Isnin, 9 September 2013

Novel Review : Aku bercerita - Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum,


Perhatian : aku bukanlah pembaca setia RAM, dan 'Aku bercerita' adalah novel dia yang pertama aku baca. Ada sebab kenapa aku teringin sangat nak baca novel ni, sebabnya..

"Ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan . 
Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. 
Lama kelamaan .. andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera,
maka berakhirlah kariernya.."

Rahsia apa yang dia pendam? Sebab aku penyibuk, maka aku pun nak bacalah supaya aku dapat tau rahsia dia tu, tapi setelah berbulan-bulan novel ni ada dalam simpanan, baru semalam aku berjaya habiskan! Akhirnya.. bagi aku berjaya membaca novel ini sampai habis adalah satu kejayaan yang sangat besar sebab aku memang dah selalu sangat buat tabiat baca novel separuh jalan ni.

So, berbalik kepada aku bercerita..

Ia mengisahkan tentang 'aku' yang mengalami gejala writer's block (bahasa pasarnya, writer's block ni macam si penulis tu dia tak ada idea nak menulis dalam satu tempoh tertentu) kemudian dia pergi ke penang dengan tujuan untuk menenangkan diri ke apa entah, lepas tu dalam keadaan separa sedar (dia tidur, pastu terjaga dalam mamai-mamai tu) dia ternampak ada orang sedang guna laptop dia tapi dia tak pasti siapa orang itu.

Yang misterinya, dalam laptop dia akan ada satu cerita baru padahal dia sedar yang bukan dia yang tulis cerita-cerita tu. Sebab dia dalam keadaan writer's block jadi dia telah copy cerita kat laptop tu dalam pendrive dan buang karya asal di laptop. Dalam erti kata lain, dia telah curi karya itu dari laptopnya sendiri.

keadaan begitu berterusan sehinggalah dia dapat kumpulkan lima buah cerita sebelum dia berjumpa dengan penulis cerita-cerita itu sendiri, "Seorang lelaki yang rambutnya pendek sehingga menampakkan kulit kepala, berdahi luas dan berkaca mata. Lelaki yang berkulit tidak berapa cerah, antara gelap dan putih tetapi lebih kepada sawo matang. Lelaki yang sentiasa berpakaian ringkas "

"Siapa kau sebenarnya?" Aku menggagahinya.
"Aku.. Ramlee Awang Murshid." Lelaki itu memberitahu. 

Setakat yang aku faham, walaupun yang sebenarnya aku masih keliru untuk memahaminya, 'AKU' itu hanyalah watak ciptaan RAM sendiri, jadil 'AKU' lah yang telah mencuri short stories RAM selama ni. Dia hampir-hampir menyerupai RAM tapi dia bukan RAM. Dia cuma watak yang tak bernama dan akan hilang apabila RAM tekan butang delete untuk cerita keenam iaitu cerita tentang 'aku'.

Aku bercerita bukan macam novel biasa yang dari awal sampai akhir mengisahkan tentang satu cerita dan lingkungan watak yang sama. Novel ni macam satu antalogi cerita pendek yang menggunakan monolog watak 'Aku' sebagai link setiap cerita. Jadi maksudnya kat situ, RAM telah tulis lima buah cerita tapi watak 'AKU' telah mencuri kelima-lima buah cerita tersebut.

Bunian
Culik
Cinta matiku
Sang kancil
Cut

Antara kelima-lima cerita tu aku paling suka Bunian, Cinta matiku dengan Cut yang lain-lain aku baca gitu-gitu je sebab aku dah penat. Bagi aku novel RAM agak berat sebab sepanjang aku baca aku rasa kepala aku berat nak mencerna setiap patah perkataan itu, dengan aksinya, dengan rahsia dan segala bagai itulah, buat aku rasa penat sikit. *Perh, baca novel pun penat?* ;p


Err.. aku rasa aku perlu baca lebih banyak novel RAM untuk aku fahamkan maksud tersirat tentang novel ini. Tapi ada ilmu yang dia kongsikan sikit kat dalam novel ni yang boleh kita amalkan, "Setiap penulisan.. mulakan dengan Bismillah, baca ayat-ayat tertentu seperti 3 Qul dan akhiri dengan Ayatul kursi."

Till then,

Tak sabar nak baca novel baru kak Maria Kajiwa - Suara tengah malam!

Tiada ulasan: