Selasa, 15 Oktober 2013

DIY : Tote bag.


Assalamualaikum,

Hari tu aku sangat stress menjahit baju "kurung moden scallop" adik aku punya tu. Bukan susah nak buat tang scallop, tapi susah part zip sorok. Entah kenapa asyik salah, asyik tak jadi je aku jahit part zip tu sampai aku kena jahit-tetas-jahit-tetas berulang-ulang kali sampai aku dah tak terkira berapa banyaknya KALI itu.

Lepas tu aku jadi macam tak ada mood nak menjahit, kebetulan malam sebelum tu aku adalah google 'TOTE BAG' lepas tu terjumpa tutorial simple dan mudah diingat. Nak dijadikan cerita aku pun salin tutorial tu dalam buku nota dengan niat bila-bila ada kesempatan aku nak buatlah. Lepas tu,.. (berapa banyak lepas tu laaaahhh..) sebab stress hadap zip sorok tadi kan, aku pun terus potong kain, jahit beg aku dalam masa dua jam lebih camtu..

Hasilnya, taraaaa...


Haaaahhhh... terus datang balik semangat menjahit aku. Bila tengok beg tu rasa macam.. "Alahaiii.. comelnya awak.." Nampak tak that feeling when you sew your own bag?


Dua tiga hari lepas tu baru aku hadap balik beg ni, tambah beberapa perkara yang patut dan buat deco. Ya, aku buat love tu guna kain perca je. Hemm lepas tu lagi bertambah-tambah comellah beg aku ni jadinya kan? kan?  Hikhik..





Taaapiii.. masalahnya masa aku buat beg ni aku tak ada ambil gambar so aku tak dapat nak buat tutorial sendiri, jadi kalau korang rasa teringin nak jahit sendiri, boleh tengok kat link ini..


Sumpah senang gile nak buat. Kecuali korang tak ada mesin jahit. Eh, tapi kalau korang rajin nak jahit tangan pun apa salahnya? Hiks. >__<

Selamat mencubalah ya?

Till then, 

Bye!

1 ulasan:

Razfira berkata...

cantik.. tolong buatkan 1.. xde mesin jahit.. hik3