Dia hampir-hampir menyerupai RAM tapi dia bukan RAM. Dia cuma watak yang tak bernama dan akan hilang apabila RAM tekan butang delete untuk cerita keenam iaitu cerita tentang 'aku'.

Aku bercerita bukan macam novel biasa yang dari awal sampai akhir mengisahkan tentang satu cerita dan lingkungan watak yang sama. Novel ni macam satu antalogi cerita pendek yang menggunakan monolog watak 'Aku' sebagai link setiap cerita. Jadi maksudnya kat situ, RAM telah tulis lima buah cerita tapi watak 'AKU' telah mencuri kelima-lima buah cerita tersebut.

Bunian
Culik
Cinta matiku
Sang kancil
Cut

Antara kelima-lima cerita tu aku paling suka Bunian, Cinta matiku dengan Cut yang lain-lain aku baca gitu-gitu je sebab aku dah penat. Bagi aku novel RAM agak berat sebab sepanjang aku baca aku rasa kepala aku berat nak mencerna setiap patah perkataan itu, dengan aksinya, dengan rahsia dan segala bagai itulah, buat aku rasa penat sikit. *Perh, baca novel pun penat?* ;p


Err.. aku rasa aku perlu baca lebih banyak novel RAM untuk aku fahamkan maksud tersirat tentang novel ini. Tapi ada ilmu yang dia kongsikan sikit kat dalam novel ni yang boleh kita amalkan, "Setiap penulisan.. mulakan dengan Bismillah, baca ayat-ayat tertentu seperti 3 Qul dan akhiri dengan Ayatul kursi."

Till then,

Tak sabar nak baca novel baru kak Maria Kajiwa - Suara tengah malam!

Ahad, 8 September 2013

Cabaran jahit Dress

Assalamualaikum,

Sejak 1/9/13 yang lepas dah genap setahun aku belajar/kerja kat Sentuhan Intan (bahasa pasarnya kedai jahit kak maria tu laahhh..) setelah berjaya menjahit 3 helai baju sendiri SEPANJANG TEMPOH SETAHUN ITU, sekarang aku ada azam baru untuk belajar bersungguh-sungguh dan tak mahu main-main lagi waktu kelas. Hah hah hah. *azam berkobar-kobar sangat..

Setelah berjaya menyiapkan dua tempahan baju kurung yang datangnya dari akak dan ieka, aku kini mengorak langkah seterusnya untuk jahit dress aku sendiri pulak. *nampak tak? Tahap ketinggian azam baru maghiyatul kaptiyoh tu? ;p 

Sebenarnya aku teeerrriiingiiin sangat nak pakai baju macam ni sejak sebelum raya tu, so aku suruhlah ieka orderkan through instagram dia, tapi sebab dia asyik 'lengai', lupa, nantilah, esoklah etc. penyudahnya sampai ke sudah pun aku tak dapat baju yang aku idam-idamkan itu. 

Lepas tu tetiba aku terfikir (selepas memasang azam baru tu kanz..) kalau susah sangat nak beli, apa kata buat je? Lagipun budget untuk beli material tak semahal harga kalau kita beli siap pun. So, ya i'm gonna to make it myself? *kedip mata tak percaya*


Cuma sekarang aku tengah konpius sekejap, aku nak buat design macam kat atas ni (KEDUT KAT PINGGANG) ke atau yang macam kat bawah ni?..



Jangan pandang pada dia punya ribon, motipnya kat situ, pinggang dia tak ada kedut. (Aku belum ada keyakinan yang tinggi untuk pakai baju beribon kat pinggang walaupun yang sebenarnya hati aku menggeletek teringin nak pakai. Hoho) 

So, bagaimana hasilnya nanti? Sama-samalah kita nantikan..




OMG tak sabar nak pergi kelas, nak buat pola- nak gunting kain- nak jahit dress nude + pink ittew tue..  >__<  *nampak tak.. ittew tengah teruja ni.. hikhik.*