Isnin, 28 Oktober 2013

Budak cengeng.

Assalamualaikum,

Ini kisah Dalisya, si budak rambut kerinting, pipi tembam, kulit putih flawless yang comel tapi comot dan cengeng (suka menangis), 

Dia...
suka makan, 
dulu-dulunya suka mandi tapi sekarang dah jadi penakut air lepas tu menangis bila kena mandi, 
suka bergaduh dengan abam Nizar lepas tu menangis sebab tak puas hati dia kalah, 
suka nak ikut uda naik kereta pastu menangis sebab uda tak nak bawak, 
suka mengendeng kat bilik bila uda tengah bersiap nak pergi kerja lepas tu menangis bila tau uda tak nak bawak dia, 
suka baby pastu perasan macam dia tu kakak. 
suka bergaya dengan beg tangan kak leng tudung syria uda, 
suka handbag,
 suka menyelongkar, 
suka cari mak bila mak tak ada depan mata lepas tu menangis bila mak tak jawab bila dia panggil, 
sayang ayah dia lebih sebab apa-apa hal pun mesti ayah yang beli, ayah yang masak, ayah dalam tv, ayah dalam majalah, v__v 
suka tengok upin ipin pastu menangis bila iklan,, 




Yang paling penting, dia baca buku kisah hati dengan mata terbeliak. haha. 

Kekadang rasa macam omey angat budak ni sampai rasa macam nak pipit-picit pipi dia tuh, nak tepuk-tepuk punggung dia, pastu nak sembang lama-lama dengan dia sambil dengar dia jawab soalan-soalan dalam nada pelat pastu diam bila tak faham soalan atau cakap "auu..." *tak tau, sambil jongket bahu* atau cakap "ha?" berulang-ulang kali sebab dia tak faham soalan, 

cth:

Icha, tengok cerita apa tu?
"Ha?"
"tengok cerita apa tu?"
"ha?"
"Icha.. tengok.. cerita, apa?"
"Ha?"
"Malaslah cakap dengan icha."

Tapi kekadang tu bila perangai cengeng dia datang rasa macam.. eeii, mengada-ngadalah icha ni, Tak nak kawan dengan Icha, nak duduk sebelah dia pun tak nak sebab nanti salah sikit dia nangis. Hoho.


eh, bukan tadi kau kata nak tulis Peplum?

Tiada ulasan: