Sabtu, 26 Oktober 2013

Kurung moden scallop

Assalamualaikum,

Ada satu hari yang dah tak ingat tarikh dan bulan berapa, ika ada kat kedai tempat aku menjahit dia buat apa entah dah tak ingat (sebab dah lama kan..) sambil menunggu waktu aku habis kelas menjahit, dia duduk-duduk sambil selak majalah Hijabista kak maria punya (keluaran berapa tak ingat tapi cover girl Mira Filzah) eh, entah mira apa entah yang berlakon kat astro drama apa entah yang Fanpage ILHAM selalu promote tu.. err..nevermind.

Pastu dia tunjuk kat aku gambar model pakai baju yang cantik pastu aku pun iya-kan aje lepas tu buat tak tahu sampai satu hari yang bila pulak entah, kitorang sembang-sembang pastu terbukak balik pasal gambar dalam majalah tu pastu dia cakap, 

"Ko cubalah buat."

pastu aku pun excited ar nak pergi kelas sebab nak tengok balik gambar tu sambil bersembang dengan kak maria pasal design tu dan beberapa bulan seterusnya membawa kepada aku mencari kain untuk buat design itu selepas aku punya dress dah siap jahit.

Aku jugak buat research di internet dan mula jatuh hati dengan design scallop ni. Tengok gambar kat google rasa macam nak nangis sebab comel sangat. Terus membuak-buak rasa nak buat jugak! Nak jugak!




memula aku ingat nak buat baju aku dulu, sebab kitorang share duit beli dua bidang kain berlainan warna sebab nak buat colour blocking la kekononnyaaaa.. pastu tetiba aku rasa macam, malas ah buat baju aku, baik buat baju dia dulu so kalau salah ke, tak cantik ke apa ke, baju dia, bukan baju aku. BAHAHAHA.. JAHATNYA KAUUUUU...

lepas tu dengan segala kesulitan yang aku alami semasa menjahit zip sorok dan ke-jelous-an melihat oly punya progress very the smooth (sebab dia pun jahit kurung moden gak) pastu dengan raya Aidiladha yang semakin hampir, aku macam hampir give up untuk siapkan baju ni. Tambah-tambah lagi bila ika cakap dia nak pakai time raya, Waaaa.. lagilah aku rasa macam preasure! 

Tapi selepas bermuhasabah diri, aku pun kuatkan semangat lalu menghabiskan apa yang aku telah mulakan itu, walaupun macam tak kemas tang 'scallop' tu tapi.... AKU PEDULI APA BUKAN BAJU AKU PUN KAN? HAHAHHAHA *gelak jahat* okey tak! Yang sebenarnya percubaan pertama memang selalu tak sempurna walaupun kau dah tetas-jahit-tetas-jahit banyak kali. Then sehari sebelum raya, aku berusaha gigih jugak nak siapkan dia punya kain pula. Nasib baik masa bulan ramadhan tu dah biasa jahit kain so dalam masa setengah hari pun dah boleh kejar potong kain dan jahit sampai siap.

Tapi... that annoying moment bila disaat hati kau rasa macam nafas tersangkut sebab stress, kepala dah asyik teringat ketupat dah masak ke belum? Laksa dah rendam ke? Rendang dah siap ke sambil menjahit baju "adik-kesayangan-la-sangat" tu, pastu bila balik dengan perasaan lega, tiba-tiba dia cakap..

"Aku lupa nak pesan suruh ko pendekkan sikit bawah ni"
"Kenapa belt ni kat pinggang?" (padahal sebelum ni dia yang mintak nak letak kat pinggang) "Atas lah sikit.." katanya.

Hoh. Tak kuasa betul aku nak melayan cusomer banyak songeh ni. Lepas tu on the raya day, dia cakap..

"Aku pakai baju ni pergi kelas lah.."
"Hah, pakailah.." *innocent punya kakak*
"Tak maksud aku, aku pakai pergi kelas jelah, tak pakai hari (raya) ni"


HOOOHHH.. that's really mean! (Dalam bahasa melayu) ITU SANGAT KEJAM!!

Tapi aku suruh jugak dia pakai sebab aku nak ambil gambar, so petang tu masa nak pergi beraya rumah kak liza dengan Intan, baru dia pakai. Oklah kan.. daripada tak pakai langsung. (-__-")


kitorang ada masalah nak pilih warna yang dua-dua pun suka dan nak guna polkadot cotton (because i love both polkadot and cotton) atau plain fabrics? At last kitorang pilih warna ni berdasarkan gambar kat atas tadi, cuma warna kain ni dark purple bukan navy blue macam dalam gambar.

Jadi kesimpulannya, untuk baju aku, sebab dah malas nak buat design yang sama sebab dia leceh sikit, aku buat baju kurung je. ;(  Memang aku beli kain mahal-mahal untuk buat baju kurung.. *sarcasm* tapi nak buat camne.. tukang jahit memang camni. 

Jangan terkejut pulak nanti aku kawin pun pakai kain cotton buat baju kurung je. Motip? Sebab dah bosan tengok beads dan sifon. Perh! Boleh camtu? Eh, tapi of courselah baju kurung dengan fabrik cotton berkualiti dan potongan yang mewah. Kau ingat aku tak ada impian perkahwinan sendiri? *sebak rambut ke belakang*

Ika cakap kawan-kawan dia pun nak tempah. Alhamdulillah.. untuk korang nanti akak buat cecantik meletop kebabom tak boleh blah punya. Tapi upahnya berbentuk wang tunai dan skirts ke, blaus ke, shawl halfmoon ke.. tau! tau! Bukan mata duitan, tapi ika yang ajar. Dia dah bagi palazo ungu sebagai upah. So korang pun kena ar bagi something. Boleh? *kedip mata mintak penampar*

Ihiks.. k tak! Gurau je. ;p


p/s : banyak betul aku kutuk ko dalam entri ni mak cik. haha

oh ya, sebelum terlupa. (padahal memang terlupa pun pastu edit balik entri ni) kain tu aku beli by online kat -COTTON PLAIN HOUSE-  like fb page diorang dan berbelanjalah dengan sakan kemudian hantar kat aku suruh jahitkan. Hewhew

K bye.

2 ulasan:

syaridah intan dalina berkata...

cantik la..awak ada ajar tak cara nak buat scallop ni..

mia kaftiya berkata...

oh x de buat tutorial pun sebab masa jahit baju2 scallop lupe nak ambil gambar. kihkih. tengoklah lain kali kalau ada yg tempah lg kite buat tutorial sekali keh. :)